Diskaun Teruk di Year End Sales MOM’S HOUSE BABYSHOP Sg. Merab Putrajaya

Farah Waheda Wahid
0
MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (7)

Khusus buat bakal-bakal ibu dan juga ibu-ibu yang beranak kecil yang tinggal di kawasan Sg.Merab Putrajaya serta di kawasan-kawasan sekitar yang berdekatan! Yang luar kawasan tu kalau nak join in the crowd pun tak ada salahnya. Jemputlah sekali. Kedatangan anda amat dialu-alukan! Smile. Kecil tapak tangan, nyiru Mom’s House Babyshop tadahkan. Dengar-dengar khabar dari sumber yang soheh, ada diskaun teruk di Year End Sales Mom’s House Sg. Merab Putrajaya? Jenis-jenis yang malas nak bersesak-sesak di ekspo bayi dan kanak-kanak tu, memang sesuai sangat dahlah membaca entri Kak Fa ni ha. Jangan ingat ekspo jer ada barang baik dengan harga terendah ok? Winking smile. Mom’s House Shop Sg. Merab Putrajaya pun adalah. Belum datang, belum tengok, belum tau ok? Nak tau ada apa? Sabar jap Kak Fa menaip ni ha.

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (8)

Kalau berhajat tu elok sangatlah bergegas ke Mom’s House Shop Sg. Merab Putrajaya sekarang. Sebabnya? Sebabnya masa sekarang nilah nak berbelanja dengan gaya borong sakan! Year End Sales babe… Year End Sales… Gila-gila punya sales yang sebenarnya sudah pun bermula sedari 1 Disember 2018 sehinggalah ke 6 Januari 2019. Macam-macam tawaran eksklusif yang Mom’s House Babyshop Sg. Merab Putrajaya tawarkan. Rambang biji mata Kak Fa ni ha menengoknya. Mujurlah anak Kak Fa dah berusia 5 tahun… He he he… Nerd smile Kalau tak… Pun sama juga ni… Sama naik syeh nak ber-shopping sampai tak hingat dunia! Daripada bersesak-sesak di ekspo, bagi Kak Fa baiklah terja Mom’s House Babyshop Sg. Merab Putrajaya ni ha.

Amboiii Kak Fa, dia punya beria up kan kedai diaorang ni dah kenapa? Ya ampun… Kak Fa kongsi barang baik jerlah pun untuk membantu agar poket korang tak koyak rabak teruk sangat dan agar korang boleh membeli-belah dengan penuh rasa puas hati. Walaupun Kak Fa ni, anak dah semakin membesar, Kak Fa masih tetap perhatikan tau sale barangan bayi sana sini sinun. Dah namanya, dah kerjanya parenting blogger kan? Ahaksss… Open-mouthed smile kenalah cover semua aspek yang melibatkan keibubapaan. Termasuk? Termasuklah hal ehwal perihal shopping sakan ni semua. Tak salah kan? Tak salah kan? Ha ha ha… Rolling on the floor laughing. Siapa kata salah tu, shooh shooh…Pergi main jauh-jauh, jangan sibuk dekat sini. Ini untuk sesiapa yang berminat jer… Ha ha ha… Open-mouthed smile

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (10)

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (14)

Satu jerlah… sesiapa yang tak berminat dan tak nak ambil tahu atau malas nak membaca entri Kak Fa kali ini, sesungguhnya anda bakal terlepas sesuatu yang amat berbaloi dan bakal kerugian yang amat besar. Muahahaha…. Smile with tongue out. Sebabnya di dalam Year End Sales yang dianjurkan oleh Mom’s House Babyshop Sg. Merab Putrajaya ni, ada pelbagai jenis barangan dengan diskaun melampau. Bayangkanlah… Pakaian untuk bayi newborn bermula dari harga serendah RM 5.00. Gila kau tak nak? Orang tak ada perasaan jer tak suka sales sales ni semua. Kak Fa bab sales memang laju! Kaki shopping lah katakan kan? Nyah-Nyah. Tak ada pula sesiapa yang baru bersalin… Kalau ada, dah lama dah Kak Fa borong sakan gifts untuk baby di Mom’s House Babyshop Sg. Merab.

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA

Malas nak cakap banyaklah tapi selain daripada pakaian bayi newborn bermula dari harga serendah RM5.00 yang Kak Fa nyatakan, banyak lagi item-item yang best yang diberikan diskaun teruk oleh Mom’s House Babyshop Sg. Merab. Contohnyalah macam pam susu – jenama malish mirella dari RM 700.00 dah turun kepada RM 559.00, jenama Milk Planet Cube dari RM 229.00 dah turun kepada RM 189.00, jenama Lacte Duet dari RM 539 dah turun kepada RM 419.00, jenama Milk Planet Cuddles dari RM 399.00 dah turun kepada RM 299.00. Bila lagi kan? Nak rasa harga runtuh macam ni? Masa nilah…Masa Year End Sale Mom’s House Babyshop Sg. Merab Putrajaya ni lah nak rembat semua. Semua produk botol susu jenama Avent, Tommee Tippi, Como Tomo diberikan diskaun 10%. Semua produk botol susu Suavinex diberikan diskaun 20%. Best weiii…. Kalau Firash kecil lagi pun, Kak Fa tak lepaskan peluang ni.

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (1)

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (2)

MOM'S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA (16)

Mom’s House Babyshop Sg.Merab Putrajaya ni dah ibarat one stop centre dah. Semua yang diperlukan oleh ibu, bayi dan kanak-kanak semua selonggok kat situ. Tak perlu sekejap nak kena ke sana, sekejap nak kena ke sini lagi dah. Leceh kan macam tu? Dekat Mom’s House Babyshop… Hah tepuk! Semua dah ada di situ. Tunggu apa lagi? Nah alamat:

MOM’S HOUSE BABYSHOP SG.MERAB PUTRAJAYA
LOT 14211, JALAN AYER HITAM
SG. MERAB LUAR
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Dibuka SETIAP HARI bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9 malam.

Landmark Mom’s House Sg.Merab ni adalah berdekatan Maktab Perguruan Islam dan Stesen Petronas Sg.Merab.

Untuk Peta Lokasi bagi memudahkan perjalanan anda:

Kalau malas! Boleh jer beli secara ONLINE denga cara What’s App atau Telefon:
+601110822363
+60195410885

Weekend ni apa lagi? Jom ramai-ramai turun ke Mom’s House Babyshop Sg.Merab Putrajaya. Dahlah convenient, lepas tu ada diskaun teruk pulak tu. Rugilah sesiapa yang terlepas tu! Nak tengok lebih banyak katalog diskaun teruk silalah klik:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !