Home » , , , , , , , , » Penjelasan Di Antara WARFARIN Dan JANTUNG

Penjelasan Di Antara WARFARIN Dan JANTUNG

PENJELASAN DI ANTARA WARFARIN DAN JANTUNG
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Misteri telah terungkai. Persoalan telah terjawab. Penyakit yang selama ini membuatkan kami sekeluarga kecil berulang-alik ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma, tak kira sama ada Hospital Sg.Buloh mahupun Hospital Shah Alam, tidak kira siang mahupun malam mahupun Subuh hari telah terjawab. 26 Julai 2018, Papa Kak Fa telah melalui ujian darah, ECHO, ECG dan juga air kencing. 26 Julai 2018 juga, tanpa berlengah doktor pakar mahu berjumpa dengan Kak Fa pada hari yang sama. Smile. Redha dan terima dengan hati yang terbuka. Bersetuju untuk memulakan dos WARFARIN dan ini berkaitan dengan keadaan jantung Papa Kak Fa. Sesiapa yang pernah ingat, Kak Fa pernah berkongsi tentang Dad Illness | Allah Jentik Hati Kak Fa Dan New Challenges Ahead dan ini adalah sambungan kisahnya. Penjelasan di antara WARFARIN dan JANTUNG.

Melalui ujian yang telah dilakukan pada 26 Julai 2018, keputusannya terdapat blood clot atau darah beku di dalam salah satu injap jantung Papa Kak Fa. Kak Fa juga diberitahu yang sebelum ini sebenarnya Papa Kak Fa pernah didatangi heart attack kerana struktur jantung menunjukkan sebegitu. Bila? Tak pasti. Apa yang diberitahu oleh doktor pakar yang merawat Papa Kak Fa adalah, telah berlaku dalam satu tempoh masa yang agak lama juga dulu. Allahuakbar, apalah yang Kak Fa dah buat sehingga buatkan dia susah hati yang teramat dan sehingga dia terkena heart attack. I am asking myself though… Walaupun Kak Fa tak tahu apa sebenarnya punca serangan jantung yang berkenaan. Papa susah hati kenapa? Papa susah hati apa pasal adik? Berkali-kali dah adik cakap dekat Papa, no worries Papa, I can handle myself and I can handle my life. You don’t need to worry. I am still in a good state walaupun a lot of challenges and obstacles. In Shaa Allah, I am strong enough to go through my life. Sad smile. Janganlah risau terlampau sehinggakan menjejaskan kesihatan. That is the thoughts that I am having at this particular moment ever since the specialist informed me about his condition.

PENJELASAN DI ANTARA WARFARIN DAN JANTUNG (3)

Memandangkan terdapat blood clot di dalam salah satu injap jantung Papa Kak Fa, doktor beri Kak Fa dua pilihan iaitu sama ada memulakan dos WARFARIN di mana WARFARIN adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah dan dikenali juga sebagai ubat cair darah yang menghalang pembekuan darah yang tidak normal berlaku. Bagi yang tak kenal WARFARIN, Kak Fa nak beritahu yang WARFARIN adalah di antara ubat-ubatan yang paling notorious iaitu WARFARIN mempunyai kesan sampingan yang bahaya dan agak common seperti pendarahan. WARFARIN juga adalah di antara ubat yang paling banyak interaksi sama ada dengan ubat-ubatan lain mahupun dengan makanan. Family members, pesakit kena ambil tahu betul-betul tentang WARFARIN bagi mengelakkan masalah pendarahan, subterapeutik dan sebagainya.

It’s no joke and no play-play ya? Fokus utama atau objektif utama doktor pakar sekarang ialah untuk mencairkan darah beku pada salah satu injap jantung Papa Kak Fa. Sekiranya Kak Fa ambil keputusan untuk meletakkan Papa Kak Fa di bawah dosage WARFARIN, Kak Fa dinasihatkan oleh doktor untuk membeli tongkat tiga kaki sebagai alat bantuan Papa Kak Fa untuk berjalan dengan lebih stabil dan Kak Fa telah diberitahu oleh doktor yang Papa Kak Fa tidak boleh dibiarkan berseorangan at all times. Sekiranya, Papa Kak Fa jatuh dan berlaku pendarahan, Kak Fa perlu segera telefon ambulans ataupun bawa Papa Kak Fa ke hospital untuk rawatan lanjut. Bila darah telah cair, ia mungkin tidak akan berhenti. This is what it takes. And it is freaking serious.

And… it takes out almost 70 percent of diet or food for him. Tidak semua makanan boleh dimakan oleh Papa Kak Fa. Bermulalah era berpantang on certain-certain foods dan water intake juga masih perlu dikawal seperti biasa bagi mengelakkan jantung bengkak dan sekaligus mengelakkan water retention.

Pilihan kedua? Kak Fa diberi juga pilihan sama ada Kak Fa mengambil keputusan untuk tidak meletakkan Papa Kak Fa di bawah WARFARIN dosage. Which is, untuk pilihan ini, risikonya Papa Kak Fa berpotensi untuk pengsan pada bila-bila masa ataupun jatuh pada bila-bila masa. Which of course, I do not want it to happen kan? Sekiranya Papa Kak Fa pengsan atau jatuh, the blood clot can travel to his brain. Darah beku boleh berada di otak beliau. We would not want to worsen the condition bila mana pada masa dan ketika ini telah terdapat stroke identification on his brain. Phewww… Tough right? Smile. It is indeed tough.

My decision was? I chose to put him under WARFARIN dosage walaupun ada beberapa version of impact yang Kak Fa dengar dan beberapa cerita of impact of WARFARIN dari rakan-rakan sepejabat. If not? Then you tell me, what’s the best?  I have no better options for this situation and condition. That is the best option available. Melakukan keputusan, membuat keputusan sama seolah seperti sukarnya seorang ibu atau bapa membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anaknya. Itu yang dapat Kak Fa gambarkan. Setelah keputusan dibuat, Papa Kak Fa sekarang telahpun diberikan buku WARFARIN untuk kegunaan follow up check up dan juga panduan.

PENJELASAN DI ANTARA WARFARIN DAN JANTUNG

Going forward, on this very 2nd of August 2018, Papa Kak Fa perlu datang untuk semak INR. WARFARIN ubat yang merbahaya. Terkurang dos, nanti darah akan jadi beku. Terlebih dos, nanti darah akan terlebih cair. Dan dos WARFARIN hanya boleh ditentukan berpandukan ujian darah INR. Tidak boleh ikut umur ataupun berat badan sahaja. 

Open-mouthed smile Ha ha ha… Now I’m speaking the medical language… Tertanya-tanyalah orang yang membaca entri Kak Fa kali ni, apa tu INR? INR bermaksud International Normalised Ratio dan ianya merujuk kepada tahap kepekatan atau kecairan darah seseorang individu. Kalau INR tinggi, darah tu cair, kalau INR rendah, darah tu pekat. Orang yang normal dan sihat dan tidak mengambil WARFARIN biasanya mempunyai INR sekitar 1. Untuk orang yang mengambil WARFARIN, terdapat beberapa target yang berbeza. General jerlah ya? Tak perlu Kak Fa kupas terlalu detail sangat. Jika nak tau lebih lanjut mengenai INR anda boleh Google dan terdapat banyak bahan rujukan mengenai INR ni.

Sasaran INR untuk setiap orang akan berubah-ubah mengikut risiko masing-masing. Setiap kali datang temujanji, doktor akan adjust dos ubat WARFARIN mengikut keputusan INR. Kalau INR cantik, bolehlah teruskan dos yang sama. Kalau INR tinggi, mungkin dos terpaksa dikurangkan dan sebaliknya. Yang jadi masalahnya adalah, INR boleh berubah dengan cepat dan mengejut. Sebab itu, bila seseorang yang baru mula mengambil WARFARIN, INR perlu diperiksa dengan kerap. Ada pesakit yang perlu datang temujanji seminggu sekali. Temujanji yang lebih lama hanya akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai INR yang stabil dan sudah mahir mengawal INR masing-masing.

Nak kawal macam mana? Untuk memastikan INR mencapai sasaran yang dikehendaki, banyak benda perlu dikawal. Dan yang paling utama ialah ubat dan pemakanan terutamanya sayur hijau. Yang pertama sekali, ubat WAJIB makan. That’s a given. Jika pesakit tertinggal makan ubat walau sehari pun, INR akan terus jatuh. Jadi, nak tak nak, suka tak suka, kena makan hari-hari dan makan pada masa yang sama. Let say, hari ni pukul 6 petang makan ubat WARFARIN, esok dan seterusnya mesti pukul 6 petang tepat juga. Waktu tak boleh berubah-ubah.

Jika ditanya keadaan Kak Fa sekarang ini secara jujurnya, walaupun anda nampak Kak Fa ceria seperti tidak apa-apa masalah – heyyy…you must now that I am good in hiding my own feelings yeah? Open-mouthed smile. Takkan baru kenal Kak Fa sehari kot? You’ve been reading my blog for quite sometime and some of you have known me for so many years kan? Winking smile. I am in a difficult stage of getting everything done and satisfying everyone as well as taking care of things. Bukan mudah cabaran ni. Tapi Kak Fa redha yang inilah yang Kak Fa kena tanggung dan hadap buat masa sekarang ni.

Just a bit of sharing jerlah, once when your parents or family members is sick. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Pertamanya, Annual Leave atau Cuti Tahunan. Kak Fa terpaksa korbankan cuti tahunan Kak Fa yang Kak Fa simpan untuk contigency plan waktu-waktu kecemasan. Kak Fa terpaksa kerap cuti, at least sehari dalam dua minggu untuk follow up check up. Cuti is something yang boleh jadi isu, jadi Kak Fa kena pandai untuk memainkan peranan dan Kak Fa kena betul-betul plan sebab tidak semua orang mahu faham dan hendak memahami kondisi kita. This is what Kak Fa always put in mind.

Menjadi seorang ibu bekerjaya bukan mudah. At this state, Kak Fa seorang yang kena carry tanggungjawab untuk menanggung parents Kak Fa, at this state Kak Fa kena fikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan Kak Fa, at this state Kak Fa kena betul-betul jaga semuanya, jaga hubungan dengan family (as in inclusive semua: keluarga kecil Kak Fa, parents Kak Fa), Kak kena jaga perasaan semua pihak, Kak Fa kena jaga kerja Kak Fa supaya prestasi Kak Fa maintain, Kak Fa kena jaga Bubblynotes.Com supaya Kak Fa boleh sustain, Kak Fa kena jaga semua affairs. And I tell you, it’s not that easy.

Apa yang merisaukan Kak Fa sekarang ni adalah on 2nd of August 2018, Kak Fa terpaksa melepaskan both my parents to go to the hospital for the follow up check up bersendirian dengan menaiki Grab sedangkan Kak Fa tahu mereka tak tahu ke mana hala tuju yang perlu dituju setelah sampai ke situ. Kak Fa terpaksa sebab Kak Fa tak boleh cuti on that particular day. Kak Fa terpaksa uruskan dengan menempah Grab terlebih awal and spent a bit on it, Kak Fa berdoa banyak-banyak semoga urusan dipermudahkan untuk both of my parents ( I am worried because my mom is not that strong even she confidently said that she can get it done), Kak Fa terpaksa fikir bagaimana nak minta Grab bawa mereka balik, Kak Fa terpaksa letakkan Firash di school for full day with the hopes dia tak buat perangai and put him under a custody sehingga Kak Fa balik dari kerja. Sounds tough right? Yes it is indeed tough. But, Kak Fa percaya yang semua benda ni teaching me to be a better person from time to time.

Bagi Kak Fa, selagi Kak Fa boleh berbakti kepada insan-insan yang Kak Fa sayang, selagi tu Kak Fa cuba sedaya boleh. Alhamdulillah syukur, sehingga ke saat ini, Kak Fa belum pernah terdetik perkataan terbeban atau merasakan sesiapa membebankan atau menyusahkan Kak Fa. What happens now, Kak Fa look on the bright side. Sebenarnya, Allah bagi Kak Fa peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa Kak Fa sehabis boleh sebab Allah nak beri Kak Fa pahala tu. I have to take it up. Mungkin secara tak langsung ini boleh menampung amal ibadat Kak Fa yang banyak bocornya di sana sini tu. Mungkin juga ini teguran buat Kak Fa. In Shaa Allah, Kak Fa akan cherish this moment dan gunakan moment ini sebaiknya selagi ada masa. Hopes… Semoga Papa Kak Fa sembuh seperti sediakala… Hakikat, Kak Fa tetap perlu terima andai sudah tiba masanya walaupun sukar. Jangan salah faham, bukan Kak Fa mendoakan. Siapa yang tak sayang parents oiii… Itu jerlah parents yang tak akan ada gantinya di dunia ini.

He has given his best for me, and this is the time that I should give my best to him. In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin.
Terimakasih telah membaca artikel Penjelasan Di Antara WARFARIN Dan JANTUNG. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.