Panduan Dedahkan Anak Pada INTERNET

Farah Waheda Wahid
0
PANDUAN DEDAHKAN ANAK PADA INTERNET
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Tradisinya – siapa yang makan garam lebih dulu, orang tulah yang dikatakan lebih berpengalaman dan lebih mengetahui. Smile… Senang cerita, mak ayah dan orang dewasa lebih mengetahuilah serba-serbi segala macam. Tu dulu… Tradisi… Gen Y, Gen Z dan gen-gen yang seterusnya akan datang – tak semestinya yang makan garam dulu tu lebih mengetahui dari Gen Y, Gen Z dan gen-gen yang seterusnya. Tengok contoh paling dekat pun cukuplah. Gajet dan kemudiannya Internet. Open-mouthed smile Ha ha ha… Anak-anak zaman sekarang ni lebih laju dari mak ayah dan orang dewasa oiii… Usia baru 2 tahun lebih pun dah kenal YouTube. Zaman Kak Fa dulu manalah kenal YouTube sewaktu berusia 2 tahun lebih. Tak payah susah payah nak bukakan YouTube, slide kiri, slide kanan tau jer anak-anak zaman sekarang nak cari dekat mana dan nak gunakan macam mana. Smile with tongue out. Cabaran oiii buat ibu bapa sebab anak-anak zaman sekarang berkembang dengan lebih cepat. Nak tak nak kena juga dedahkan anak kepada dunia maya tapi lebih baik kalau kita ikuti panduan dedahkan anak pada INTERNET supaya tidak menjadi satu masalah yang tidak diingini.

Cara terbaik untuk melindungi anak-anak adalah dengan memantau kesemua aktiviti sosial media mereka. Melalui cara ini, secara tak langsung mak ayah boleh mengesan dengan siapa mereka berhubung seterusnya mengelakkan bahaya orang asing. Know what? Kak Fa found this is very useful dan laju-laju Kak Fa catat dalam buku nota parenting peribadi Kak Fa supaya Kak Fa tak terlupa tentang apa yang boleh dilakukan oleh Kak Fa sebagai seorang ibu:

MULAKAN PERBUALAN

Ibu bapa adalah di antara orang yang mengenali anak sendiri. Cuba duduk bersama mereka dan bincangkan faedah internet serta penggunaannya. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh anak-anak. Jika anak sudah mula menggunakan internet, ketahui aplikasi yang mereka gunakan, cara ia berfungsi dan jika terdapat sebarang risiko seperti buli siber atau hubungan dengan orang asing. Biar anak tahu yang mereka tidak akan menghadapi masalah dengan anda jika seseorang buat mereka rasa tidak selesa atau menggunakan perkataan yang berbahaya dan menyakitkan hati terhadap mereka dalam talian. Melalui ini, anak akan menjadi lebih terbuka kepada anda dan akan cuba membantu sekiranya terdapat masalah.

BIASAKAN DENGAN ETIKA INTERNET

Penting untuk anak mengetahui peraturan asas internet, lebih-lebih lagi mereka yang masih berada di bawah umur. Perkara terpenting yang perlu diajar perlu atau tidak untuk memuatnaik sesuatu yang mampu menyinggung perasaan orang lain. Beritahu kepada anak untuk berfikir selama 10 hingga 30 saat sebelum memuatnaik kerana akibatnya adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu ditanggung ibu bapa kemudian hari. Jika ia bukan sesuatu yang ingin dikongsi bersama keluarga maka ia juga tidak sesuai untuk dikongsi di dalam talian.

BUAT PERATURAN

Ibu bapa perlu memainkan peranan bijak dengan membuat satu peraturan iaitu anak perlu meminta kebenaran sebelum memuat turun sesuatu aplikasi ke peranti mudah alih supaya anda tahu akan aktivitinya. Jika mereka mahu menyertai platform media sosial, bantu mereka membuat profil dan pastikan anda memantau mereka walaupun bukan sepanjang masa.

JANGAN KONGSI KATA LALUAN

Boleh nasihatkan anak agar tidak berkongsi kata laluan kepada sesiapa, ini termasuk rakan baik, teman lelaki atau wanita dan sesiapa sahaja kecuali anda. Berkongsi kata laluan boleh merosakkan identiti dalam talian anak dan mungkin menyebabkan mereka menjadi ancaman pada masa akan datang.

TETAPKAN HAD UMUR

Ibu bapa sahaja yang mampu mengawal kelakuan anak daripada kecil dengan menetapkan had umur di telefon pintar, komputer riba, tablet dan komputer meja anak anda bagi menghalang mereka memuat turun atau membeli aplikasi dan program tertentu. Ibu bapa perlu membiasakan diri dengan manual pengguna untuk memahami cara ia berfungsi untuk menwujudkan persekitaran yang selamat untuk anak.

Secara peribadi, Kak Fa merasakan yang apa yang disenaraikan oleh sumber sememangnya sesuatu yang baik. Akan tetapi, pilihan Kak Fa sedikit berbeza. I want to control everything. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tamak tak? Tak kisahlah orang kata Kak Fa tamak dengan anak pun. Tapi tamak Kak Fa bersebab. Kak Fa memilih cara yang buat masa dan ketika ini, semua akan menggunakan akaun dunia maya Kak Fa. Sampai satu ketika, bila dah berada di peringkat usia yang bersesuaian untuk Firash mempunyai akaun dunia maya sendiri, Kak Fa memilih untuk tidak berkongsi maklumat log masuk ataupun kata kunci kepada Firash. Bila nak guna? Adalah waktu dan ketika Kak Fa ada dan frekuensinya bukan selalu. Bila nak reveal atau kongsi maklumat log masuk atau kata kunci – tunggu sampai satu peringkat usia yang Kak Fa rasa bersesuaian nanti. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !