Kerja Baru Untuk PARENTS–Jauhi Anak Dari MOMO CHALLENGE

Farah Waheda Wahid
1
KERJA BARU PARENTS-JAUHI ANAK DARI MOMO CHALLENGE
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Eeeiii… Tengok rupa kau pun Kak Fa dah rasa macam nak baling-baling dan bakar-bakar jer (Note: Merujuk kepada paparan gambar di atas). Pertama kali melihat pun dah terbayang ini adalah sangat psiko! Terus terbayang di dalam kotak pemikiran Kak Fa ni akan konsep filem Inggeris yang selalu menggarap genre-genre seram dan psiko yang semacam ni. Keke Challenge tu walaupun membahayakan tetapi masih boleh lagi lah Kak Fa nak tolerate untuk tonton. (Buat tidaklah ya? Winking smile). Tetapi viral terkini - MOMO CHALLENGE memang Kak Fa pangkah habis! Mengarut-garut sekarang ni kan?  Macam-macam challenge pula yang timbul. Selepas satu-satu, selepas satu-satu. Dah jadi kerja baru untuk PARENTS – jauhi anak dari MOMO CHALLENGE pula. Tak tau MOMO CHALLENGE tu apa? Mak-mak ayah-ayah TOLONG AMBIL MASA SEDIKIT untuk menghadamkan tentang MOMO CHALLENGE. Kak Fa tak paksa tetapi Kak Fa rayu tolong faham dan tahu mengenai MOMO CHALLENGE, demi anak-anak masing-masing.

Fahami Apa Itu MOMO CHALLENGE?

Perkara pertama yang semua mak ayah kena fahamkan adalah apa itu MOMO CHALLENGE? Jangan fikir MOMO CHALLENGE ni seakan-akan Keke Challenge tu ya? Jangan fikir juga yang MOMO CHALLENGE ni adalah seakan-akan Panama Dance or Syantik. This is far way very dangerous, kerana ia melibatkan jiwa dan nyawa. MOMO CHALLENGE adalah di mana mangsa akan dihubungi melalui platform aplikasi What’s App, kemudian diundang untuk menyertai sebuah permainan. Setelah terhubung, MOMO akan meminta mangsa untuk melakukan beberapa tindakan yang menyakitkan diri sendiri dan berlanjutan sehingga ke fasa membunuh diri.

Unit Penyiasatan Jenayah Komputer Mexico menyatakan bahawa penyebaran permainan ini bermula dari laman media sosial Facebook, di mana sejumlah besar mangsa berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali melalui aplikasi What’s App. Peserta MOMO CHALLENGE menyatakan, bahawa di dalam cabaran itu, MOMO akan mengirimkan beberapa gambar dengan beberapa arahan yang berbaur kekerasan. Such as mengikat kain di leher. Jika peserta cabaran tidak mengikuti peraturan permainan tersebut, mereka bakal mendapat ancaman yang sangat menakutkan.

The Sun melaporkan bahawa MOMO adalah berasal dari nama akaun media sosial yang ada di What’s App, Facebook dan YouTube. Susuknya digambarkan sebagai wajah perempuan (yang macam anda lihat dalam permulaan entri ini) yang menyeramkan dengan mata terbelalak seperti hantu, senyuman psiko dan rambut kusut yang panjang serta dibiarkan terurai. Rupa itu adalah merupakan hasil karya orang Jepun yang bernama Midori Hayashi yang tidak mempunyai sebarang kait hubung langsung dengan permainan yang sedang viral ini. 

Laporan dari Buenos Aires Times menyatakan bahawa pihak polis Argentina mengaitkan MOMO CHALLENGE dengan kematian seorang remaja berusia 12 tahun yang membunuh diri. Kenapa terkait dengan MOMO CHALLENGE? Sebab sebelum bunuh diri, remaja tersebut sempat merakamkan aksi membunuh diri melalui telefon pintar. Sebab tu, Kak Fa rasa sangat penting untuk Kak Fa seru semua parents supaya jauhkan anak-anak dari MOMO CHALLENGE ni. Siapa pelaku? Masih tidak diketahui dan masih diburu. Setakat ini, masih belum dikenalpasti seberapa luas MOMO CHALLENGE ni tersebar. Tapi ada yang beritahu Kak Fa, dah sampai Malaysia dah pun. Surprised smile. Scary-nya! MOMO CHALLENGE sama modus operandi dengan BLUE WHALE CHALLENGE yang pernah viral tidak lama dulu. Kak Fa recap sedikit mengenai BLUE WHALE CHALLENGE yang berlaku pada tahun 2017. Di dalam BLUE WHALE CHALLENGE, mangsa diminta untuk menyelesaikan satu senarai cabaran atau tugasan dalam tempoh 50 hari dan ianya akan berakhir dengan cabaran atau tugasan membunuh diri.


Ambil Perhatian Maklumat Tentang MOMO CHALLENGE


MOMO CHALLENGE 2
Kredit dari Sumber dari SINI

MOMO CHALLENGE 3
Kredit dari Sumber dari SINI

Ini sedikit informasi buat panduan ibu bapa yang sempat Kak Fa kumpulkan. Kak Fa harap ianya bermanfaat buat semua ibu bapa. Sementara waktu ni, Kak Fa masih mengali dan study lagi tentang MOMO CHALLENGE ni. Kak Fa punya standing, memang Kak Fa memandang serius sangat isu MOMO CHALLENGE ni. Sebab tu Kak Fa beria sangat nak educate mak ayah kat luar sana tu tentang MOMO CHALLENGE ni. Bagi Kak Fa tak semua orang tahu dan tak semua orang sedar akan kehadiran MOMO CHALLENGE ni. Ada sesetengah pihak perlu diberitahu, disedarkan dan difahamkan.

Lindungi Anak Dari MOMO CHALLENGE


Dalam hal macam ni, peranan ibu bapa memang sangat-sangat penting. Tak boleh ambil sikap tidak apa dan biarkan sahaja. Kita tak nak sampai-sampai berita nanti ada pula yang menjadi mangsa kedua MOMO CHALLENGE. Memang kerja mak ayah dah ni untuk jauhi anak-anak dari MOMO CHALLENGE. Memang kena jadi sibuk urusan alam maya anak, memang kena jadi sibuk kawal urusan alam maya anak, semak telefon atau gajet anak-anak dan aplikasi yang anak-anak gunakan (jangan lupa semak setiap conversation anak-anak). Nak tak nak, memang kena rajinkan diri sentiasa bertanya apa anak-anak buat dengan gajet dan apa aktiviti alam maya mereka. Perhatikan senantiasa, observe senantiasa dari jauh dan dekat setiap pergerakan dan bahasa tubuh anak-anak. It’s nothing wrong untuk rampas gajet dari anak dan stop kan gajet dari anak if ada tanda-tanda yang mencurigakan atau tingkah-laku yang mencurigakan. Jangan lupa sentiasa terapkan pada anak-anak yang violence perkara yang salah, suicide perkara yang dilarang. Tak kira apa bangsa dan agama sekali pun.

Phewww… This blew my mind to notice bad people these days hiding behind accounts hacking little children and make them suicidal. Crying face

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. TQ farah .. memang teman tengah nak cari apa yang dok viral pasal momo challenge ni.. fuh bila baca memang menakotkan je..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !