Home » , , , , , , , , , » Prosedur PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK Di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Prosedur PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK Di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

PROSEDUR PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kebetulan ada salah seorang rakan sekerja yang baru sahaja menyambut orang baru di dalam keluarga buat kali pertama, terus timbul ilham nak berkongsi tentang prosedur pendaftaran kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara. Kira-kiranya, he’s the one yang spark ilham kepada Kak Fa untuk perkongsian Kak Fa pada kali ini. Bila dah jadi blogger setelah sekian lama, Kak Fa notice yang kadang-kadang tak perlu nak crack your head sangat cari ilham. Benda yang kita dengar dan lalu depan mata kita pun boleh jadi bahan kalau kena gaya. Ihiksss…Betul tak? Winking smile. Tapi kalau not your day, fikir sampai tembus skrin laptop atau PC pun, apa pun tak boleh. Semua blogger pun experience benda macam ni. Bila mencurah-curah, bila brain a bit kind to us… tak putus-putus cerita dan tangan tak henti-henti nak menaip. Bila blocked? Senyap jerlah yang mampu sementara datang ilham. Ya tak? To produce quality bukan senang. To simply produce is easy. Macam tulah kiranya.

Berbalik kepada cerita kita mengenai prosedur pendaftaran kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara, entri ni khusus pada yang belum berpengalamanlah kan? Yang dah ada pengalaman tapi dah lama tak mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara pun boleh jer kalau nak refresh. Kot-kotlah kalau terlupa ke apa kan? Well, we are human beings. Kadang-kadang benda yang tak selalu kita buat tu, we tend to forget a bit here and there. Betul tak?

Penerangan Permohonan

Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak yang berkenaan.

Syarat Permohonan

Permohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:
  • Ibu atau bapa kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak; dan
  • Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (Asal dan Salinan)

  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap;
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan);
  • DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN);
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport bagi ibu bapa dan kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  • Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan jika berkaitan);
  • Sijil Perkahwinan atau Penceraian (asal dan salinan);
  • DOKUMEN PEMAKLUM (ASALH DAN SALINAN); dan
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport (asal dan salinan)

Bayaran

Tiada bayaran yang dikenakan.

Borang Permohonan – Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

  • JPN.LM01-Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati
Makluman:  Borang di dalam portal Jabatan Pendaftaran Negara (pautan yang disediakan di dalam entri ini) hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal ya? However, at least sedikit sebanyak boleh membantu ibu bapa baru to get a clearer picture on the whole process lah kan?

Untuk today, here’s Kak Fa punya sharing. In Shaa Allah, shortly Kak Fa akan kongsikan juga beberapa prosedur pendaftaran kelahiran lain yang might be useful to all readers of Bubblynotes.Com such as Pendaftaran Lewat Kelahiran, Pendaftaran Kelahiran Semasa Menunaikan Haji dan sebagainya. For now, hope that this would at least help the newbies in parenting world. Winking smile

Sumber Rujukan Sepenuhnya: SINI
Terimakasih telah membaca artikel Prosedur PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK Di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.