Trik Menghadapi TANGISAN PALSU Si Anak

Farah Waheda Wahid
2
TRIK MENGHADAPI TANGISAN PALSU SI ANAK

Kak Fa tidak pasti sama ada anda pernah, sedang atau akan mengalami fasa sebegini, bila mana anak kecil anda sudah mula pandai menggunakan TANGISAN PALSU mereka sebagai senjata utama terhadap ibu bapa. Tetapi, tolonglah percaya… ha ha ha… Open-mouthed smile bahawasanya sekarang ini Kak Fa sedang di dalam fasa menghadapi dan juga merasai pengalaman berhadapan dengan TANGISAN PALSU Iman Firash. Drama King sungguh! Sabar jerlah mak kau ni nak… Memanglah kadang-kadang tu jadi seolah-olah sangat-sangat menduga kesabaran, tetapi look at the bright side of it… Secara tidak langsung sebenarnya anak tengah mendidik mak untuk menjadi seorang yang lebih penyabar. Winking smile. Trik menghadapi TANGISAN PALSU si anak? Sabar jap… Ini nak berceloteh la ni… Sabar jap ya… Kak Fa taip satu persatu.

The motherhood world is full of colours and there’s a lot to learn. Tak kisahlah sama ada dari segi visual learning – apa yang kita lihat di hadapan mata kita, listening learning – apa yang kita dengar cerita dari ibu-ibu lain dan reading learning – apa yang kita baca. Banyak sangat perkara yang kita belajar dan banyak sangat cerita di dalam dunia keibubapaan itu sendiri. Macam kes TANGISAN PALSU anak-anak ni, Kak Fa ada terbaca yang mana melalui satu kajian yang dilakukan oleh University of the Sacred Heart Tokyo, didapati bahawa TANGISAN PALSU anak kebiasaannya dilakukan oleh mereka ketika ingin menarik perhatian, mengalami perubahan emosi, menghadapi perubahan rutin, kesukaran di dalam mengungkapkan perasaan dan menghajatkan sesuatu. 1

So, bila ibu-ibu atau ayah-ayah ikutkan kehendak anak ketika anak mula menangis, makanya semakin cepat untuk anak-anak belajar menggunakan cara ini untuk memanipulasi orang lain. Bijak tak? Bijak kan anak-anak kita? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tau ajer nak cari senjata nak buatkan ibu-ibu atau ayah-ayah menuruti kehendak hati mereka. Ayah tu jarang, tetapi ibulah selalu. Bila tak kuasa nak sakit kepala dengan rengekan berpanjang-panjangan anak. Sebab bila dah panjang-panjang sangat merengek berpotensi untuk menaikkan darah, menghilangkan kesabaran, bertukar menjadi raksasa Gorgon Devil, tak pun sakit kepala. Nak suruh diam, bagi jer apa dia nak. Nyah-Nyah

Tapi sepatutnya ibu-ibu harus segera mengambil langkah yang sewajarnya sebelum TANGISAN PALSU anak menjadi susah untuk dikendalikan. Sebelum mengambil tindakan, pastikan terlebih dahulu yang anak sememangnya tidak mengalami masalah ya?  Bila dah pastikan sebenarnya tak ada apa-apa masalah dan memanglah sedang mempamerkan atau melakonkan TANGISAN PALSU, mungkin boleh gunakan beberapa trik yang tersenarai di bawah:

Beritahu Anak Jika Kita Sebagai Ibu Tahu Itu Adalah TANGISAN PALSU

Sewaktu anak mula mengeluarkan atau melakonkan TANGISAN PALSU mereka itu, dengan suara yang tegas, katakan bahawa kita sebagai ibu tahu yang tangisan itu adalah TANGISAN PALSU! Pendekatan seperti ini dikatakan kebiasaannya akan berhasil untuk membuatkan anak kecil berasa terkejut kerana trik mereka diketahui sehingga akhirnya mereka akan berhenti menangis dengan sendirinya.

Kak Fa ada buat trik ni pada Iman Firash sendiri sebelum ini, nak kata dia terkejut tu, Kak Fa tak pasti, tetapi nampak dia terdiam bila Kak Fa kata stop pretending Iman Firash… Adalah. Smile with tongue out. Tapi lakonan tak habis lagi… Walaupun berhenti TANGISAN PALSU, saja jer dia memperlihatkan riak wajah sedih dengan bibir yang mencebik kesedihan. But at least… TANGISAN PALSU tu stop lah kan? Betul tak? Winking smile

Mengalihkan Perhatian

Ini cara paling common mengikut common sense untuk setiap ibu bapa kot? Kak Fa rasa bukan Kak Fa seorang jer yang gunakan cara mengalihkan perhatian anak sebegini. Ramai jer ibu bapa yang Kak Fa lihat menggunakan kaedah ini. Paling senang kan? Tapi terkadang boleh menjadi, terkadang tidak. Walaupun antara jadi dan tidak tetapi inilah cara yang selalu menjadi pilihan hati ibu bapa.

Ketika anak mula melancarkan tantrum dan tangisan, boleh cuba menyanyikan lagu, membuat mimik muka lucu, bercerita, bertanya ataupun mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang mereka minat atau suka. Tak banyak sedikit mesti terganggu misi TANGISAN PALSU itu.

Bertanya

Dok hek hok hek hok dengan TANGISAN PALSU tu, mesti ada sebab kan? Mesti ada benda yang mereka nak kan? Kalau tak, takkan jadi macam tu. Memang alasannya adalah perkara atau benda yang mereka hajati tu tapi tak dapat. Anak kecil yang masih menghadapi kesukaran untuk mengungkapkan dengan jelas apa yang terjadi kepada diri mereka, selalunya akan menangis untuk menarik perhatian seseorang yang dirasakan boleh membantu mereka untuk selesaikan apa yang mereka hadapi.

Cubalah dengan suara yang tenang dan lemah-lembut tanyakan pada anak untuk mengetahui masalah yang sedang dialami oleh mereka. Kalau sememangnya tidak ada apa-apa masalah, beritahu jer anak untuk didik mereka yang dengan mengeluarkan TANGISAN PALSU itu bukanlah cara yang baik untuk mendapatkan perhatian.

Betulkan Tingkah Laku

Bila anak kecil menangis secara palsu kerana inginkan sesuatu, katakan dengan cara baik dan tegas yang mereka sepatutnya meminta dengan cara yang baik dan sopan. Lihat terus dalam mata anda dan tunggu reaksi yang seterusnya. Kak Fa cuba dah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Terus Firash minta elok-elok dengan Kak Fa apa yang dia nak sebenarnya. Kalau boleh dipertimbangkan, Kak Fa pertimbangkanlah. Kalau tak boleh tu, tetap tak boleh. Bergantung… This is what we called consideration. Ngeh ngeh ngeh.

Time Out

Ada masa-masanya, cara yang terbaik untuk menghadapi TANGISAN PALSU anak adalah dengan mengalihkan fokus mereka supaya mereka boleh menenangkan diri sendiri. Ada dua cara, sama ada asingkan mereka untuk duduk seorang diri di dalam bilik dan tidak keluar sebelum berhenti menangis atau tahan telinga biarkan jer mereka tenangkan diri sendiri. Nanti lama-lama mereka akan berhenti juga TANGISAN PALSU tu. Kak Fa selalu buat ni. Buat diam dan tahan telinga jer. Sudahnya, sendiri yang senyap sendiri, sudahnya sendiri yang datang dekatkan diri dengan Mommy dan ajak Mommy bergurau. Smile with tongue out. Bila anak dah ok tu, ibu bapa tak perlulah masih nak drag dan emosi-emosi dengan perilaku anak sebelumnya tu. Just move on jerlah. Bila anak dah ok, so kita pun layan mereka seperti biasalah.

Tapi kan… Bila diingat-ingatkan balik mimik muka Firash bila dia buat TANGISAN PALSU tu, Kak Fa tersenyum simpul sendiri sambil mengeleng-geleng kepala bila memikirkan akal si anak. On one part, it’s good to see that his mind is working to preach what he wants but on the other part, that is not the best way to get something what you want. Makanya, kena pandai-pandai Mommy ni lah nak bentuk macam mana kan? Supaya tak tersalah cara didikan dan bentuk. Winking smile

https://www.orami.co.id/magazine/5-trik-menghadapi-tangisan-palsu-balita/

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/konflik-seorang-pengkomen-tegar.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/ajal-tidak-lambat-sesaat-dan-tidak.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/top-komentor-sepanjang-zaman.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !