Home » , , , , , , , , , » KREATIVITI Di Luar Kotak Pemikiran Seorang Anak Kecil

KREATIVITI Di Luar Kotak Pemikiran Seorang Anak Kecil

KREATIVITI DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN SEORANG ANAK KECIL

Crying face tak sampai dua bulan kot penyapu lidi Kak Fa beli… Tau-tau ajer dah menipis dengan jayanya. Kenapa? Surprised smile. Ini semua tak lain tak bukan, gara-gara anak lelaki 4 tahun 11 bulan Kak Fa yang bernama Iman Firash yang dalam sedar tak sedar nak dekat setengah ikat penyapu lidi dia kerjakan. Nak dihalang tak bagus untuk perkembangan semasa dia. Tak dihalang pula… Ha ha ha… Open-mouthed smile Stand by ajerlah Kak Fa oiii…. Selang sebulan kena membeli penyapu lidi yang baru. Nyah-Nyah. Inilah padahnya bila KREATIVITI di luar kotak pemikiran seorang anak kecil. Firash buat apa jer dengan penyapu lidi tu?

Pertama sekali Kak Fa nak beri gambaran apa yang sebenarnya yang sedang cuba Firash lakukan.

KREATIVITI DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN SEORANG ANAK KECIL (2)
Kredit: Sumber dari Google

KREATIVITI DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN SEORANG ANAK KECIL (3)
Kredit: Sumber dari Google

Dari dulu lagi Kak Fa dah kongsikan di Bubblynotes.Com yang Firash ni adalah die hard fans Thomas and Friends, dan apa yang dapat dilihat dari paparan gambar di atas adalah sebenarnya scene dari video lagu Thomas and Friends yang sering dia nyanyikan. So… what happened with my penyapu lidi was… Dia gunakan penyapu lidi tersebut untuk mengadaptasi suasana yang digambarkan di dalam video lagu Thomas and Friends yang diberi nama Monsters Everywhere. It might not be hundred percent same as the actual music video but then just for the sake to show you what has he build… Tadaaa…

KREATIVITI Di Luar Kotak Pemikiran Seorang Anak Kecil (4)

And the real video yang Firash adaptasikan environment or scene adalah seperti yang Kak Fa paparkan di bawah ni:


Mak memang selalu terlebih teruja dan of course I am so proud of my little ones. Winking smile. Walaupun… walaupun realitinya, habis penyapu lidi Mommy, Firash dah kerjakan. Ha ha ha… Open-mouthed smile Dari nak bising dengan Firash terus tak jadi bising. Pandai dia curi hati Mommy dia kan? Nyah-Nyah. It’s good to know that our little ones adalah kreatif sebabnya anak yang kreatif kebiasaannya akan lebih mudah untuk mengatasi berbagai permasalahan-permasalahan atas dirinya, tidak mudah putus asa dan selalu mempunyai sesuatu yang baru ataupun cara-cara penyelesaian yang baru yang mungkin tidak terfikir orang lain.

Bagaimana untuk ibu bapa mengidentifikasikan sama ada anak itu adalah kreatif atau sebaliknya? Dan bagaimana juga untuk mengembangkan kreativiti anak-anak?

Anak Kreatif Akan Tertarik Kepada Kegiatan Kreatif
Ada yang suka menyanyi, menari, mewarna, melukis ataupun kegiatan-kegiatan seni yang lain yang digunakan sebagai media untuk memacu kreativiti mereka. Note that, menyanyi boleh melatih kepekaan yang berkait dengan pendengaran serta pertuturan, menari berkait dengan kreativiti gerak tubuh, mewarna serta melukis melatih kepekaan visual.

Apart from menyanyi, mewarna, melukis, menari tu, permainan yang melibatkan daya imaginasi seperti puzzle, LEGO dan sebagainya akan membuatkan anak-anak kreatif tertarik.

Rasa Ingin Tahu Yang Tinggi

Perasaan ingin tahu itu menebal di dalam jiwa anak-anak kreatif. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Jawablah sampai muntah hijau… Kadang-kadang tu, mereka akan tanya soalan yang sama berulang-ulang kali walaupun jawapan yang sama diberikan berulang-ulang kali. Kita naik jemu tapi dia tak jemu-jemu. Kita naik bosan tapi tolong? Tolong tahan rasa bosan tu. Ingat satu jer… Saat ini, moment ini akan berlalu setelah mereka meningkat usia. So, just enjoy it. Walau letih macam mana pun, walau bosan macam mana pun, walau tak larat macam mana pun, just go through this. Rugi ooo, kalau tak menikmati waktu-waktu ini. Rugi tak rasa sekarang, rugi akan rasa kemudian hari.

Confident Level Be Like…

They are confident. Tak malu untuk berinteraksi dengan individu lain even tak kenal, even pertama kali bertemu. Peramah, rajin menyapa, mudah bergaul, tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Kadang-kadang terlebih ramah dari mak ayah dia. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Selepas tu, akan mencuba untuk melakukan sesuatu sendiri sehingga boleh. Kalau dah tak boleh sangat, barulah dia meminta bantuan.  Tak per, role mak ayah biarkan jer dia belajar buat sesuatu perkara tu sendiri, relakan ajerlah dan biarkanlah kalau salah sekalipun apa yang dia buat, kesalahan yang dia lakukan merupakan sebahagian proses belajar menjadi diri sendiri. Uhuksss… Penting ajar anak menjadi diri sendiri dan penting tegaskan kepada anak, jangan mencuba menjadi orang lain. Terima diri sendiri seadanya and work within own capabilities.

Resourceful Dengan Pendapat

Anak-anak kreatif berani untuk menyuarakan pendapat mereka walaupun mungkin pendapat mereka tidak diterimapakai atau berbalik kepada kena marah. Mereka tak peduli. Apa mereka rasa mereka nak beritahu mereka akan beritahu. Nak anak jadi berani untuk menyuarakan pendapat? Kena rajinlah berborak dengan anak dan kena rajin berikan anak ruang untuk bersosial. Winking smile

Ada Macam-Macam Inisiatif

Ada jer akal nak buat macam-macam. Ada jer yang dia nampak yang boleh dilakukan dengan sesuatu tu. Kadang-kadang kita rasa macam otak mereka memang tak pernah berhenti berfikir, even dalam tidur pun boleh lagi berfikir tu. Huuuu…. Contoh paling dekat, tu penyapu lidi tu ha…

Semua anak-anak boleh menjadi kreatif dan boleh dilatih menjadi kreatif. Ada yang sememangnya gifted, ada yang sememangnya terbentuk dengan sendiri dan ada yang dikembangkan oleh ibu bapa untuk menjadi kreatif. Peranan mak ayah? Kembangkan dan stimulasi kreativiti anak-anak. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing walaupun terpaksa berkorban penyapu lidi seperti Kak Fa. Winking smile
Terimakasih telah membaca artikel KREATIVITI Di Luar Kotak Pemikiran Seorang Anak Kecil. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.