SLIME? That’s It! No More!–Bila Dah Tahu Bahaya

Farah Waheda Wahid
3
SLIME_THAT'S IT! NO MORE! BILA DAH TAHU BAHAYA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Yes, I did share previously di dalam entri Kak Fa yang bertajuk Cara Mudah Hasilkan Slime Homemade dan yang itu Kak Fa tak pasti sama ada mengandungi Borax atau tidak di dalam sabun cecair yang digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan slime tu. Rasanya, Kak Fa kena pergi ke pasaraya dan check semula ingredients di dalam sabun cecair yang berkenaan untuk pastikan sama ada ianya mengandungi borax ataupun tidak. Borax atau nama lainnya adalah Tetrasodium Borate adalah bahan yang boleh didapati pada sabun pencuci. Bagi Kak Fa, I need to be responsible in my own sharing. The content that I’ve shared. Bimbang kalau-kalau mendatangkan mudarat kepada individu lain dan anak-anak individu lain. So, nak tak nak Kak Fa terpaksa juga kongsikan penemuan terbaru mengenai bahaya slime kepada pembaca Kak Fa di Bubblynotes.Com. Slime? That’s it! No more! Bila dah tahu bahaya secara automatik Kak Fa “haramkan” slime mendekati Firash lagi. Kenapa? Ambil iktibar ya?

Kak Fa secara kebetulan terbaca satu artikel yang dikongsikan di pautan di SINI dan Kak Fa rasa sebagai seorang blogger yang pernah berkongsi cara pembuatan slime DIY, Kak Fa rasa, Kak Fa bertanggungjawab untuk menyampaikan juga sisi lain mengenai slime yang perlu semua ibu bapa di luar sana ketahui.

Secara mata kasar, jika kita lihat, tiada bahayanya bermain slime. Tapi siapa sangka kan? Perkongsian seorang ibu saudara di media sosial beberapa bulan lalu… Phewww! Dah beberapa bulan berlalu dah, baru Kak Fa tersedar? Maafkan Kak Fa semua… Membuka mata ibu-ibu dan ayah-ayah termasuk Kak Fa yang menjadikan Kak Fa alert tentang bahaya slime ni. Ini perkongsian beliau:

BAHAYA SLIME! IBU BAPA Tolong ALERT!!!
Permainan kanak-kanak yang boleh menyebabkan buta kepada mata.

Saya just sharing apa yang berlaku kepada anak buah saya. Bulan lepas mereka balik kampung, anak sulung adik saya bernama Ain happy sangat dapat jumpa sepupu.Tengah-tengah mereka bermain ramai-ramai, tiba-tiba Ain macam nampak tak selesa pada matanya. Kejap-kejap dia gesel mata, nampak macam dia gatal-gatal dan pedih. Ibunya cepat-cepat basuh mata Ain, entah macam mana tiba-tiba nampak kelainan pada mata Ain… mata putih Ain membengkak … mata hitam dia tenggelam. Bila tanya sekumpulan anak buah, mereka cakap kami semua main slime. Nyaris anak buah lain tak kena macam Ain.

SLIME_THAT'S IT! NO MORE! BILA DAH TAHU BAHAYA (2)
Kredit: Sumber dari Google

Adik saya cepat-cepat bawa Ain pergi ke klinik yang berdekatan. Doktor beritahu yang itu adalah sejenis allergy yang bahaya…. boleh buta… Doktor refer ke Pakar Hospital Besar… Rupa-rupanya slime ni ada bahan kimia yang merbahaya bernama *BORAX ONE* nama sains Tetrasodium Borate yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kanak-kanak.

Apa Bahayanya BORAX?

SLIME_THAT'S IT! NO MORE! BILA DAH TAHU BAHAYA (4)
Kredit: Sumber dari Google

  • Jika termakan boleh menyebabkan CIRIT BIRIT.
  • Jika terkena mata boleh menyebabkan KERADANGAN dan BENGKAK MATA dan boleh menyebabkan mata BUTA.
  • Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan SESAK NAFAS.
  • Jika terlalu kerap disentuh boleh menyebabkan KULIT MELEPUH dan KERADANGAN.

Stop lah ya galakkan anak-anak bermain SLIME. Entri Kak Fa yang lama tu tolong abaikan dan tolong jangan ikut ya?  Stop lah juga galakkan anak-anak membuat slime sendiri di rumah. Cara-cara nak buat memang banyak terpampang di YouTube. Bahan-bahan pula jenis senang yang didapati di rumah. Kak Fa minta maaf sangat-sangat kalau-kalau perkongsian Kak Fa di dalam entri sebelum ni ada memudaratkan sesiapa. Huuuu… Crying face. Sebab Kak Fa sendiri teruja dengan slime kerana melihat sisi sensori anak kecil. Tapi di sebalik tu, sememangnya ia mendatangkan bahaya.

Mostly, mostly ingredients dalam slime adalah berasal dari bahan kimia. Ada dah terjadi di Massachusets, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun diklasifikasikan melepuh pada jari (kesan terbakar tahap 2 dan 3). Doktor di Hospital Shriners memberitahu bahawa itu merupakan kesan terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama membuat slime. Borax One adalah bahan kimia yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah kepada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan. Kanak-kanak ni pula memang expert dalam penghasilan slime. Kerap sangat buat slime sendiri. Mak dia pun seronok sampaikan mak dia bagi galakkan dan dorongan. Siap rajin belikan lagi bahan-bahan untuk menghasilkan slime.

SLIME_THAT'S IT! NO MORE! BILA DAH TAHU BAHAYA (3)
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Semoga ini menjadi iktibar buat kita semua. Sad smile. Kak Fa harap sangat semua ibu bapa di luar sana tu, elakkan anak-anak mulai hari ni dari bermain slime. Banyak lagi permainan lain boleh dimain . Memadai dengan PlayDoh jer dah kot? Sad smile. Kak Fa juga nak ambil kesempatan ni untuk memohon maaf jika perkongsian Kak Fa sebelum ni mengenai penghasilan slime homemade mendatangkan mudarat kepada mana-mana individu. Sungguh Kak Fa juga manusia biasa yang kadang-kala boleh terlepas pandang aspek-aspek yang sepatutnya diberi perhatian di saat-saat keterujaan Kak Fa bila Kak Fa melihat sesuatu dari sudut manfaat kepada anak-anak. Ampun dan maaf sekali lagi Kak Fa ucapkan. Mulai hari ni, let’s say no to SLIME for our kids ya? 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Allahu...PC tengok di You Tube ramai yang buat sendiri slime ni..ada juga dijadikan jualan untuk mendapat pendapatan sendiri...tak tahu tahap bahayanya boleh mencederakan...terima kasih Kak Fa perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Wahh, bahaya borax ni. Saya pernah nak try buat sime tanpa borax, tapi tak pernah menjadi. at last, buang je. Takde faedah je nak main.

    ReplyDelete
  3. bahayanyaaa.. tapi tgk budak2 ramai jee main benda alah ni.. patutnya orang dah tak jual dah slime slime ni lagi. tgk kat ig, masih ada lagi yang menjualnyaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !