Home » , , , , , , , , , , , » PARENTS… Tolong Mark Kalendar Untuk LOLA BABA FESTIVAL 2018

PARENTS… Tolong Mark Kalendar Untuk LOLA BABA FESTIVAL 2018

LOLA BABA FESTIVAL 2018

Dear parents of Malaysia… Semua… Semua ibu bapa di Malaysia… Meh sini rapat-rapat meh? Kak Fa nak cerita sesuatu yang sangat-sangat menarik dan penting sedikit. Smile. Ini untuk anak-anak kita semua. Moh ler sini. Sebab ini adalah sesuatu yang sayang dan rugi jika anda sebagai ibu bapa terlepas pandang. Tapi, sebelum apa-apa, Kak Fa nak request satu jer… PARENTS… Tolong mark kalendar untuk LOLA BABA FESTIVAL 2018 boleh? LOLA BABA FESTIVAL 2018? Tak pernah dengar pun? Ini kali pertama ke? Dekat mana? Untuk apa? Untuk siapa? Haaa…mesti macam-macam soalan macam peluru berpandu yang terkeluar di kotak pemikiran masing-masing kan? Tu sebab… Jangan degil… Ha ha ha… Nyah-Nyah… Bacalah cerita Kak Fa ni sehingga habis ya? Kak Fa taip entri ni sekali taip jer tau… Takkan hari-hari Kak Fa nak taip cerita ni dan muatnaik di blog. Jadi tolonglah jangan terlepas cerita Kak Fa mengenai LOLA BABA FESTIVAL 2018 ni. Muahahaha… Open-mouthed smile.

Something awesome is coming…. Anddd… It’g gonna be a big thing untuk semua kanak-kanak di Malaysia. Yang mana, rugilah kalau terlepas. Winking smile. LOLA dan BABA is coming to kids of Malaysia di LOLA BABA FESTIVAL 2018 pada 26, 27 dan 28 Oktober 2018 ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. Siapa LOLA? Dan siapa BABA? Jeng jeng jeng… Sila lihat paparan video dan gambar di bawah perenggan ini. Winking smile.

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (2)


Siapakah gerangan 2 ekor kambing biri2 yang comel ini? Kak Fa perkenalkan... Inilah LOLA dan juga BABA.😊. Maskot rasmi bagi festival kanak-kanak terbesar di Malaysia that are coming to your way this *26, 27 & 28 OCTOBER 2018* di TAPAK EKSPO PERTANIAN MALAYSIA SERDANG (MAEPS). Nak jumpa LOLA dan BABA? Nak anak2 beramah mesra dengan LOLA dan BABA? Jemput datang ramai2 ya? I Shaa Allah, nanti kita bertemu di sana. 😉 @lolababa.official #lolababafestival2018 #lolababa #funparknil #lolababafest #parentingdaily #parenting #parenthood #motherhood #mommyhood #fatherhood #kanakkanak #kanakkanakmalaysia #malaysia #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #malaysianblogger #blogger #bloggermalaysia #bloggerMY #mommyblogger #mommybloggermalaysia
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on

Memperkenalkan… Inilah LOLA dan BABA… Tapi jangan tanya Kak Fa yang mana satu LOLA dan yang mana satu BABA ya? Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab Kak Fa sendiri tak sempat nak berkenalan lebih rapat dengan LOLA dan BABA ni ketika Majlis Sedia Media LOLA BABA FESTIVAL 2018 berlangsung. Ramai sangat manusia… Sedar-sedar jer, LOLA dan BABA dah menghilangkan diri. Nyah-Nyah. Kalau nak tau juga, nanti bila anda berkesempatan ke LOLA BABA FESTIVAL 2018 nanti, dekat-dekatkanlah diri dengan LOLA dan BABA ya? Untuk identify mana satu LOLA dan mana satu BABA. Ihiksss… Kalau dah tahu nanti, jangan lupa tau? Kongsi dengan Kak Fa yang mana satu LOLA dan yang mana satu BABA.

Berbalik kepada LOLA BABA FESTIVAL 2018 yang dijangkakan bakal menarik kehadiran seramai 500,000 orang pengunjung pada 27,27 dan 28 Oktober 2018 akan datang, ianya adalah merupakan sebuah festival kanak-kanak yang terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Eventious Global Sdn. Bhd. dengan kerjasama Binsabi Event Solution yang julung-julung kali diadakan. Sasaran pengunjung adalah ibu bapa dan anak berusia 18 tahun ke bawah. Tak pernah lagi ya? Tak pernah lagi ada festival kanak-kanak sebesar ini di Malaysia dan festival ini bukannya festival kanak-kanak yang tipikal. Apa yang boleh Kak Fa katakan, bagi pandangan Kak Fa, LOLA BABA FESTIVAL 2018 bakal memberikan pengalaman yang begitu berbeza berbanding seumpamanya yang pernah diadakan. Tunggulah nanti… Sebab belum berlaku kan? Tapi daripada apa yang Kak Fa dengar, memang sangat-sangat berbeza.

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (3)

Pastinya ianya mencetuskan keterujaan dan juga bakal menggandakan kegembiraan terutamanya kanak-kanak di mana ada pelbagai program dan aktiviti yang menarik yang disediakan di LOLA BABA FESTIVAL 2018 seperti fun run, buih gergasi, belon udara panas, sand art, permainan virtual, bouncing castle, petting zoo, pony ride, memanah, paintball dan macam-macam lagi.

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (4)

Pak Nil pun ada? Winking smile. Iyaaa Pak Nil pun ada dan Pak Nil wajib ada. Sebabnya, YBhg Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil… My son calls him as Tuk Nil (idola dia sangat ni) adalah merupakan duta rasmi bagi LOLA BABA. Bukan setakat Pak Nil jer… LOLA BABA up lagi dengan kehadiran beberapa orang selebriti tempatan seperti Amir Raja Lawak, Khai, Rosma dan YBhg Datuk Dr. Sheikh Muszhapar Shukor. Termasuklah…. Jeng jeng jeng… Karakter animasi seperti Omar dan Hana, Didi & Friends sebagai penyeri LOLA BABA FESTIVAL 2018 nanti.

Pak Nil ada beritahu Kak Fa dan semua yang hadir di Sidang Media LOLA BABA FESTIVAL 2018… Selain dari program dan aktiviti yang Kak Fa dah ceritakan di dalam perenggan yang lebih awal di atas, ada lagi aktiviti-aktiviti seperti persembahan kebudayaan, pencarian bakat cilik, forum keibubapaan, persembahan seni mempertahankan diri, pertandingan catur, pertunjukan fesyen bayi, perjumpaan pasangan kembar Malaysia… Banyak oiii… Banyak sangat-sangat. Tak terkongsi Kak Fa di dalam satu entri ni. Kalau nak senaraikan semua… Hu hu hu… Alamatnya sampai ke sudahlah tak habis cerita LOLA BABA FESTIVAL 2018 Kak Fa ni ha.

Pak Nil duta rasmi LOLA BABA. Firdaus Hariz – anak kepada Pak Nil adalah Presiden kepada LOLA BABA CLUB. Smile. Alaaa…dulu-dulu kan kita ada few kelab kanak-kanak di Malaysia ni? Tapi tu semua dah lama senyap kan? Anak-anak kita, generasi zaman sekarang ni, mana ada involve dengan kelab-kelab lagi dah selain kelab serta persatuan di sekolah? Betul tak? Semua tu dah terkubur. Kini LOLA BABA menghidupkan semula tradisi tersebut dengan versi yang lebih baik serta disesuaikan mengikut peredaran zaman. Lepas ni, semua ibu bapa bolehlah enroll anak-anak untuk menyertai LOLA BABA CLUB.

Kanak-kanak dan Pak Nil berpisah tiada… Pak Nil memang sinonim dengan kanak-kanak. Bak kata Pak Nil ada satu chemistry yang magic di antara beliau dan kanak-kanak. Mana-mana kanak-kanak pun kalau nampak Pak Nil pasti suka. Inclusive anak Kak Fa pun… Kalau nampak Pak Nil, dia punya keterujaan tu jadi lain macam. Ceria melampau ok Firash bila nampak Pak Nil. Rolling on the floor laughing. Makanya, ni Kak Fa nak beritahu, semalam Pak Nil beritahu Kak Fa yang dia akan berada setiap hari di LOLA BABA FESTIVAL 2018 iaitu pada 26, 27 dan 28 Oktober 2018 nanti. Tak percaya ke? Tak percaya sila tonton video confession Pak Nil di bawah ni ha.

Anak2 se#malaysia MESTI suka ni! 😍. Pak Nil @aznilnawawihm will be at LOLA BABA FESTIVAL 2018 setiap hari ok? And Kak Fa nak take the opportunity to announce yang @rizaznil - yang Kak Fa always have in mind as Baby Riz... Is the PRESIDENT of LOLA BABA CLUB. 👏. Bolehlah kalau anak2 nal enroll for this club ya? 😉. Pastinya sebuah kelab yang sihat buat kanak2 di Malaysia. LOLA BABA FESTIVAL 26,27 & 28 OKTOBER 2018 TAPAK EKSPO PERTANIAN MALAYSIA SERDANG (MAEPS) #lolababafestival2018 #lolababa #funparknil #lolababafest #largestkidsfestival #kidsfestival #parentingdaily #parenting #parenthood #ibubapa #keibubapaan #bayimalaysia #kanak2malaysia #kanakkanak #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #malaysianblogger #blogger #bloggermalaysia #bloggerMY #mommyblogger #mommybloggermalaysia
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on


Haaa…betul tak Kak Fa beritahu? Betul kan? Mestilah betul, kalau tak betul takkan Kak Fa nak cerita.

Terdapat empat zon yang disediakan sewaktu berlangsungnya LOLA BABA FESTIVAL 2018 nanti iaitu:

Zon A

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (5)
Kawasan yang dilengkapi dengan penyaman udara dengan 260 ruang niaga.

Zon B

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (6)
Kawasan yang dilengkapi dengan khemah Arabian yang menempatkan sehingga 152 ruang niaga.

Zon C

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (7)
Ruang bagi gerai-gerai makanan termasuklah trak makanan.

Zon D

LOLA BABA FESTIVAL 2018 (8)
Ruang bagi permainan luar.

Ramai tau penaja untuk LOLA BABA FESTIVAL 2018 ni. Di antara barisan penaja LOLA BABA FESTIVAL 2018 adalah Champs, Pipipau, Siti Khadijah dan Grolier. Rakan strategik pula adalah Tateh, Yons, Eiman Kids, Nedya, Kids Project, Susu Irfan, El Zahraa Kids, PantangPlus, Little Dariena, Si Chomel Lily, Chak2baby, House of Kambing, Dhaka Teh Ais, Aiskrim Kedadih, Coway, Bondahaven, Laman Khaira, Axpic, Villapria, HAS Production, HF Consultant, Mibsstudio, EduAsia, Ampac, SFA, Siffra, Ansara, Grolier, Zawra, Kenny Rogers Rooster, UPM dan UKM.

Baru pergi Sidang Media jer pun Kak Fa… Tapi macam Kak Fa pula yang lebih-lebih teruja dari Firash. Muahahaha… Rolling on the floor laughing. Best juga tu… Bolehlah mengimbau zaman-zaman Kak Fa kanak-kanak dulu. Zaman Kak Fa kanak-kanak dulu rasanya tak ada dan tak pernah pergi pun festival kanak-kanak semacam ini. Eh… Jangan lupa tau? Mark kalendar masing-masing tu… 26,27 dan 28 Oktober 2018, LOLA BABA FESTIVAL 2018 bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. In Shaa Allah mana tau? Jika ada rezeki kita berjumpa di sana kan? Winking smile. Terserempak secara kebetulan ke? Kan? Kan? Kan?

For now, ni jer yang dapat Kak Fa kongsikan mengenai LOLA BABA FESTIVAL 2018. Untuk maklumat lebih lanjut…Rajin-rajinkan diri untuk check-out info-info terkini dari semasa ke semasa di:

Enquiries:
Mobile:
+60199569001
Office:
+60389209423
Terimakasih telah membaca artikel PARENTS… Tolong Mark Kalendar Untuk LOLA BABA FESTIVAL 2018. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Artkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.