Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak
Kredit: Sumber dari Google

Kak Fa jumpa ni dari Google. Smile. Statistik daripada laporan tinjauan yang telah dilakukan oleh Dr. Kanna Peruman ke atas tabiat anak-anak kecil seperti menghisap jari, menonjolkan lidah (some people call it as menyentil lidah) dan juga menggigit bibir. Apa yang boleh dilihat, daripada ketiga-tiga tabiat yang disenaraikan oleh Dr. Kanna Peruman didapati tabiat menghisap jari adalah tabiat yang paling popular di kalangan anak-anak kecil berbanding dua lagi tabiat yang telah disenaraikan. Kalau Kak Fa cakap jangan marah ya? Sebenarnya, if possible elakkanlah anak-anak kecil dari mempunyai tabiat menghisap jari. Kak Fa sendiri sedari kecil memang latih Firash supaya tidak menghisap jari. Sebabnya? Sebab Kak Fa tahu apakah kesan tabiat menghisap jari pada masa akan datang nanti. Memang anak-anak kecil akan memulakan tabiat menghisap jari, tetapi sebagai ibu bpa ada cara hentikan tabiat menghisap jari anak ni. Ada cara bukan tak ada ada cara.

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (14)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Fahami Kenapa Anak Kecil Suka Menghisap Jari

Bukan seorang dua anak-anak kecil yang suka menghisap jari, boleh dikatakan almost most of them memang suka menghisap jari. Sebab apa? Berikut adalah di antara sebab kenapa anak kecil suka menghisap jari:

Tindakan Refleks Menghisap (Sucking Reflex) Bayi

Tindakan ini terjadi hasil daripada keseronokkan mereka menghisap puting, makanya bayi akan tercari-cari alternatif lain apabila mereka tidak menyusu dan yang paling mudah adalah dengan menghisap jari sebagai substitute… Winking smile

Menghisap Jari Itu Adalah Menenangkan

Tabiat ini membuatkan bayi dan kanak-kanak berasa selamat. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa meninggalkan mereka seketika. Jadi tak ada apa-apa yang pelik kalau anak-anak kecil menghisap jari walaupun baru jer sudah menyusu.

Jari Sentiasa Ada Di Tangan

Mula-mula bayi cuma rasa jari mereka sendiri jer… Selepas tu bila dah rasa selesa dan seronok, maka bertukarlah ia kepada satu tabiat.

Yang Tak Seronok Bila Menghisap Jari Menjadi Tabiat

Nampak macam tak ada apa, nampak macam saja-saja ya tak? Alaaa… Small the matter jer… Ihiksss… Rolling on the floor laughing… Tetapi sebenarnya ada kesan sampingan bila menghisap jari itu sudah menjadi satu tabiat atau rutin harian kanak-kanak pada setiap masa. Kecil-kecil ni tak nampaklah lagi kan? Tapi akan datang tu akan datang. Masa masih bergigi susu ni memanglah tak nampak. Tetapi selepas pada tu. Jadi, sila watch out jika anak masih menghisap jari walaupun setelah berusia 4 sehingga 6 tahun. Ehhh… Betullah, Kak Fa tak main-main ni. Studies shows that ok? Bukan Kak Fa sendiri pandai-pandai.

Kesan buruk akibat dari tabiat menghisap jari adalah bergantung kepada kekerapan anak kecil menghisap jari, tempoh masa dan juga daya kekuatan. Berdasarkan kajian, even if seorang bayi menghisap jari walaupun dengan kuat tetapi di dalam tempoh masa yang singkat, ianya akan memberikan hanya sedikit kesan berbanding menghisap jari secara perlahan tetapi tempoh lama.

Pembesaran Rahang Menjadi Tidak Normal


Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (3)
Kredit: Sumber dari Google

Sewaktu menghisap sesuatu di dalam mulut, sama ada jari ataupun puting, lidah akan berada di bahagian bawah objek yang dihisap. Pada kedudukan ini (lidah berada di rahang bawah) bersama dengan objek yang dihisap (jari atau puting) akan menyebabkan pembesaran rahang menjadi tidak normal. Ia akan memberi tekanan yang tidak normal kepada tulang rahang yang sedang membesar.

Rahang atas akan membesar ke hadapan dan menjadi sempit, menjadikan ia berbentuk seperti V (pembesaran secara normal adalah rahang atas melebar ke kiri dan ke kanan, rahang berbentuk U). Hal ini kerana tekanan daripada pipi tidak seimbang dengan tekanan daripada lidah. Ini akan menyebabkan gigi depan atas akan ke depan atau disebut jongang. Manakala, gigi bawah akan berkemungkinan jongang ke depan atau ke belakang.

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (5)
Kredit: Sumber dari Google

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (4)
Kredit: Sumber dari Google

Bagi sesetengah kes, selain daripada masalah gigi jongang, berkemungkinan kanak-kanak yang berkenaan akan mempunyai masalah gigitan di antara gigi atas dan bawah terbuka dan tidak bersentuhan yang dikenali sebagai open bite.

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (6)
Kredit: Sumber dari Google

Jari Menjadi Rosak

Tabiat menghisap jari juga akan memberi kesan kepada kulit jari yang dihisap. Kak Fa pernah dengar orang-orang yang lebih berpengalaman bercakap di dalam bahasa kasar, jari jadi genting. Terlalu lama terperangkap dengan air liur dan tekanan dari gigi, membolehkan jari terkena jangkitan. Lebih teruk, jari akan luka dan berdarah memudahkan infeksi (kemasukan bakteria dan kuman ke dalam badan.

Cara Hentikan Tabiat Menghisap Jari Anak

Sebagai ibu bapa, kita bantulah mana yang patut dan boleh kita bantu kan? Takkan kita nak biarkan tabiat atau kebiasaan anak itu sampai memudaratkan diri mereka sendiri ya tak? Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa?

Balut Ibu Jari Dengan Thumb Guard

Di pasaran luar negara, ada equipment yang dikenali sebagai Thumb Guard yang membalut ibu jari kanak-kanak bagi menghalang kanak-kanak dari menghisap jari. Di pasaran Malaysia, Kak Fa tak sempat nak gali… Tak pasti sama ada sememangnya telah ada atau tidak. Tak pun, mungkin boleh dapatkan dari Amazon atau eBay? Winking smile. Ada macam-macam jenis, ada macam-macam corak dan juga rekabentuk.

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (7) 
Kredit: Sumber dari Google

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (8)
Kredit: Sumber dari Google

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (9)
Kredit: Sumber dari Google

Kalau mak-mak pandai menjahit pun boleh juga… Jahit sendiri kan? Winking smile

Gunakan Hand Stopper Thumb Guard

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (10)
Kredit: Sumber dari Google

Just to note, yang ini, ada di jual di eBay. Kak Fa ada nampak. Smile. Dinamakan sebagai Hand Stopper Thumb Guard. Tak kesampaian nak masukkan ibu jari ke dalam mulut. Sebab dah ada stopper yang menghalang kanak-kanak dari memasukkan ibu jari ke dalam mulut.

Sapukan Bahan Tidak Disukai Pada Ibu Jari

Konsep sama dengan cerai susu badan. Sapukan bahan yang tidak disukai pada ibu jari yang sering dihisap oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah. Atau apa-apa saja yang tak sedap.

Hadkan Jangka Masa Anak Boleh Menghisap Jari

Cuba untuk hadkan jangka masa anak anda menghisap jari. Jelaskan pada anak, ini hanya boleh dilakukan di rumah dan bukan di luar rumah. Jelaskan juga, ini adalah aktiviti sewaktu hendak tidur siang atau malam sahaja. Lebih-lebih tak boleh ok? Nyah-Nyah. Rasionalnya, apa yang ibu bapa lakukan ini membantu anak-anak untuk mengenalpasti apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh mereka lakukan. Pendek kata, ini membantu proses pembentukan tabiat positif mereka.

Jangan Terlalu Tegas

Elakkan daripada terlalu tegas dengan mengatakan, “Mulai hari ini, tak boleh hisap jari lagi. Kalau hisap jari juga nanti dapat hukuman”. Sebaliknya, sila lakukan peringkat demi peringkat. Mulakan dengan memberikan pujian yang positif sewaktu mereka tidak melakukan tabiat tersebut berbanding mengkritik sewaktu mereka sedang melakukan tabiat tersebut. Rasionalnya, pengiktirafan yang dilakukan membantu mereka menyedari bahawa mereka tidak memerlukan tabiat tersebut untuk menarik perhatian orang lain, secara tidak langsung mereka memberi keyakinan diri bahawa mereka mampu menenangkan diri tanpa bergantung pada tabiat mereka yang ada.

Berkomunikasi

Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk berbincang dengan anak secara tenang dan baik berkenaan tabiat mereka tersebut. Bantu anak-anak untuk memahami bahawa, apabila mereka merasakan diri mereka bersedia untuk hentikan tabiat yang berkenaan, kita sebagai ibu bapa akan sentiasa berada bersama mereka dan memberikan sokongan yang positif. Rasionalnya, ini memberikan keyakinan pada diri kanak-kanak. Apabila masanya sampai, mereka akan datang secara sendirinya dan secara sukarelawan memberitahu mereka mahu menghentikan tabiat tersebut. Ini kerana sebagai ibu bapa kita telah memberikan mereka kekuatan tersebut untuk sampai ke tahap melakukan keputusan untuk menghentikan tabiat tersebut.

Ganjaran

Mewujudkan sistem ganjaran seperti permainan, makanan kegemaran atau lawatan ke tempat kesukaan kanak-kanak sebagai hadiah sekiranya mereka berjaya untuk tidak menghisap jari.

Oral Appliance

Ini untuk kanak-kanak yang lebih dewasa atau remaja yang ingin berhenti menghisap jari tetapi tidak berjaya menggunakan cara-cara yang lain. Oral appliance ni berbentuk seperti paparan gambar di bawah:

210215034158ThumbSuckingAppliances
Kredit: Sumber dari Google

Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak (12)
Kredit: Sumber dari Google

Oral appliance ni adalah alat logam berbentuk dawai kokot yang diletakkan di belakang gigi hadapan atas yang bertindak sebagai penghalang kanak-kanak dari meletakkan jari ke mulut untuk dihisap.

Ada macam-macam teori, ada macam-macam cara untuk menghentikan tabiat menghisap jari anak. Apa pun, bagi Kak Fa, yang paling penting, sebagai ibu bapa, kita perlu mencari cara yang paling sesuai untuk anak ikuti dan seterusnya mencuba mengurangkan kesan buruk akibat tabiat menghisap jari. Winking smile.

Sumber Rujukan:
Terimakasih telah membaca artikel Cara Hentikan Tabiat MENGHISAP JARI Anak. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.