Lagi Bersepah, Lagi Happening

Farah Waheda Wahid
0
LAGI BERSEPAH LAGI HAPPENING

Di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak? Itu tajuk entri Kak Fa pada bulan Oktober 2016 dan percayalah sehingga ke masa kini, rumah Kak Fa memang tak pernah lepas dari sepahan permainan sana sini sinun. Setiap hari! Tak pernah tak sepah. Hari-hari sepah. Kemas sekejap, bersepah balik, kemas sekejap bersepah balik. Sehinggakan rasanya dah tak larat dah nak mengemas dan tak larat dah nak buka mulut untuk mengarahkan Firash kemas barang-barang permainan dia. Letak toys organizer atau toys rack macam mana pun, bila elok cantik tersusun di toys organizer, Firash akan angkat balik dan sepahkan balik. Konsepnya main kena sepah? Baru ada feel ke macam mana sebenarnya? Open-mouthed smile Ha ha ha… Mungkin lagi bersepah, lagi happening katanya.

Kalau ada yang tak faham, mudah saja nak buat kesimpulan dengan menunding jari ibu atau ayah tak pandai nak ajar anak berkemas selepas bermain. Tapi, di dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak yang dikongsikan oleh Nur Firdaus yang merupakan seorang Perunding Keibubapaan melalui artikel di SINI, dikatakan sebenarnya semenjak usia bayi lagi, anak kecil akan berfikir bahawa sekiranya benda itu ada di depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu apabila kita sorokkan atau ambil permainan mereka, mereka akan cepat memberi reaksi sama ada melalui tangisan atau sebagainya. Kak Fa tambah sedikit, tantrum. Muahahaha… Tantrum maha dahsyat. Selagi tak jumpa, selagi tulah dia akan hamuk satu rumah. Semua serba tak kena. Itu Firash. 

Sama juga halnya dengan keberadaan kita. Apabila kita ada di hadapan mata, mereka akan sangat ok. Akan tetapi apabila kita “hilang” sekejap seperti contohnya ke dapur atau tandas, maka akan gegak gempitalah suasana di dalam rumah kita. Sesiapa yang jaga anak-anak kecil akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh memasuki tandas seorang diri. Winking smile. Sesiapa yang jaga anak-anak kecil akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat untuk memasak dengan tenang. Winking smile. Sesiapa yang jaga anak kecil akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat tidur dengan tenang. Winking smile.

Anak-anak kecil buat sengaja mengada-ngada. Ok Kak Fa please take note. Wakakaka… Nyah-Nyah. Ia adalah merupakan reaksi yang asli. Pada fikiran mereka sememangnya barang yang dicari telah tiada ataupun kita sebagai ibu atau ayah telah tiada! Fenomena ini, sila hadam ya… dipanggil sebagai Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak kepada fasa pertama Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun usia anak). Buatlah macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap anggap sesuatu itu telah tiada sekiranya tidak dapat dilihat dengan mata kasar mereka di hadapan mereka.

Makanya, jomlah kita sama-sama memahami corak pemikiran anak-anak kecil. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, sememangnya ia perlu diajar. Tetapi kena tepat pada masanya. Jangan awal sangat, berikan ruang kepada anak-anak kecil untuk menikmati usia kanak-kanak dengan kepuasan mereka. Habis tu? Kalau dah tak tahan tengok sepah sana sini macam Kak Fa ni macam mana? Huuuu… Ada ibu ayah yang sediakan bilik khas untuk bermain untuk anak-anak kecil. Haaa…Nak main-mainlah puas-puas dalam bilik tu, nak sepah-sepahlah puas-puas dalam bilik.

Macam di dalam kes Firash…. Solusi tu tak berapa nak berkesan sebab jenisnya Firash, bila dia main dia nak ada orang duduk menghadap dia. Tak layan dia main pun tak apalah, janji jadi tukang teman. Al-maklumlah bila dah seorang sahaja di rumah kan? Takder kawan bermain, dengan Mommy dengan Nek Ma pun jadi ajak teman bermain. Kadang-kadang dia ajak main bersama, kadang-kadang dia tak ajak pun dan tak nak kita ganggu pun, sebab dia lebih selesa bermain seorang diri. Cuma dia nak keberadaan seseorang jer ketika dia sedang bermain. Mommy tak kuasa nak duduk dalam bilik permainan yang dikhaskan untuk dia lama-lama. Ada banyak lagi kerja Mommy yang lain. Kannn? Jadi kalau nak buat kerja dan dalam masa yang sama kena menghadap dia yang sedang bermain, most of the time memang ruang tamu jerlah yang menjadi pilihan hati Firash untuk bermain. Sebab tu, memang ruang tamu tu penuh dengan sepahan barangan permainan dia sajalah. Huuu… Tak boleh nak buat macam mana dah. Walaupun agak semak mata mak dia ni memandang. Nak buat macam mana, nak tak nak anak sendiri kan? Kena redha jerlah. Winking smile.

So, kalau ada yang bertandang ke rumah Kak Fa dan lihat ruang tamu penuh dengan barang permainan yang bersepah tu, faham-faham ajerlah ya? Nyah-Nyah Bukan mak dia tak mengemas rumah, bukan mak dia “rajin” sangat nak mengemas rumah, tetapi itu adalah sumbangan Firash. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !