Home » , , , , , , , , , , , » Baby Shark Doo Doo Doo Doo… Tak Sabar Nak Tunggu PINKFONG LIVE MUSICAL 2018 Minggu Depan!

Baby Shark Doo Doo Doo Doo… Tak Sabar Nak Tunggu PINKFONG LIVE MUSICAL 2018 Minggu Depan!

PINKFONG LIVE MUSICAL 2018 (2)

Note Baby shark doo doo doo doo… Tak sabar nak tunggu PINKFONG LIVE MUSICAL 2018 minggu depan! Memang nampak dah tak sabar sangat-sangat dah dia dah tu. Pagi petang siang malam sibuk tanya Kak Fa, bila Firash nak pergi Baby Shark? Bila Firash nak pergi Baby Shark? Dan Kak Fa jugalah jenuh nak menjawab berulang-ulang kali next week dan next week dan next week. Keterujaan dia tu sehinggakan ke hulu ke hilir tak pernah tinggal Pinkfong plush toys yang dia ada tu. Kalau boleh mandi pun nak bawa. Over kan Firash kan? Bila dah macam tu keadaannya bukan setakat dia yang tak sabar nak tunggu minggu depan, dengan Kak Fa Kak Fa sekali yang dah tak sabar supaya cepat sampai minggu depan. Sebabnya, dalam hati ni berdoa, cepatlah berakhir episod soalah diulang-ulang bila nak bawa dia, bila nak pergi dan 24/7 asyik Baby Shark ajerlah.

Untuk makluman mak-mak, ayah-ayah sepertimana yang pernah Kak Fa kongsikan sebelum ini di dalam entri Jom Kita Date? PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018, Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 akan bermula dari 8 September 2018 sehingga 16 September 2018 di KLCC Plenary Hall. Kak Fa dah ajak dah semua orang hari tu… Ihiksss… Winking smile, ni lagi sekali Kak Fa nak mengajak ni. Anak-anak yang sukakan melodi dan juga lagu Baby Shark mesti seronok tak terkata ni sebabnya selain dapat menikmati hiburan usia mereka, mereka juga berpeluang untuk membeli PINKFONG MERCHANDISE di konsert yang berkenaan. Lazimnya kanak-kanak kalau dah minat memang akan suka dan akan nak buat koleksi. Memang peluang besar betullah untuk mereka mendapatkan koleksi barangan PINKFONG yang eksklusif sekiranya mereka berpeluang untuk menghadiri konsert berkenaan.

Bagi mak-mak, ayah-ayah yang terlepas pandang dan masih belum mengetahui berapakah harga tiket masuk ke PINKFONG LIVE MUSICAL 2018, Kak Fa ulang lagi sekali di dalam entri ini yang harga tiket masuk bagi Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 ini adalah mengikut kategori masing-masing iaitu tiket VVIP RM228.00, tiket VIP RM138.00 dan tiket PS1 bernilai RM88.00.  Seating arrangement anda boleh lihat seperti di dalam paparan poster di bawah:

PINKFONG LIVE MUSICAL 2018

Untuk keluarga kecil kami, dah tentu-tentu kami memilih untuk mendapatkan tiket VVIP yang mana seating arrangement-nya adalah di barisan paling hadapan. Memang sengaja Kak Fa pilih kedudukan barisan paling hadapan, sebabnya Kak Fa nak Firash betul-betul melepaskan keterujaan dia tu. Biar dia seronok sedikit. Sesekali menghiburkan hati anak sebegini kan? Kira-kira macam rewards jugalah untuk dia sebenarnya. Dah lama dah Kak Fa tak bawa dia ke konsert muzikal sejak kali terakhir dulu sewaktu dia berusia 2 atau 3 tahun lebih dulu. Jadi dah ada peluang ni Kak Fa bawalah dia. Bila lagi kan? Sementara masih berpeluang ni, peluang datang ni, makanya Kak Fa pun ambillah keputusan untuk menggembirakan hati dia.

Ada yang pergi tak? Smile. Kalau ada yang pergi, nanti kita jumpa di sana ya? Nampak Kak Fa tu, tegur-tegurlah ya? Sebab terkadang Kak Fa ni tak kenal, tak pun terkadang Kak Fa ni tak terperasan. Kalau ada yang masih berhajat nak bawa anak-anak kecil masing-masing… Anda masih boleh berbuat begitu, untuk segala maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman sesawang http://www.pinkfong.com/musicalmalaysia2018 dengan kadar sesegera mungkin.
Terimakasih telah membaca artikel Baby Shark Doo Doo Doo Doo… Tak Sabar Nak Tunggu PINKFONG LIVE MUSICAL 2018 Minggu Depan!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. fuh boleh tahan rega tix, aci tak nak bawa sorang si kecik ni je? hihihi...

    ReplyDelete
  2. anak saya kalau tengok baby shark do do , terus diam

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.