Looking For CHINESE KINDY? Why Don’t Give IMIKI KINDER CARE A Try?

Farah Waheda Wahid
1
IMIKI KINDER CARE (1)

Musim kindy hunting buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak di peringkat preschool! Smile. Ada yang baru sahaja nak menjejakkan kaki ke alam preschool, ada yang sudah pun berada di preschool tetapi mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berhajat nak masukkan anak-anak ke Tadika Cina? Atau tukarkan anak-anak ke Tadika Cina? Looking for CHINESE KINDY? Why don’t give IMIKI KINDER CARE a try? Haaa… Baca entri Kak Fa kali ni mengenai IMIKI KINDER CARE. Mungkin boleh masuk di dalam senarai pertimbangan ibu bapa di luar sana?

Jujurnya, sebelum-sebelum ni, Kak Fa tak pernah sekalipun turun padang untuk survey Tadika Cina. Logically, sebab Kak Fa tak terfikir pun nak daftarkan Firash ke Tadika Cina. Sebab tu lah. Tetapi, kali ini, sajalah, saja Kak Fa survey-survey Tadika Cina dan dapat tahu IMIKI KINDER CARE di Bandar Kinrara, Puchong ada menganjurkan sort of an Open Day for parents. Since, tak ada apa-apa perancangan on that very Sunday morning, makanya, Kak Fa pun saja-sajalah turun padang ke IMIKI KINDER CARE Bandar Kinrara, Puchong untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai bagaimana sebuah Tadika Cina beroperasi. 

Iyalah, sebagai ibu bapa, kita mesti nak tau, apa syllabus yang diajarkan, apa konsep yang diterapkan, bagaimana pembelajaran dilakukan. Semua ni penting tau… Adakah mengikut susur galur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)? Dan yang seantero dengannya lah kan? Winking smile. Tak particular macam mana pun kena jadi particular bila melibatkan pendidikan anak-anak ni. Sebab asas yang solid penting di dalam mencorakkan yang akan datang tu. Lagipun… dah namanya so called parenting blogger… Kak Fa rasa ini termasuk di dalam bidang niche Kak Fa… Rolling on the floor laughing Muahahaha… Tak salah kan? Jika Kak Fa ingin mempelbagaikan informasi berguna buat ibu bapa yang singgah di Bubblynotes.Com ni ha?

Latar Belakang IMIKI KINDER CARE

Ini perkara penting. Setiap kali kindy hunting untuk anak-anak, ibu bapa perlu menitikberatkan mengenai latar belakang sesebuah sekolah itu. Ini memang Kak Fa nak pesan kepada semua ibu bapa di luar sana tu. Penting ya penting. Penting sangat-sangat. Kena tahu latar belakang sekolah di mana akan dijadikan sebagai penempatan anak-anak kita. Macam IMIKI KINDER CARE ni, ianya telah ditubuhkan semenjak dari tahun 2008, dirasmikan pada tahun 2009 di mana ibu pejabat IMIKI adalah bertempat di Pulau Pinang. Sehingga ke hari ini, IMIKI telah mempunyai sebanyak 30 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Pernah menerima beberapa anugerah dan juga pencapaian seperti:
  • Asia Pacific Premier Award in Child Care & Education (2013)
  • Mendermakan sejumlah 1600 buah buku bernilai RM 42,000 kepada AMITOFO Care Centre Lesotho di Afrika (2015)
  • Mendapat tempat pertama di Talent Search Competition (2016)

IMIKI KINDERCARE adalah diperakui oleh Jabatan Pendidikan Malaysia, Jabatan Bomba dan juga Jabatan Kesihatan. Bermaksud? IMIKI mempunyai lesen beroperasi yang sah dan ibu bapa tidak perlu ragu-ragu mengenai perkara ini.

Falsafah IMIKI KINDER CARE

Falsafah IMIKI KINDER CARE adalah:
  • Mencari tahu dan mengekplorasi potensi kanak-kanak.
  • Memberikan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.
  • Membentuk sifat yakin diri, berdikari dan menggalakkan pemikiran optimis di kalangan kanak-kanak.
  • Menekankan kualiti moral yang kuat di samping pembelajaran harian.
  • Membentuk skil dan kebolehan melalui aktiviti bermain sambil belajar.
  • Pembentukan perkembangan bukan akademik melalui pembelajaran.
  • Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan santai.

Logo IMIKI KINDER CARE

IMIKI KINDER CARE

Logo IMIKI KINDER CARE menekankan moral, kebijaksanaan dan juga keyakinan.

4 Teknik Pengajaran Yang Diterapkan Di IMIKI KINDER CARE


IMIKI KINDER CARE (5)

Pendidikan Moral

Kanak-kanak dididik bagaimana untuk menyapa atau menegur bila bertemu guru, ibu bapa dan sebagainya. Kanak-kanak juga dilatih untuk membuka kasut mereka sendiri dan meletakkan kasut tersebut di tempat yang telah disediakan.

Pendidikan Memori

IMIKI KINDER CARE (9)

IMIKI KINDER CARE (3)

IMIKI KINDER CARE (1)

Aktiviti pembelajaran melalui kad imbas ataupun lebih dikenali sebagai flash card sekali di dalam seminggu.

Sesi Pembelajaran Yang Menyeronokkan

IMIKI KINDER CARE (6)

IMIKI KINDER CARE (7)

IMIKI KINDER CARE (8)

Seperti role-play dan kerja berkumpulan di mana, kanak-kanak belajar walaupun ketika mereka sedang berseronok. Ini secara tidak langsung melatih kanak-kanak skil mengawal diri mereka, keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik, bekerjasama  dan menggalakkan rasa ingin tahu di dalam diri kanak-kanak masing-masing.

IMIKI KINDER CARE (2)

Yang menariknya, ada sesi berenang yang telah diperuntukkan untuk semua kanak-kanak di IMIKI KINDER CARE, Bandar Kinrara, Puchong. Kanak-kanak kalau jumpa air faham-faham jerlah kan? Sama jer, Firash ke, anak-anak lain ke… Semua kalau nampak air memang macam histeria kan? Ha ha ha… Rolling on the floor laughing

Sesi Pembelajaran Bertema

Bila melibatkan kanak-kanak peringkat awal usia ni, pendekatan memang agak berbeza daripada kanak-kanak yang lebih berusia. Mereka mudah bosan dan cepat jemu. Bila dah bosan dan jemu, memanglah perhatian mereka ke laut ya tak? Di IMIKI KINDER CARE, mereka memberikan pendidikan dengan pendekatan pembelajaran bertema. Menggunakan produk asli berbanding daripada bergantung kepada gambar dan juga DVD. IMIKI KINDER CARE menggalakkan kanak-kanak menggunakan 5 deria mereka (mendengar, menyentuh, melihat, merasa dan juga menghidu) untuk memerhati, mengimaginasikan, membayangkan, memahami dan juga belajar.

Pembelajaran Seimbang

IMIKI KINDER CARE

Sebagai contohnya, pendidikan Matematik untuk kanak-kanak berusia 3 tahun di suku keempat tahun (September sehingga November) di mana kanak-kanak berusia 3 tahun ni akan mula belajar mengenai operasi tambah dan tolak dengan barangan fizikal di sekeliling mereka. Penambahan mata pelajaran Sains bagi kanak-kanak berusia 4 sehingga 6 tahun. Subjek Matematik dan Sains diajarkan di dalam Bahasa Inggeris.

Pembelajaran bahasa pula mencakupi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Mandarin.

Menarik kan? Bagi Kak Fa ianya adalah satu pakej yang menarik. Ok… Fine, there must be questions amongst the parents… Bagaimana pula Pendidikan Islam bagi kanak-kanak Muslim jika mereka dihantar ke IMIKI KINDER CARE? Untuk itu, bila kita dah mengambil keputusan untuk menempatkan anak-anak kita di Tadika Cina, kita kena memikirkan alternatif yang lain pula. Bermaksud, daftarkan anak di kelas-kelas agama yang bertauliah seperti Al-Baghdadi ke? Atau mengambil guru persendirian di rumah ke? Bukan tak ada ibu bapa yang buat sebegini. Sebelum-sebelum ni pun ada ibu bapa yang telah mengambil langkah sebegini.

Waktu Operasi

Waktu operasi IMIKI KINDER CARE adalah dari Isnin sehingga Jumaat bermula dari jam 7.30 am sehingga 6.30 pm serta tidak beroperasi sewaktu cuti umum.

Kadar Yuran IMIKI KINDER CARE

Kadar yuran adalah termasuk dengan sarapan pagi dan juga makan tengah hari bagi kanak-kanak yang bersekolah separuh hari. Manakala, kadar yuran adalah termasuk dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga minum petang bagi kanak-kanak sepenuh masa. Struktur yuran di IMIKI KINDER CARE adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

SEPARUH HARI
7.30 pagi sehingga 1.00 petang (Kelas bermula pada jam 8.30 pagi)
Kadar Yuran: RM 500.00 sebulan

SEPENUH MASA
7.30 pagi sehingga 6.30 petang (Kelas bermula pada jam 8.30 pagi)
Kadar Yuran:  RM 800.00 sebulan

Perhatian penting untuk ibu bapa, payment fee half-yearly ya? Yuran lain-lain adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

YURAN LAIN-LAIN (RM 500.00 x 2)
Untuk Medium Kraf dan Seni, Material Program.

RM 310.00 x 2
Untuk Buku-Buku/Puzzle/Flash Card

PAKAIAN SERAGAM: RM 30.00 sepasang x 2 pasang
PAKAIAN SUKAN: RM 25 sepasang x 1 pasang

Additional info, IMIKI KINDER CARE ada menawarkan program khusus untuk bulan Disember yang direka khas untuk cuti sekolah. Makanya, ibu bapa masih boleh menghantar anak-anak ke IMIKI KINDER CARE walaupun pada waktu dan ketika itu adalah musim cuti sekolah.

Perlu tunggu sehingga anak-anak berusia 3 tahun ke? Baru boleh hantar?  IMIKI KINDER CARE tak perlu tunggu selama itu. Seawal 2 tahun dah boleh hantar dah oiii… Khusus untuk kanak-kanak yang berusia dari 2 tahun sehingga 6 tahun. Jumlah pelajar di dalam setiap kelas adalah terhad sehingga 15 orang pelajar sahaja.

Rasa-rasa berminat tak?  Jika anda berminat mungkin ini boleh membantu anda untuk berjimat di dalam kos pendaftaran dan juga penghantaran anak-anak anda ke IMIKI KINDER CARE. Winking smile. Caranya mudah sahaja.

IMIKI KINDER CARE (4)

Nampak kan? Gambar di atas yang  Kak Fa akan muatnaikkan di laman Instagram Kak Fa nanti? Apa yang perlu ibu bapa lakukan adalah dengan hanya menunjukkan gambar Kak Fa di Laman Instagram Kak Fa @farahwaheda ketika pendaftaran anak-anak sama ada pada 14 OKTOBER 2018 (Hari Terbuka IMIKI KINDER CARE) sehinggalah 31 DISEMBER 2018. Dapat apa tu? Apa yang istimewa sangat tu?

Sekiranya, anda menunjukkan gambar yang Kak Fa muat naik di Laman Instagram Kak Fa berkenaan dengan IMIKI KINDER CARE, bagi sesi persekolahan SEPARUH HARI, anda akan mendapat rebat sebanyak RM 100.00 dan bagi sesi persekolahan SEPENUH MASA anda akan mendapat rebat sebanyak RM 200.00 untuk YURAN BULAN PERTAMA bagi setiap PENDAFTARAN BARU.

Ehem... Kalau daftar on the spot sewaktu Hari Terbuka IMIKI KINDER CARE nanti pada 14 Oktober 2018 tu... Anda akan dapat 1 lagi tambahan program cuti sekolah PERCUMA bagi bulan Disember 2018 yang bernilai RM500.00. Berbaloi tak? Berbaloi kan? 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Alamat:
178, Jalan BK 4/2, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

No. Telefon:
0104278542

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tengah mencari2 tadika untuk anak. Nak tanya, makanan yang dia serve halal tak? kalau masukkan anak umur 4 tahun boleh ke dengant tak ada basic mandarin? Thanks.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !