Tanda-Tanda Anak DIDERA Oleh Pengasuh

TANDA-TANDA ANAK DIDERA OLEH PENGASUH (2)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sama ada anda bersetuju ataupun tidak bersetuju, Kak Fa sememangnya dari dulu berpendapat yang setiap ibu bapa sepatutnya menyimpan rasa skeptical terhadap pengasuh yang mengasuh anak-anak kita. Tidak kira sama ada anda meletakkan anak-anak anda di bawah jagaan nurseri, pengasuh di rumah, orang gaji dan sebagainya. Walaupun pada zahirnya orang yang mengasuh anak-anak kita itu baik, bersopan-santun, berbudi bahasa, tidak berkira dan seantero dengannya. Tolong simpan sedikit rasa skeptical itu di dalam jiwa raga anda sebagai ibu bapa. Zaman sekarang ni segalanya mungkin. Zaman sekarang juga ramai yang mengalami tekanan perasaan yang kita sebenarnya tak boleh lihat sekadar dari luaran sahaja. Sungguh… Bila ambil anak dari rumah pengasuh tu… Setiap hari… Setiap hari, tolonglah perhatikan tanda-tanda anak DIDERA oleh pengasuh. Ada ke tidak? WAJIB! Jangan ambil ringan, jangan ambil mudah.

Anak-anak kecil didera oleh pengasuh ni macam dah jadi satu trend di kalangan masyarakat sekarang ni. Ada sahaja berita-berita yang melibatkan anak-anak kecil yang didera oleh pengasuh. Amboiii… Senang-senang jer nak dera anak-anak kecil ya? Tau tak bagaimana payahnya mak-mak mereka mengharungi 9 bulan 9 hari dan juga bagaimana payahnya mak-mak nak melahirkan anak-anak? Sesedap rasa jer nak picit-picit, nak rotan-rotan, nak hentak-hentak, nak cekik-cekik anak-anak orang ya? Duit mak pak mereka hang nak… Anak-anak mereka hang dera pula… Aduhaiii… Mana perginya ikhlas? Mana perginya empati? Mana perginya kemanusiaan? Mana perginya belas ihsan? Tapi tak boleh nak cakap juga, kalau mental dah terganggu kadang-kadang manusia hilang pertimbangan. Huuuu…. Sebab itu, kalau bolehlah kalau boleh, ibu bapa kena rajin-rajin atau merajinkan diri untuk sentiasa memperhatikan anak yang dihantar ke rumah pengasuh setiap hari. Penat macam mana mencari rezeki pun, penat macam mana melakukan tugasan rumah selepas mencari rezeki pun, kena luangkan masa untuk belek dan perhati tingkah laku anak-anak masing-masing. Sebabnya? Walaupun pada zahirnya seseorang pengasuh itu mempunyai reputasi yang baik ataupun baik pada pandangan mata kita melalui layanan mereka terhadap kita dan anak-anak di hadapan mereka. We will never know? Latar belakang, masalah serta tekanan yang mereka alami. Semua benda ni kita tak boleh nak predict pun!

Menurut satu artikel yang Kak Fa baca di pautan di SINI ada beberapa tanda anak-anak anda didera oleh pengasuh mereka:

Berubah Perangai

Jika anda perasan perubahan di dalam sikap anak-anak sebaik sahaja anda mula menghantar mereka ke rumah pengasuh atau tempat asuhan, itu tandanya mereka mungkin sedang didera. Mereka mungkin menjadi sangat pasif dan pendiam atau mudah terkejut dan selalu meragam tanpa sebab yang jelas. Ini masanya untuk anda menyiasat apa yang berlaku pada mereka di rumah pengasuh atau tempat asuhan.

Menjadi Patuh atau Memberontak

Anak yang hidup dalam ketakutan akan sentiasa patuh pada arahan atau dia akan memberontak dan mengamuk kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan diri mereka. Anda perlu sentiasa memerhatikan tingkah laku anak anda agar anda dapat melihat perubahan diri mereka dan ini dapat membantu mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Takut Pada Pengasuh

Antara tanda yang paling ketara adalah apabila anak anda menunjukkan perasaan takut pada pengasuh mereka. Jika mereka tidak mahu ke taska atau tadika, itu adalah perkara biasa namun kalau riak wajah mereka itu dalam ketakutan yang melampau, anda perlu berhati-hati. Jika didera, anak anda juga mungkin akan mengalami trauma apabila menyebut perkataan taska atau tadika atau dia nampak perkara yang berkaitan dengan pengasuh jika dia didera.

Mengalami Kecederaan Yang Di Luar Kebiasaan

Periksa keadaan fizikal anak anda setiap kali pulang dari rumah pengasuh. Walaupun hanya lebam atau calar biasa, anda perlu lebih berhati-hati lebih jika kesan lebam itu ada di dua atau tiga tempat yang berbeza. Jika terdapat tulang yang patah, anda harus cepat bawa anak ke hospital kerana kebiasaannya doktor akan suspek berlakunya penderaan bila ada patah di tulang yang besar, patah di banyak tempat atau Shaken Baby Syndrome atau ada kesan patah lama yang tidak dilaporkan.

Perkembangan Terganggu

Jika anak anda sedang didera, dia mungkin akan mengulangi semula tabiat lamanya seperti anak yang sudah lama berhenti hisap jari, kembali menghisap jarinya atau mungkin dia dah lama tidak kencing malam, kembali kencing malam. Anak anda juga mengalami masalah untuk duduk atau berjalan. Ini kerana perkembangan mereka telah terganggu akibat kesan daripada penderaan tersebut.

Alami Mimpi Buruk

Mungkin sukar untuk anda pastikan sama ada anak anda mimpi buruk atau tidak. Anda perlu perhatikan sama ada anak anda tampak lesu atau tidak bermaya walaupun mereka sudah tidur. Itu tandanya tidur anak anda terganggu.

Secara umumnya, untuk kanak-kanak mungkin mudah sedikit untuk ibu bapa memerhatikan kesemua tanda dan mungkin juga anak-anak sendiri yang sudah boleh bertutur akan mengadu sendiri kepada ibu bapa. Cuma secara spesifiknya untuk bayi, memang ibu bapa perlu sangat teliti sebab bayi belum boleh bertutur. Manalah mereka tahu untuk melaporkan ataupun menujukan sebahagian dari tanda-tanda didera kan? Yang perlu mainkan peranan adalah ibu bapa untuk membelek anak sebelek-beleknya setiap inci tubuh anak-anak kecil yang masih lagi bayi. Ibu bapa yang menyerahkan anak-anak kepada orang lain untuk diasuh sementara mencari rezeki untuk keluarga memang penuh dengan tawakal tau tak? Siapa pun…

Untuk ibu bapa, selain tawakal bolehlah mengamalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato’ Dr. Haron Din:

TANDA-TANDA ANAK DIDERA OLEH PENGASUH

Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya
Terimakasih telah membaca artikel Tanda-Tanda Anak DIDERA Oleh Pengasuh. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Semoga Allah lindungi anak-anak kita. InshaAllah. Aamiinnnn...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.