5 Perangai Anak Yang WAJIB Ditegur!

Farah Waheda Wahid
1
5 PERANGAI ANAK YANG WAJIB DITEGUR!
Kredit: Sumber dari Google

Kak Fa memang jarang bertandang ke mana-mana rumah sekalipun – bukan sebab sombong, bukan sebab berlagak, bukan sebab tak nak bersilaturahim dan bukan juga sebab tak ingat. Haaa… tapi tulah… Tak cerita nanti, tak faham pula… Nyah-Nyah…Kadang-kadang tu terfikir juga, memang orang fikir Kak Fa ni misteri sangat ke? Rolling on the floor laughing Sampaikan orang jadi hairan dan pelik dengan perangai Kak Fa kan? Ihiksss… Jujurnya, sedari kecil Kak Fa memang most of the time duduk rumah dan tak berjalan. Mungkin juga sebabkan dah terbiasa dan rasa lebih selesa memerap di rumah melainkan kalau Kak Fa ada keperluan untuk keluar. Tu memang Kak Fa. Sejak-sejak bergelar ibu sejak 5 tahun yang lalu…Lagilah suka memerap dekat rumah. Tapi kali ni ada top up point pula. Sebab Kak Fa ada anak kecil yang sedang membesar – Kak Fa lebih selesa duduk di rumah dan biarkan dia nak tunggang terbalikkan rumah dari anak Kak Fa tunggang terbalikkan rumah orang lain. Hu hu hu… Tak nak aihhh… Nanti mulut Kak Fa ni lebar sangat jadinya…Tak dengar suara orang lain dah…Suara Kak Fa jer… Uhuksss… Nanti karang orang kata, Kak Fa ni kawal sangat anak. Itu tak boleh ini tak boleh… Tapinya… Hurmmm susah nak cakap. Nak bentuk anak ni bukan mudah ya tak? Dan ada 5 perangai anak yang wajib ditegur! Sedari usia kecil lagi supaya tak menjadi kebiasaan.

Sikap anak-anak yang sedang naik memang ada masanya mencabar kesabaran mak ayah. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tetapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan. Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan… “Alaaa…Biasalah budak-budak….”. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi “wiring otak” yang kekal dan susah diubah. Bukan nak bersangka-sangka pada orang lain, tetapi kebiasaannya, orang takkan bercakap depan biji mata kita ni ha… Belakang kita kadang-kadang terkeluar juga. Itu yang tak sedap tu. Tak ditegur nanti, orang kata kita biarkan anak dan tak pandai didik anak. Ditegur pula dikatakan terlalu mengawal dan menyekat anak. Haihhh… susah tak? Susah kan? Tapi tulah…Nak tak nak… Jom kita sama-sama perhati-perhatikan 5 perangai anak yang wajib ditegur sepertimana yang dikongsikan oleh sumber di SINI.

Suka Masuk Bilik Orang

Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat itu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’nya tanpa mengganggu privasi orang lain. Ni lah adab yang kurang ada pada kanak-kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal Skills tak dipeduli. Itu yang mulut Kak Fa ni, sangat-sangatlah melebar kalau Firash pergi mana-mana rumah. Kadang-kadang tu terlepas juga cubit semut tu ha…

Suka Menyampuk Orang Tua Suka Bercakap

Masa Kak Fa kecil-kecil dulu, kalau Kak Fa tersampuk Mama atau Papa Kak Fa sedang bercakap….Memang mendapatlah. Memanglah anak-anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya ini itu. Bagus, tetapi kalau kita sedang bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk. Itu boleh menjadi satu masalah. Kenapa? Anak yang suka menyampuk ni kebiasaannya suka sangat nak cari perhatian (entitle for attention) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak (unable to tolerate frustration). Tu laa kenapa kalau anak menyampuk, Kak Fa terus tegur dan beritahu dia untuk tunggu Kak Fa habis bersembang dulu. Daripada situ, Kak Fa sedang cuba melatih anak ‘self-control’. Anak yang tinggi ‘self-control’ itu In Shaa Allah akan lebih berjaya satu hari nanti.

Suka Main Kasar

Memang petir jerlah mulut Kak Fa ni ha. Firash tu kalau main memang kasar. Tapi tak adalah sampai nak buli anak orang lain. Nak tumbuk ke apa? Tak sampai ke peringkat dan tahap tu. Setakat ini. In Shaa Allah, mudah-mudahan tidaklah. Kak Fa memang sangatlah berdoa agar anak Kak Fa ni bukan seorang pembuli. Tak kira lah buli fizikal ke? buli mental? buli perasaan ke? Mohon dijauhkanlah oleh Allah SWT. Jangan pandang ringan kalau anak-anak kita suka tumbuk atau cubit kawan-kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.

Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak jer anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata-mata bahkan siap puji-puji pula tu, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampailah dia dah besar nanti.

Buat-Buat Tak Dengar

Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tetapi kalau dia buat-buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY. Masa nilah anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan sahaja anak menguasai dirinya. Lama-kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak-anak kita sendiri.

Anak Terlalu Pemendam

Ada juga anak yang sangat susah menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap jer bibir supaya tak menangis. My anak kuat menangis…Ha ha ha… Nyah-Nyah… Macam mak dia jugak! Pernah kan kita dengar falsafah “Boys Don’t Cry” kan? Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya ok untuk meluahkan emosi terpendam mereka. Makin pendam makin jadi barah ooooiiii…. Hanya orang yang mempunyai tahap kesabaran peringkat heavy metal jer boleh tahan pendam ni untuk bertahun-tahun lamanya. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Tu lah kenapa kalau anak menangis, janganlah dok tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.

Cuma kita ni sebagai mak ayah kena bantu mereka untuk kawal emosi tu jer supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses.

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !