Mudahnya Lahai Berzakat… Jom Sertai SKIM THOHIR 2018!

Farah Waheda Wahid
0
MUDAHNYA LAHAI BERZAKAT... JOM SERTAI SKIM THOHIR 2018!

NOTA PENTING: KEMPEN POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018) AKAN BERAKHIR PADA 31 OKTOBER 2018!


The poster briefly says it all! Winking smile… Mudahnya lahai berzakat… Jom sertai SKIM THOHIR 2018! SKIM THOHIR? By the way, cerita ni sebenarnya dah agak lama juga – cuma Kak Fa rasa ada sesetengah dari kalangan kita masih lagi tidak berapa jelas mengenai SKIM THOHIR. To be precise, skim ini sudahpun bermula semenjak dari 1 Julai 2018 yang lalu. Since dah hampir 4 bulan pelancaran SKIM THOHIR 2018 ni dan nak sampai ke hujung-hujung kempen, Kak Fa terfikir yang Kak Fa sepatutnya kongsikan di Bubblynotes.Com bagi membantu menyampaikan kepada sesiapa sahaja yang mungkin terlepas pandang…. Smile

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan SKIM THOHIR?

MUDAHNYA LAHAI BERZAKAT... JOM SERTAI SKIM THOHIR 2018! (4)

SKIM THOHIR adalah merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Yang baiknya, melalui SKIM THOHIR ini, tidak mengira sama ada kakitangan swasta mahupun kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan di dalam masa yang sama menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah SWT selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekaligus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

Apakah Tarikan SKIM THOHIR 2018?

Print

Sesiapa sahaja… Diulangi sesiapa sahaja yang menyertai kempen ini dengan melakukan potongan gaji melalui SKIM THOHIR, berpeluang untuk memenangi 10 hadiah percutian yang tersangatlah menarik adanya termasuk hadiah utama iaitu menunaikan umrah di bawah tajaan syarikat Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. yang bernilai RM 28,000.00. Ok, Kak Fa senaraikan dulu ya hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh kempen ini?

Gift with a bow Pemenang Utama: Pakej Umrah Bagi 2 Orang
Gift with a bow Pemenang Kedua: Percutian ke Beijing selama 6 Hari 5 Malam
Gift with a bow Pemenang Ketiga: Percutian Ke Bangkok selama 5 Hari 4 Malam
Gift with a bow Pemenang Keempat hingga Kelima: Percutian ke Jakarta selama 3 Hari 2 Malam
Gift with a bow Pemenang Keenam hingga Ketujuh: Percutian ke Pekan Baru selama 3 Hari 2 Malam
Gift with a bow Pemenang Kelapan hingga Kesepuluh: Percutian ke Medan selama 3 Hari 2 Malam

Wohooo…. Sangat-sangat mengujakan bila ada tawaran hadiah percutian sebegini kan? Penaja? Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.

Siapakah Yang Layak Untuk Menyertai Kempen Ini?

Pointing up Sesiapa yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang Permohonan Bayaran Zakat Secara Potongan Gaji)
Pointing up Sesiapa yang MEMBUAT TAMBAHAN POTONGAN KE ATAS POTONGAN ZAKAT SEDIA ADA (bermaksud selama kini memang anda dah buat potongan zakat melalui potongan gaji, tinggal nak tambah jer potongan tu…)

Cara Penyertaan Kempen?

Print

Sepertimana yang dapat dilihat melalui poster yang Kak Fa paparkan di atas, anda boleh menyertai kempen ini melalui beberapa cara iaitu:

Portal PPZ-MAIWP

Isi borang SKIM THOHIR secara online di www.zakat.com.my

Kaunter PPZ-MAIWP

Isi borang SKIM THOHIR di 11 Kaunter PPZ-MAIWP

Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Isi borang SKIM THOHIR

Majikan

Hantar borang SKIM THOHIR kepada majikan anda dan emelkan salinan borang ke skimtohir@zakat.com.my

Talian Zakat

Hubungi 1-300-88-5757

Haaa… pilih jerlah cara mana-mana yang bersesuaian pun kan? Ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Smile Bagus sebenarnya kempen ni, sebabnya secara tidak langsung PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji supaya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat di dalam harta kita semua agar kita semua sama-sama memperolehi keberkatan di sisi Allah SWT.

Oh ya… Para pemenang kempen ini bakal diumumkan sewaktu berlangsungnya Karnival Zakat pada bulan November 2018 akan datang. Tak lama jer lagi kan? Jadi, yang belum lagi dan berminat nak menyertai kempen ini, jangan tunggu lama-lama, selepas baca entri Kak Fa ni terus bertindak apa yang patut. Ok? Thumbs up. Untuk rujukan selanjutnya bolehlah ke pautan di SINI.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !