Home » , , , , , , , » Kalau Tak Pandai Jaga Anak, Jangan Beranak!

Kalau Tak Pandai Jaga Anak, Jangan Beranak!

Kalau Tak Pandai Jaga Anak, Jangan Beranak
Kredit: Gambar dari Sumber Google

Sakit tak bila dengar individu luar melontarkan kata-kata ini secara sinis atau dengan nada marah tanpa melihat wajah anda? Perit tak rasanya? Rasa nak bersemuka tak dengan spesies individu macam ni? Wujudnya individu sebeginilah yang buatkan ramai di antara ibu bapa yang ada anak-anak kecil yang sedang di fasa membuas berfikir sejuta kali sebelum nak ziarah-menziarahi di musim perayaan, menghadiri jemputan rumah terbuka serta segala bagai. Kalau tak pandai jaga anak, jangan beranak! Yang menerima rasa sakit dan mungkin dalam hati terdetik… Sedap mulut jer ya berkata-kata? Yang dia tu pandai sangat ke jaga anak? Yang melontarkan kata-kata pula terbuku rasa tidak puas hati dan dipenuhi rasa marah pada kanak-kanak yang buat onar kemudian sekaligus terpalit kepada ibu bapa. Perkataan macam nilah yang kita tak nak kan? Betul tak? Kalau terjadi depan mata Kak Fa, pada anak Kak Fa, memang Kak Fa terus bersemuka jer tanpa fikir panjang. Huuuu… Kalau terjadi belakang Kak Fa… Kalau boleh cari, Kak Fa cari jer orang tu sampai dapat untuk bersemuka.

Secara logiknya, kalau nak dipersalahkan anak-anak kecil pun tak boleh juga sebab kadang-kadang anak-anak kecil ni, tak sedar apa yang mereka lakukan dan menganggap semua perkara itu menyeronokkan. It takes two to tango. Ibu bapa dah tentu-tentulah memainkan peranan yang penting, yang jadi tuan rumah, yang jadi orang sekeliling, jangan ikut sedap mulut jer nak melontarkan kata-kata sungguh rasa tak puas hati pun kan? Tapi tulah, manusia ni, bukannya boleh kita tutup mulut mereka dan bukan kita boleh kawal pun mulut mereka bila nak terlepas cakap tu.

Senang cerita macam nilah, sepertimana perkongsian melalui pautan di SINI yang menjadi tuan rumah yang menganjurkan jemputan rumah terbuka ataupun menerima tetamu tu:

1. Apa sahaja barangan milik anda yang boleh mencetuskan keterujaan kanak-kanak, sila simpan di dalam bilik. Di antaranya, sebagai contohlah ya, penapis udara Korea hutang 7 tahun, gajet seperti speaker, VR Box dan segala mak nenek yang anda rasakan berbahaya, sila simpan elok-elok. Apa yang diletakkan di ruang tamu termasuk stok permainan Ultraman, Kamen Rider adalah sedia untuk dimain oleh mereka. Yang jadi collector robot Transformers yang tinggi nilai tu, simpanlah kalau tak nak jahanam ya? Open-mouthed smile

2. Pintu bilik utama sila kunci dan kuncinya sila simpan di tempat yang hanya ahli keluarga sahaja yang tahu.

3. Permainan anak-anak anda yang biasanya bersepah-sepah di ruang tamu, sila letakkan dalam bakul dan masukkan di dalam bilik anak. Kalau nak main, mainlah dalam bilik tu ya? Sepah ke? Tergolek ke? Tunggang langgang ke? Lantakkan situ. Sampai masa, minta anak-anak untuk kemaskan semula.

4. Sediakan 2 helai kain buruk di ruang tamu. Mesti akan ada air yang tumpah. Tak ada hal lah.

Sebagai tetamu yang datang bertandang dan memenuhi jemputan undangan rumah terbuka:

1. Dari rumah sampailah ke lokasi rumah terbuka, silalah berbuih-buih mulut anda menghamburkan kata-kata nasihat beserta ugutan kepada anak-anak supaya jaga tingkah laku.

2. Simpan rotan dalam kereta kalau perlu. Bila tak puas hati dengan prestasi mereka di rumah orang, masuk jer kereta, rotan tapak kaki. Biarlah orang nak sound dia ada anak 7 pun belum pernah simpan rotan dalam kereta ke apa, cara kita mendidik anak kita sendiri berbeza dengan acuan orang lain.

3. Nampak anak buas sikit jer, sila jegil mata. Kalau tak dengar kata, sila mulakan operasi tangan bertukar menjadi ketam. Jalan terakhir, “Siap, bila masuk kereta nanti”.

4. Bila nampak anak mengambil barangan orang yang tidak sepatutnya, terus suruh anak letak balik.

5. Kalau anak nak buka penutup bekas kuih raya, cepat-cepat tolong bukakan. Kena pula set bekas kuih raya yang harganya setengah bulan gaji. Matilahnakkk kalau pecah.

6. Kalau dihidangkan air dalam cawan dan piring harganya RM100 sepasang, sila pastikan anak-anak minum dengan cermat. Yang murah pun sila cermat juga, tapi kalau mahal, double harganya.

Perkara berkaitan anak-anak kecil ni, perlu kerjasama kedua-dua belah pihak. Bukan sebelah pihak jer. Come on… Kalau itu sikap kita (ibu bapa yang ada anak buas dan tuan rumah yang takut barang dirosakkan) percayalah, sedikit masa jer lagi, amalan ziarah menziarahi akan terus pupus macam tu jer. Oh ada lagi satu, ni lain sikit, kalau bawa anak ke indoor playground ataupun outdoor playground, jangan lepas mata memandang. Jika anak kita terkasar dengan anak orang lain, ambil tindakan yang sepatutnya. Jika anak orang lain terkasar dengan anak kita, ambil tindakan yang sepatutnya. Contohnya, tegur anak sendiri, marah anak sendiri, jauhkan anak sendiri dari anak orang tu, minta maaf dengan ibu bapa anak yang terlibat. Bukannya, menengking anak kecil orang yang tak tau apa-apa dengan kata-kata kesat dan menghamburkan kata-kata seperti “Kalau tak reti jaga anak, jangan beranak!”. Itu bukan caranya. Tapi kalau rasa, tersentuh atau terlanggar-langgar manja pun tak boleh anak kita, tak perlu bawa ke mana-mana indoor playground mahupun outdoor playground dekat mana-mana lokasi. Kalau rasa anak tak terkawal sangat pun, elakkanlah daripada pergi ke kawasan yang ramai dengan kanak-kanak. Takut-takut terjadi kejadian pula. Huuuu…
Terimakasih telah membaca artikel Kalau Tak Pandai Jaga Anak, Jangan Beranak!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

4 komentar:

  1. kalau kat rumah tu ada benda mahal² pastikan letak ler kat tempat yang tinggi atau kat bilik.Nak buat open house biar kat luar rumah..semuanya ada peranan masing².kedua² belah pihak kena main peranan,takdelah nanti adegan up status macam dia pandai jaga anak ..tak boleh nak komen banyak hal ni..Kita tak tau anak² ni kadang diluar jangkaan kan.yang dok komen pun mengerikan kalau akak baca

    ReplyDelete
  2. have misconceptions of the other. Again, this is in no way a judgmental or “I know it all” stance, it’s just kind of how I feel about the subject based on the criteria I listed earlier. best double jogging stroller

    ReplyDelete
  3. betul kak Fa, anak2 kat rumah ok jer dengan kita. bila kat luar tu mcm2 nak explore. mereka fikir benda tu fun kan hehe.

    ReplyDelete
  4. Isu saban kali berulang. Nak tak nak kena dua-dua pihak buat peranan masing-masing (kalau dah berkira sangat nak selidik siapa salah macam lawyer gamaknya), nak cerita panjang2 pun, masing2 ada counter point nya tersendiri juga. aduhai.. :P

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.