Segalanya ONLINE Bagi A Hectic Mom Like Me…

Farah Waheda Wahid
0
SEGALANYA ONLINE BAGI A HECTIC MOM LIKE ME...
Kredit: Sumber diubahsuai dari Google

Memo and notification on Firash’s Ihtifal Day 2018 (Preschool End of Year Concert and Graduation Day 2018) has been given a month before this. I am aware and Kak Fa memang ingat pun that it will be happening in this upcoming November. Rolling on the floor laughing But, what I keep on thinking and be sure of, Ihtifal Day tu adalah somewhere towards the end of November. Haaa macam tulah yang Kak Fa dok remark di dalam kepala Kak Fa ni ha. Memang sure sangat-sangat dah tu yang Ihtifal Day dia penghujung November. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Confident level be like… Nyah-Nyah. Sehinggalah semalam bila one of his teacher reminded me – well she’s actually trying to book my weekend slot, ahaksss… It’s a good thing lah kan? When the teacher actually herself aware yang Mommy Firash ni memang penuh dengan macam-macam. Ekekekee… She’s my so called part time Personal Assistant pun boleh kata juga sebab she keeps reminding me on Firash’s affairs which sometimes Kak Fa boleh jadi terlepas pandang. I have no choice… It is like so soon already and my time is kind of limited. Crying face. What could I do at this point of time adalah segalanya ONLINE bagi a hectic mom like me…

Itu jer yang Kak Fa terfikir. Sebabnya, for his Ihtifal Day this year, Firash kena pakai shirt warna hijau. Adalah warna hijau dalam wardrobe dia tu. Tapi hijau tu baju raya 2 years ago yang sebenarnya dah mula shrinking dan nampak singkat. Takkanlah Kak Fa nak pakaikan Firash baju tu pula kan? It’s his big day (considered big day for anak kecil yang baru mengenal kehidupan) and I wanted him to have something new to put on during his big day so that it may help to boost up his self-esteem a little at least and it may help him feeling happy all the way sepanjang the event berlangsung. Secara psikologilah bagi Kak Fa. Ha ha ha… Winking smile.

Nak shop hunting dari one shop to another, memang taklah. I am not in the capacity able to do that buat masa sekarang. So? What choice do I have? As I said, I have no choice. Nak tak nak, membeli-belah secara online sambil pejam mata pun boleh yang menjadi pilihan Kak Fa. At least Kak Fa tak perlu nak spend time on the road nak ke sana ke mari semata-mata nak cari baju berwarna hijau tu ha. Nanti silap-silap haribulan, baju hijau tak dapat Kak Fa yang bertukar jadi hijau jadi Incredible Hulk sebab penat mencari. Bijak jugalah tindakan Kak Fa ni kan? Winking smile Save the hassle dan mulakan pencarian secara atas talian. Walaupun tak dapat nak lihat dengan mata kasar dan rasa sendiri material yang digunakan, janji Kak Fa able to find something decent and good yang bersesuaian dengan Firash.

Beli pakaian secara online was not always my first choice. Tak kiralah beli baju sendiri ke, baju anak ke. Melainkan kalau Kak Fa sendiri yang betul-betul yakin dan percaya seller tu adalah trusted seller serta sememangnya Kak Fa tahu kualiti produk mereka. The thing with shopping online for kids ni, it is something that is IN, in today’s society. Terutamanya buat ibu-ibu yang memiliki waktu yang sangat terhad nak shop hopping. Benefits of the doubt, membeli-belah pakaian anak-anak secara online ni boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja yang mak-mak rasa sesuai, boleh memesan pelbagai jenis fesyen dari mana-mana celah dunia pun, senang nak buat perbandingan harga di antara satu seller online dengan satu seller online yang lain dan paling penting – sampai ke depan pintu pejabat atau rumah. Nyah-Nyah.

Kak Fa orang yang cerewet ketika membeli pakaian sendiri mahupun Firash. Tips yang Kak Fa nak share ketika mak-mak, ayah-ayah sedang membeli-belah pakaian anak-anak secara online adalah – ianya menuntut anda sebagai ibu bapa untuk benar-benar teliti sebabnya tak boleh nak buat fitting kan? Kena teliti, nilai tekstur serta warna as per outline Kak Fa di bawah ni ha:

PENTING:
Sebelum membeli pakaian anak dari seller online, ketahui ukuran baju yang tepat untuk anak-anak anda. Kebiasaannya, kalau kita membeli secara online, selain daripada umur anak-anak, ukuran baju akan disertai dengan ukuran panjang dan lebar serta labuh baju. Tentukan ukuran baju anak mengikut ukuran badan (lingkaran dada, pinggang dan tinggi badan anak) bukannya usia anak, terutamanya bila berat anak kurang atau lebih dari rata-rata berat kanak-kanak yang sepatutnya. Tipsnya:

1. Untuk menentukan lebar dada baju, ukur lebar dada dari ketiak kanan sehingga ketiak kiri anak.
2. Untuk menentukan panjang baju, ukur leher dari titik tertinggi bahu sampai ke bawah pinggang.
3. Untuk ukuran seluar, ukur dari pangkal kaki hingga ke pangkal celah peha.
4. Ukur juga lebar pinggang anak jika diperlukan.

I am very picky and so so damn picky. Terlalu besar pun tak boleh, terlalu ketat lagilah tak boleh. Baju yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu sempit adalah merupakan pilihan yang terbaik. Nak tak nak macam mana pun, kena tahu ukuran badan anak sebelum shopping online.

Penting juga, tolong baca deskripsi produk dengan teliti. Kalau nak berjimat, belilah pakaian anak dengan pertimbangan ukuran (minima satu ukuran lebih besar) supaya tahan lama sebabnya anak-anak ni memang cepat jer membesar. Usually, memang Kak Fa akan rasa antara yakin tak yakin sebab tak dapat rasa kualiti kain sendiri kan? To overcome this, Kak Fa selalunya akan membeli-belah pakaian Firash secara atas talian berdasarkan jenama yang Kak Fa dah sememangnya biasa serta tahu kualiti mereka bagaimana. At least, Kak Fa rasa safe and I know what to expect from my purchase.

*Dalam masa tak sampai 2 jam, selesai dah kes baju hijau Firash tu ha. Kak Fa grab baju lengan panjang dari UNIQLO jer senang. Dapat harga promosi lagi. Ahaksss… Sekarang ni tinggal tunggu sampai tak sampai jer baju Firash untuk Ihtifal Day tu sebelum minggu hadapan. Tapi rasanya… should be delivered either somewhere end of this week or by early next week lah tu. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !