Tadika Mahal TIDAK JAMIN Anak Hebat!

TADIKA MAHAL TIDAK JAMIN ANAK HEBAT!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

On one part here, I am talking about tadika mahal TIDAK JAMIN anak hebat! On the other part there, I’ve sent and still sending my son to Genius Aulad – tadika yang boleh tahan yuran pendaftarannya dan juga yuran bulanan-nya. Smile… Hey? What are you trying to tell the world now? – Mesti ada yang terfikir macam ni kan? kan? kan? Winking smile I know-lah, sometimes Kak Fa ada this capability untuk predict what others are thinking and we all have this one capability kan? However, it depends on us how do we take it from there-lah. I may have my own reason why I chose Genius Aulad. Jauh sekali dari nak kata cuba nak menunjuk-nunjuk yang Kak Fa mampu, jauh sekali dari nak kata tak pernah ukur baju dekat badan sendiri dan jauh sekali dari rasa nak berbangga atau riak. Ada sebab Kak Fa yang tersendiri. I chose because I’ve decided after long thinking dan menganalisis setiap inci sudut. Bukan keputusan hentam keromo atau tangkap muat suka-suka jer. After all, semua mak ayah nakkan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Tak ada sesiapa nak kan sesuatu yang buruk atau ala kadar when it comes to our own children. Duit memang susah nak cari as it takes effort, energy, time semua bagai tetapi anak tiada ganti weiii… Macam Kak Fa ni lagilah… Mengandung sekali, melahirkan sekali, mendidik dan membesarkan sekali jer proses tu semua. Esok-esok nanti bila dah besar, dah dewasa semua ni takkan berulang lagi.

Kak Fa sendiri sebenarnya sejujurnya tidak memandang bahawasanya tadika mahal itu adalah satu jaminan anak hebat. Actually, there’s more to it. Anak tu jadi hebat bukan disebabkan oleh keluaran tadika mahal atau murah. Ada lebih dari itu sebenarnya. So, moral of the story, jangan pandang tadika mahal jer ok? Kak Fa sendiri pun tak pernah nak discriminate tadika mahal mahupun murah. Haihhh… Tapi tulah ada sesetengah di kalangan masyarakat kita ni suka discriminate tadika murah, suka discriminate tadika mahal. Bukan tadika tu… It is what’s in it!

Menurut satu sumber dari SINI, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada KEMAHIRAN GURU YANG MENGAJAR. Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. Kualiti guru terletak pada KELAYAKAN KEILMUAN dan PENGALAMAN MENGAJAR KANAK-KANAK. GURU PERLU MENDAPAT PENGETAHUAN PENDEKATAN dan TEKNIK MENGAJAR MEMBACA KEPADA KANAK-KANAK.

APA YANG JELAS, GURU PERLU PEKA DENGAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN SETIAP KANAK-KANAK DI TADIKA.


Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut perkembangannya.

Sedikit TIPS UNTUK MEMBANTU ANAK MEMBACA dari Dr. Bustam yang seharusnya pihak tadika lakukan:

1. Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2. Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3. Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4. Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5. Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6. Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7. Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanyakan pengalaman kanak-kanak kegiatannya di tadika.
8. Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberikan bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.

Apa Itu Tadika Kerajaan Dan Tadika Swasta?

Di Malaysia terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan. Selain itu, ibu bapa boleh memilih tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu dikenali sebagai Tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala, tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar. Penubuhan Tadika KEMAS dan Tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima serta bersesuaian dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.

Tadika swasta tetap menggunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan mereka boleh memilih  menghantar anak ke tadika swasta. Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak. Kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika. Ibu bapa boleh mengagak dengan melihat keadaan fizikal dan bangunan di tadika yang mana secara tidak langsung akan menggambarkan bayaran yuran yang bakal dikenakan. Sekiranya di luar kemampuan adalah dinasihatkan menghantar anak ke tadika bantuan kerajaan.

Kelayakan Tenaga Pengajar Atau Guru

Guru tadika itu perlu ada kelayakan di dalam BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Biasanya guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mereka ini terlatih khusus di dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Tapi, Kak Fa cuma nak beritahu jer ya, nak pakai tu pakailah…. Tak nak pakai apa yang Kak Fa beritahu ni, terpulang. Kena tengok juga ya mak ayah…. Kadang tu ada Ijazah, on paper perfect, practical belum tentu.

Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara begitu juga dengan kelas tadika anjuran KEMAS dan JPNIN juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bezanya, kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika. Manakala, guru-guru di tadika swasta terdapat pelbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji gurunya yang berkelulusan Sarjana Muda dan juga Diploma di dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. And that is the reason I chose Genius Aulad. Sekiranya pengusaha kurang berkemampuan, mereka akan mengaji guru yang berpengalaman dengan kelulusan lebih rendah daripada Diploma iaitu kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, guru-guru di tadika swasta juga mendapat pendedahan kursus pendek yang dianjurkan oleh badan swasta dan kerajaan. Mereka juga perlu mematuhi syarat mengikuti garis panduan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

The main point, tadika mahal atau murah… Untuk perkembangan anak-anak, semuanya bergantung kepada SISTEM PEMBELAJARAN DI TADIKA ITU. Contohnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, PASTIKAN TENAGA PENGAJARNYA BERKUALITI dan MEMPUNYAI SIJIL DI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

The last thing that mak ayah kena sentiasa ingat… Bukan semata sebab tadika jer anak jadi hebat, pandai, bijak serta nampak perkembangan yang sangat banyak dan mengagumkan… Tak acilah sebelah pihak jer kan? It takes two to tango…. Mak ayah kena main peranan… Beri sokongan apa yang perlu tak kira dari sudut apa sekalipun. To put it only on the kindy teacher should is rather unfair. We need to play our role as well. Tak ada benda mudah petik jari kalau kita nak capai sesuatu. The key is effort. And people might be saying, I’m doing this because I wanted to show to the world… Nope… You are totally definitely wrong… I’m doing this for my son, for his life later even after I may not be around in this world. Smile. Tu jerlah satu-satu yang Kak Fa ada oiii… Nak jadi manusia pun dia tak jadi manusia pun dia. Mohon dijauhkanlah tak jadi manusia ya tak? In Shaa Allah… amin amin ya rabbal alamin.
Terimakasih telah membaca artikel Tadika Mahal TIDAK JAMIN Anak Hebat!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.