ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER–Barang Baik Ni Oiii!

Farah Waheda Wahid
0
ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER

It’s time for beauty chat again… Lepas 3 kali penggunaan terus love Red heart love Red heart love Red heart. Tak perlu tunggu lama-lama untuk Kak Fa jatuh Red heart love dengan produk ALTHEA KOREA yang terbaru di pasaran ni. Sekejapan jer dah nampak keberkesanannya. Memang awesome dan powerful sangat-sangat. Jarang-jaranglah Kak Fa nak puji sesuatu produk tu melambung-lambung sampai macam ni sekali. Tapi ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER – barang baik ni oiii! Rugilah kalau sesiapa terlepas pandang. Serius rugi… Memang rugi sangat-sangat. Yang menolak untuk mencuba pun sebenarnya anda akan berada di dalam keadaan kerugian… Ngeh ngeh ngeh… (Tengok lah tu Kak Fa punya extra terujanya sebab produk ni sangat berkesan untuk Kak Fa). Apa yang bagus sangat-sangat tu Kak Fa? Cuba cerita sikit? Alaaa…Ni nak ceritalah ni… Sabar jap, Kak Fa tengah gigih susuh ayat satu persatu ni.

ALTHEA KOREA

Bagusnya ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER ni untuk Kak Fa adalah kerana ianya:

Menjimatkan Masa Seorang Kak Fa

Complicated skincare routine ataupun skincare routine yang terlalu banyak step, lepas satu-satu, lepas satu-satu dah tak berapa nak relevan untuk Kak Fa yang senantiasa tak cukup masa dan senantiasa terkejar-kejar masa ni ha. Nak-nak lagi dengan keadaan Papa Kak Fa, Mama Kak Fa sekarang ni yang tak berapa nak sihat. Dengan Firash lagi… Huh… I am seriously a busy Mom. Al-maklumlah semua pun nak buat kan? Nak selesaikan Mama Papa lagi, nak selesaikan anak lagi, nak selesaikan kerja-kerja hakiki di pejabat lagi, nak selesaikan kerja-kerja blog dan juga media sosial lagi, nak selesaikan rumahtangga lagi… Pendek kata semua nak diselesaikan… Ada masa-masa tu rasa macam tak cukup-cukup tangan jer…

Just imagine, bila dah senantiasa terkejar-kejar masa, do you think Kak Fa ada masa yang lama untuk membelek muka di depan cermin di dalam bilik ataupun di dalam bilik air? Do you think Kak Fa ada banyak masa nak fikir tentang muka Kak Fa? Ha ha ha… Open-mouthed smile Makan pun tak sempat kadang-kadang dik… So… ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER ni adalah antidote terbaru Kak Fa. Mujurlah ALTHEA KOREA ada kan? Winking smile Bagus inovasi diaorang ni. Dengan ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER, Kak Fa cuma perlukan 10 saat di waktu pagi dan 10 saat di waktu malam sahaja untuk memastikan yang kulit wajah Kak Fa ni terjaga dan terbela dengan sangat baik.  Serius ni… Ini bukan ayat pancing nak suruh orang lain membeli… Ini juga bukan ayat-ayat tipikal blogger untuk melakukan tugas-tugas review. Ini sememangnya apa yang ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER deliver kepada Kak Fa sebagai pengguna.

ALTHEA KOREA (4)

Sapuan Bedak Asas Yang Lebih Rata

Tau tak macam mana rasanya selepas menggunakan ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER? Kak Fa dapat rasa yang muka Kak Fa lebih segar, smooth dan lembut. A  real miracle of 10 seconds! Belum pernah lagilah sebelum-sebelum ni Kak Fa pakai mana-mana skincare ke? mask ke? toner ke? dalam masa 10 saat dah rasa sampai macam ni sekali. Kak Fa tak nak anda fikir yang Kak Fa overclaim but what you need to know this is my honest confession from my own experience with ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER.

Complexion Wajah Yang Lebih Segar Dan Glowing

Truth… Bila Kak Fa bezakan gambar-gambar Kak Fa sebelum-sebelum ni dengan selepas Kak Fa mula konsisten dengan ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER, Kak Fa sendiri dapat lihat yang muka Kak Fa lebih segar dan Kak Fa sendiri dapat lihat natural glow dari penjagaan kulit bukan dari alat solekan pada muka Kak Fa. You know how does it feels when your face glow naturally? It feels like hoyeahh? Hoorayyy! Haruslah…

Entah kenapa… Kak Fa jadi teruja sangat-sangat bila bercerita tentang ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER ni. Sedikit mengenai ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER ni… Ianya didatangkan di dalam dua jenis iaitu Rose dan Green Tea.

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER (ROSE)

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER – ROSE, dihasilkan dari ekstrak semulajadi dari kuntuman ros yang dipetik dengan tangan di Grasse, Selatan Perancis. Kuntuman ros ini hanya berkembang mekar setahun sekali pada bulan Mei dan ianya dapat membantu melembapkan kulit secara mendalam. Formula ini juga membantu untuk memperbaiki struktur kulit, meminimakan liang-liang pori or pores dan melegakan kesan-kesan kemerah-merahan hasil dari iritasi kulit serta untuk complexion wajah yang lebih baik. Rose Kak Fa pakai pagi hari.

ALTHEA KOREA REAL FRESH SKIN DETOXER (GREEN TEA)

Malam pula… Kak Fa kerjakan ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA yang datang dari daun teh hijau muda dari Pulau Jeju ni ha. Sangat kaya dengan Vitamin C dan juga antioksidan yang dapat membantu melindungi wajah dan mencerahkan kulit wajah. Sangat-sangat membantu di dalam menghidratkan kulit Kak Fa, membersih dan juga mengeluarkan bekas-bekas kotoran mikro yang tidak diingini yang berpotensi untuk menyumbat liang-liang pori di wajah Kak Fa ni ha.

Harga pun tak adalah sampai beratus-ratus Ringgit Malaysia. For a product like this, Kak Fa boleh katakan yang ianya adalah sangat worth buying. Murah lah pada Kak Fa… Sebabnya jika harganya adalah seperti paparan di bawah:

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER (1)

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER (2)

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER (3)

Jika dibahagikan dengan berapa hari penggunaan, sehari berapa jer yang Kak Fa spent sebenarnya kan? Let say lah, satu tiub can last for one and a half month like that. One and a half month approximately around 45 days. If Kak Fa beli set, RM 77.00 divided by 45 days… Lebih kurang dalam RM 1.71 sahaja sehari. Kalau Kak Fa beli single tiub separately, RM 43.00 divided by 45 days, lebih kurang RM 0.95 sehari. Better beli set. Sebab lebih menjimatkan murah. Boleh jer menabung sehari RM 2.00 selama 45 hari in order to get a pair kan? Winking smile. Dah lah murah bagus pula tu… Macam Kak Fa cakap, rugi sangat-sangat kalau terlepas pandang. Barang baik ni.

For more info on this product atau nak beli produk ni, boleh ke pautan di bawah ni:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !