JOLIE Shimmer Shine Cushion Sumpah Awesome!

Farah Waheda Wahid
0
JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION

JOLIE Shimmer Shine Cushion sumpah awesome! Tak tipu and not just because I had to review this! Kak Fa dah bereksperimentasi sendiri sejak lebih kurang sebulan yang lalu dan Kak Fa bercerita ni adalah berdasarkan pengalaman Kak Fa sendiri selama Kak Fa memakai JOLIE Shimmer Shine Cushion sebagai make-up base Kak Fa. Bagi Kak Fa yang dah silih berganti make-up base ni, I kind of like this one. Sebabnya? Banyak sebab yang menjadikan Kak Fa sukakan JOLIE Shimmer Shine Cushion dan menobatkan JOLIE Shimmer Shine Cushion as awesome. Kalau tak ada sebab, takkanlah Kak Fa nak kata awesome ya tak? Jadi sila rajin-rajinkan diri membaca perkongsian pengalaman Kak Fa sepanjang menjadikan JOLIE Shimmer Shine Cushion sebagai make-up base buddy Kak Fa for almost a month ni ha. Winking smile.

To be honest, kalau Kak Fa tak beritahu pun, sah-sah sesiapa yang bergelar blogger mahupun pengamal media sosial tahu yang Kak Fa dihadiahkan dengan JOLIE Shimmer Shine Cushion ni untuk Kak Fa review. Betul. Itu Kak Fa tak nafikan. Kak Fa sememangnya diberikan satu unit JOLIE Shimmer Shine Cushion untuk Kak Fa review. Cumanya sebelum Kak Fa review, Kak Fa sendiri kenalah menjadi pengguna dulu ya tak? It’s not fair for me to just bluntly share something that I have not tried before and it’s not fair for you out there who read this review got cheated on a made-up review. That’s where, Kak Fa kena jadi guinea pig dulu and I am willing to do that sebab itu merupakan satu tanggungjawab yang terletak di bahu Kak Fa.

Hampir sebulan ok? Hampir sebulan Kak Fa nak kena pastikan setiap apa yang disampaikan kepada Kak Fa tentang JOLIE Shimmer Shine Cushion ni adalah benar semata-mata. Bukan apa, Kak Fa tak nak, nanti kalau-kalau Kak Fa berkongsi sesuatu, Kak Fa terjadi overclaim on certain features or what so not. Lepas tu nanti… Korang juga yang datang pada Kak Fa balik claim Kak Fa membongaklah, buat-buat ceritalah… Untuk kalau sekadar cakap atau komen-komen biasa. Kalau kena maki hamun? Siapa yang terima? Kak Fa juga kan? Siapa yang sedih? Kak Fa juga kan? Nyah-Nyah Muahahaha….

JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION (4)
Kredit: Sumber dari Laman Instagram JOLIE

Ok, berbalik kepada JOLIE Shimmer Shine Cushion nih… What do I feel about JOLIE Shimmer Shine Cushion? Sebenarnya, sebelum ni Kak Fa dah ada pakai satu produk yang hampir-hampir sama kepada sifat JOLIE Shimmer Shine Cushion. Boleh katakan, miriplah mirip. Produk apa tu? Rahsia…Nak tau kena belek balik entri lama-lama Kak Fa sebelum ni. And it’s not fair for me to mention the name of the product here while I’m reviewing JOLIE kan? Winking smile. Kak Fa sangat sukakan JOLIE Shimmer Shine Cushion disebabkan Kak Fa rasa ianya sangat PRAKTIKAL. Kak Fa ulangi, ianya sangat PRAKTIKAL. Practical like how? JOLIE Shimmer Shine Cushion serasi dengan lifestyle Kak Fa dan serasi dengan kulit Kak Fa.

Pertamanya, Kak Fa rasa rutin solekan harian Kak Fa menjadi semakin efisyen. Kak Fa tak perlukan berlapis-lapis make-up base untuk mendapatkan satu solekan yang sempurna. SAPUAN SEKATA is what I am looking for. Memang ada banyak jer produk-produk asas solekan di luar sana tu, ada macam-macam jenama, macam-macam harga. Nak murah, nak mahal semua ada. Satu perkara yang Kak Fa nak ingatkan walaupun Kak Fa ni bukanlah taraf make-up artist (MUA) – tak semua bedak asas boleh memberikan sapuan yang sekata ya? Ada tu, mak aihhh…jenuh nak dapatkan sapuan yang sekata. Bila susah nak dapatkan sapuan sekata, solekan akan nampak bertapuk-tapuk dan of course-lah tak syantik kannn? Yang kita mahu sebagai wanita adalah Syantik Gila! Winking smile. Siapa yang tak nak nampak cantik? Semua orang nak nampak cantik. Tak kira status anak dara ke? Mak orang ke? Kan? Kan? Kan?

How sekata is sekata yang Kak Fa claim ni? Boleh lihat paparan gambar close-up di bawah ya? Orang kata, Kak Fa edit gambar bagi nampak bedak sekata. Orang kata ni semua editing punya pasal. But… Tell you what? With JOLIE, tak perlu editing pun. Kadang-kadang raw picture itself you akan nampak memang sapuan tu sekata. Check point number one is done.

JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION (2)

Next, based on my own personal feelings, Kak Fa rasa yang JOLIE ni RINGAN bila dipakai. Kak Fa tak ada rasa yang Kak Fa sedang pakai bedak yang sangat tebal ibarat ada sebiji pinggan di muka Kak Fa ni ha. Dan Kak Fa tak rasa susah untuk MAINTAIN solekan Kak Fa dengan JOLIE. Semakin lama JOLIE bertepek dekat muka Kak Fa ni, Kak Fa notice yang ianya semakin GLOWING. Serious and no jokes about this ok? Nak tau betul tak betul kenalah cuba sendiri ya…. Nanti karang kata Kak Fa saja top up cerita bagi cerita sedap jer. But really, memang muka akan semakin glowing bila semakin lama JOLIE ni melekap dekat muka. Check point number two now also done. He he he…

Haaa… ini khusus jenis yang stereotype macam Kak Fa bila berjumpa dengan kawan-kawan yang suka lepas salam dok laga-laga pipi dan juga khusus untuk sesiapa yang berpotensi untuk menjatuhkan atau terlepas dari tangan lalu terkena pakaian. Tell you what? JOLIE ni tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung mahupun baju. Itu yang awesome tu. All this while, kalau bedak jer, mesti ada bekas di tudung. Nak membasuhnya jenuh weiii….

To be specific, JOLIE Shimmer Shine Cushion adalah merupakan bedak premium berkualiti keluaran Malaysia yang telah mula dipasarkan bermula dari September 2018. JOLIE Shimmer Shine Cushion adalah setanding dengan bedak wajah antarabangsa yang terdapat di pasaran. I agree with this! Know what? This is the revolution of cosmetic industry in Malaysia. JOLIE Shimmer Shine Cushion ataupun bedak cushion berkilau ini diformulasikan secara istimewa di mana ianya mengandungi Vitamin C dan juga merupakan SPF 35+ yang mampu melindungi kulit dari sinar UV yang merbahaya. Another great features of JOLIE, ianya juga mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan wajah lebih muda bermaya dengan kuasa glowing semulajadi setiap kali anda menggunakan bedak JOLIE.

Tak payah tepek tebal-tebal wei… Olesan nipis jer dah memadai… Nak solat pun senang sebab MESRA WUDHU’ dan mudah dibasuh dengan air. Memanglah Kak Fa suka sebab senang jadinya kerja Kak Fa ni ha. Tengok jer perbezaan sebelum Kak Fa tepek JOLIE dengan muka dan selepas Kak Fa tepek JOLIE dekat muka di bawah ni:

JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION (3)

The best part, you need to know on the safety for this product. Ini penting! Dijamin HALAL dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – so you no need to worry on this. Didatangkan di dalam 2 varian iaitu JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION CREAM  NOT180806339K dan juga JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION CARAMEL NOT180806340K. I’m donning cream!

Cerita punya cerita, harga berapa harga? Ha ha ha… Jangan risau… Mampu milik punya harga ni… Sehari simpan RM 3.00 cukup sebulan dah boleh order dah… Harga JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION dari mana-mana varian adalah RM 75.00 setiap satu. Bagi Kak Fa berbaloilah dengan hasil yang awesome tu…. So… Kalau dah mula terpaut hati tak pun sekadar nak look see look see… Boleh sangat kalau-kalau terus ke:


Sebarang Pertanyaan Boleh E-Mel:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !