QASEH GOLD JUNIOR Sebagai Tanda Kasih Sayang Seorang Ibu Kepada Anak

Farah Waheda Wahid
2
QASEH GOLD JUNIOR (1)

Amboiii… Bukan main susunan ayat Kak Fa kan? QASEH GOLD JUNIOR sebagai tanda kasih sayang seorang ibu kepada anak. Eh betul apa? Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing dan setiap ibu pasti melakukan sesuatu yang dirasakan terbaik untuk anak-anak masing-masing. Sebagai contoh? Nerd smile. Keputusan memberikan anak-anak makanan yang berkhasiat tinggi yang boleh membantu tanpa memberi risiko kepada anak-anak seperti QASEH GOLD JUNIOR. To be honest, Kak Fa pernah melihat produk QASEH GOLD JUNIOR lalu di newsfeed laman Facebook Kak Fa dan juga Instagram Kak Fa, tapi Kak Fa agak skeptical dan tidak ambil port sangat pun mengenai QASEH GOLD JUNIOR. Tak pernah teringin pun nak mencuba. Haaa… Itu jawapan jujur Kak Fa. Habis tu? Macam mana pula tiba-tiba Kak Fa tergerak nak bercerita atau berkongsi mengenai QASEH GOLD JUNIOR ni? Itu kena hadamkan entri Kak Fa dulu.

As most of you know, Firash iaitu anak Kak Fa yang berusia 4 tahun 8 bulan itu adalah seorang kanak-kanak yang susah untuk makan. To be precise, ketika anak-anak lain seusia dia syok menikmati nasi berlauk dan makanan-makanan berkhasiat yang lain, Firash tidak. Dia sangat memilih makanan yang mana Kak Fa boleh katakan a picky eater as well. Cuma akan makan nasi KFC, whipped potato KFC, Happy Meal Nugget, Chipsmore, papadom, Mr. Potato, Pringles dan Roti Coklat Gardenia. Sangat tak sihat kan? Dan Kak Fa kalau boleh sebenarnya nak elakkan Firash dari keterbergantungan dengan fast food. It is not healthy at all. Itupun jenuh Kak Fa cuba jarakkan tau tak? Kalau ada pun Firash makan nasi yang dimasak di rumah, ianya semata-mata nasi putih semata-mata tanpa lauk. Perlu nasi putih sahaja ya? Jangan cuba-cuba tambah ayam ke? ikan ke? what sort of lauk sekalipun. Sebabnya, jika dicuba juga makan muntah jawapannya. I don’t know why. Kadang-kadang nak kata binggung pun ada. Kak Fa tak ketahuan punca. I’ve tried many kinds of vitamin to boost up his appetite. Tapi… Hampa semata-mata. So jangan sesekali nak suggest lagi pada Kak Fa itulah inilah ya? Sebab to be honest with you, semua Kak Fa dah cuba. Setakat ni belum ada vitamin yang mampu meningkatkan selera makan Firash.

QASEH GOLD JUNIOR (3)

Cerita tentang QASEH GOLD JUNIOR bermula, bila mana satu hari tu, Kak Fa skrol timeline Instagram Kak Fa, Kak Fa ternampak yang salah satu fungsi QASEH GOLD JUNIOR adalah untuk membantu meningkatkan selera makan anak. You see? Seorang ibu itu tidak pernah kenal akan erti putus asa dan seorang ibu itu tidak pernah berhenti untuk mencuba sehingga mencapai apa yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. That’s where Kak Fa decided to try QASEH GOLD JUNIOR.

QASEH GOLD JUNIOR (2)

I can tell you that, penerimaan Firash pada peringkat awal, Kak Fa terpaksa bergelut dengan Firash untuk memberikan dia QASEH GOLD JUNIOR. Sangat-sangat susah. Dia menolak sampaikan kami berdua beranak bermain kejar-kejar dari dapur ke ruang tamu. Jangan nak buat kesimpulan mengatakan yang Kak Fa kejam pula? Sebabnya akhirnya Kak Fa terpaksa tangkap Firash dan kepit dia semata-mata nak berikan dia QASEH GOLD JUNIOR. Kiranya secara paksaanlah buat kali yang pertama tu. The problem with him is that, dia belum cuba lagi dah tolak. Tak bolehlah macam tu kan? Mula-mula tu dia keluarkan balik QASEH GOLD JUNIOR tetapi bila kali kedua Kak Fa berikan QASEH GOLD JUNIOR, nampaknya dia dah boleh mula terima dan tanpa Kak Fa sua pun dia minta sendiri dari Kak Fa. Kenalah tu pada tekak dia tu agaknya? Tulahhh… lain kali, apa-apa pun kena cuba dulu kan? Winking smile

QASEH GOLD JUNIOR bukan setakat membantu meningkatkan selera makan anak-anak tetapi it is more than that. Ianya merangkumi keperluan:

Nutrisi

Nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar ialah KALSIUM, PROTEIN, SERAT, ANTIOKSIDAN dan ZAT BESI.

Perlindungan

Sistem imun anak-anak perlu dirangsang dengan membiarkan mereka bereksplorasi dengan persekitaran. Namun, mereka juga perlu dilindungi dari penyakit. Sistem imun tubuh anak-anak dapat dibina dari QASEH GOLD JUNIOR.

Tenaga

Anak yang sihat adalah anak yang cergas.

Bila Kak Fa mula mengambil tahu, mula mengenal QASEH GOLD JUNIOR, apa yang Kak Fa dapat fahami adalah, QASEH GOLD JUNIOR berfungsi sebagai:

Sumber Tenaga Untuk Membesar

Anak-anak memerlukan tenaga untuk aktiviti harian seperti bermain dan belajar. Tenaga juga diperlukan oleh tubuh untuk menjana sel-sel baru terutamanya ketika mereka membesar.

Bekalan Kalsium Bebas Tenusu

Kalsium semulajadi dari tulang ikan membantu di dalam pembentukan gigi dan tulang serta membantu kesihatan saraf anak-anak supaya mereka membesar lebih sihat.

Bekalan Nutrisi Tambahan Di Dalam Diet Harian

Anak-anak ni selalunya cerewet memilih makanan, menyebabkan mereka tidak mendapat nutrisi yang lengkap untuk membesar. QASEH GOLD JUNIOR dapat membantu untuk membekalkan vitamin, mineral, prebiotik, serat dan antioksidan untuk keperluan nutrisi harian mereka.

Membantu Tubuh Membina Sistem Imun Yang Lebih Kuat

Waktu membesar ialah waktu di mana tubuh anak-anak membina sistem imun sendiri. Tetapi sebagai ibu bapa, kita boleh membantu untuk membekalkan nutrisi ekstra untuk membantu tubuh mereka membina sistem imun yang lebih kuat. Madu, habbatus sauda, delima, safron, kismis adalah bahan yang kaya dengan antioksidan.

Menyihatkan Usus Dan Melancarkan Pembuangan

Masalah sembelit dan penghadaman adalah penyebab beberapa masalah besar yang lain jika tidak dibendung. Dengan memberikan QASEH GOLD JUNIOR yang mengandungi serat dari kurma, badam, bayam serta prebiotik Arabic Gum ia dapat membantu untuk melancarkan sistem penghadaman dan pembuangan.

Good to know yang bahan-bahan QASEH GOLD JUNIOR adalah daripada 14 bahan terpilih seperti yang tertera di dalam gambar di bawah:

QASEH GOLD JUNIOR (7)

Pricing pula bagaimana? Mampu milik of course. Berikut adalah harga bagi QASEH GOLD JUNIOR:

QASEH GOLD JUNIOR (5)
Pek Mini 250 ML : RM 51.80

QASEH GOLD JUNIOR (8)

Pek Single 430 ML: RM 74.50

QASEH GOLD JUNIOR (4)
Pek Kombo 630 ML x 2: RM 131.10

Apart from that, secara summary yang dapat Kak Fa beritahu, QASEH GOLD JUNIOR boleh membantu untuk menyelesaikan masalah sembelit, kurang selera makan, tidak fokus, mudah jatuh sakit, tonsil bengkak, kerap demam, selsema, batuk, asma, bronkitis, resdung serta keletihan. Setakat ke hari ini, QASEH GOLD JUNIOR sudah membantu ramai ibu dan ayah demi menjamin kesihatan anak-aak dengan jualan lebih dari 539,293 unit botol. Yang pasti, QASEH GOLD JUNIOR adalah bebas daripada bahan kimia yang berbahaya dan disyorkan oleh Persatuan Doktor-Doktor Seislam Semalaysia (PERDIM). Semua ibu bapa boleh berikan anak-anak QASEH GOLD JUNIOR tanpa rasa was-was ok?

QASEH GOLD JUNIOR (6)

Untuk Maklumat Lanjut:

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wow... mcm best jer... anak2 mesti suka ni

    ReplyDelete
  2. dulu pernah nak try qaseh gold dekat awfiyah,sebab orang kata qaseh gold ni bagus

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !