REPORT CARD DAY | Soalan Apa Yang Sepatutnya Ditanya Kepada Guru Anak?

Farah Waheda Wahid
1
REPORT CARD DAY  Soalan Apa Yang Sepatutnya Ditanya Kepada Guru Anak
Kredit: Sumber Gambar dari Google

Cikgu Mohd Fadli Salleh ni, memang tak pernah mengecewakan dalam bab-bab mendidik dan memberikan pencerahan kepada Kak Fa. Sekali jer dulu, Kak Fa terbaca posting Cikgu Mohd Fadli, kemudian terus Kak Fa decide nak follow setiap posting beliau. Dari samar-samar mengenai alam persekolahan pada masa kini yang jauh berbeza dari zaman-zaman Kak Fa membesar dulu, semakin hari semakin Kak Fa dapat pencerahan yang Kak Fa perlukan di samping sumber-sumber lain yang Kak Fa baca dan tanya. Smile. Yang terkini, yang menarik untuk Kak Fa kongsikan adalah mengenai REPORT CARD DAY | soalan apa yang sepatutnya ditanya kepada guru anak? Bagus juga ni kalau Kak Fa kongsikan. Al-maklumlah, bila ramai anak murid, ramailah juga ibu bapa kan? Bila dah ramai ibu bapa, macam-macam ragam yang boleh dilihat. Kadang-kadang pening juga kepala guru-guru nak melayan ragam ibu bapa bila sesekali berjumpa dan berborak-borak sewaktu Report Card Day. Aikkk, Kak Fa… Ada pengalaman ke? Belumlah untuk sekolah rendah, tapi sudah untuk tadika… Tapi common sense taught me to think so… Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Selalunya apa yang anda tanyakan kepada guru-guru anak-anak anda ya bila tiba masa Report Card Day? Banyak tak anda bertanya? Kak Fa kan… Bila tiba hari Report Card Day Firash di tadika, awal-awal dah kena warning melalui notice yang ditampal di setiap pintu kelas anak-anak masing-masing. Avoid long session as there are many parents queue-ing. Ha macam tulah lebih kurang. So, bear in mind bahawasanya adalah lebih molek sekiranya setiap kali Report Card Day, ibu bapa keep it short, sweet and simple. Senang cerita, tanya soalan-soalan yang penting-penting sahaja yang berkaitan. Jangan lepaskan peluang untuk bertanya soalan berharga sewaktu berjumpa guru. Jom sama-sama kita sebagai ibu bapa hadamkan ya?

Keputusan Peperiksaan

Ini lazimnya. Benarlah kita pun boleh melihat keputusan anak kita berdasarkan slip yang diberi. Namun perlu tanya kenapa menurun atau menaik? Soalan semakin susah ke? Atau ada topik yang belum anak-anak belajar masuk di dalam peperiksaan? Bandingkan pula pencapaian anak dengan rakan-rakan mereka. Kalau jauh sangat perbezaan, anda sebagai ibu bapa perlu lakukan sesuatu untuk membantu anak-anak supaya tidak keciciran atau ketinggalan di belakang.

Tingkah Laku Di Dalam Kelas

Tingkah laku dan ragam anak-anak di sekolah lain, di rumah pun lain. Ramai yang begitu. Di rumah mungkin kecoh, di sekolah pendiam. Ada juga yang sebaliknya. Masa ni sambil-sambil bertanya, selit juga nasihat terus di depan guru supaya anak-anak berkelakuan baik di sekolah dan dengar pesanan guru. Apabila ibu bapa, menasihati anak-anak di hadapan guru, sekaligus membuatkan anak-anak itu lebih hormat akan guru mereka. Menunjukkan ibu bapa dan guru sepakat berganding bahu inginkan anak tersebut menjadi anak yang baik. Ini adalah merupakan satu teknik psikologi secara tidak langsung kepada anak-anak. Sangat bagus diamalkan.

Minta Pandangan Guru Untuk Peningkatan Prestasi Anak

Boleh bertanya kepada guru-guru, buku apa yang sesuai untuk mengajar anak di rumah. Cikgu mana yang buat tuisyen dan sesuai hantar anak. Bagaimana cara nak ajar anak di rumah dan sebagainya.

Tanya Guru Kelakuan Buruk Anak Kita

Tolong soal tentang perkara paling buruk yang anak kita masing-masing buat. Suka melawan guru kah? Suka ambil barang orang kah? Suka minta duit kawan kah? Suka ejek kawan kah? Suka keluar ke tandas lama-lama kah? Semua soalan ini sangat penting. Kita perlu tahu apa perangai paling teruk anak kita buat di sekolah untuk didik dia lebih baik di rumah. Dah tau semua tu, tolong berjumpa dengan ibu bapa yang anak kita sendiri buli / ambil duit / ambil barang. Jumpa ibu bapa kawan anak yang berkenaan dan minta maaf bagi pihak anak. Beri ganti rugi akibat perbuatan nakal anak kita sendiri. Suruh anak kita minta maaf dengan kawan dia.

Ini adalah merupakan satu peluang untuk bertemu “mangsa” kenakalan anak-anak kita dan meminta maaf. Tolong rendahkan ego dan meminta maaf. Bina pula satu hubungan baik dengan kawan anak kita yang jadi mangsa tu. Senang kita pantau jika berlaku lagi. Hal ini sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Tanya Guru Murid Mana Yang Pintar Dan Bagus Akhlak Mereka

Guru sangat kenal peribadi dan sikap murid mereka. Masa ini, terus ambil peluang bertanya murid mana yang mampu memberikan pengaruh yang positif kepada anak kita. Sebaik kenal pasti, suruh anak kita berkawan dengan murid itu. Lebih elok, kita sendiri jumpa budak itu minta kawan dengan anak kita. Jumpa pula ibu bapa dia dan berkenalan juga sesama ibu bapa. Ibu bapa sepatutnya kenal kawan-kawan rapat anak mereka dan sangat baik jika kenal ibu bapa mereka. Ada aktiviti hujung minggu, mungkin boleh buat bersama-sama. Tambah-tambah aktiviti melibatkan pelajaran. Kerja rumah, study group dan sebagainya.

Fokus yang lima ni jer dah cukup dah kot? Tak perlu meleret-leret bercerita ke sana ke mari. Belakang tu ramai lagi ibu bapa queue oiiii… Open-mouthed smile Ha ha ha… Jangan ingat anak kita seorang jer… Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !