Home » , , , , , , , , , , » HFMD | Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan

HFMD | Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan

HFMD  Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan (2)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Tak sekolah dia hari ni… Mommy ambil keputusan automatik secara mendadak apabila dapat tahu yang ada salah seorang daripada kawan dia telah dimasukkan ke hospital semalam gara-gara positif HFMD. Terus Kak Fa hubungi pihak sekolah dan maklumkan kenapa dan mengapa, Kak Fa ambil keputusan untuk rehatkan Firash hari ini. Terus juga Kak Fa periksa tapak tangan, tapak kaki dan mulut Firash. Tak tunggu lagi Kak Fa mandikan Firash dengan setitik larutan Lavender Essential Oil, sapukan Thieves Essential Oil di tapak kaki dia selepas mandi, diffuse Thieves Essential Oil sebagai langkah berjaga-jaga. Fobia teruk Kak Fa ni kan? Tapi eloklah fobia untuk mencegah daripada fobia menjaga bila dah terlewat untuk cegah. Moga-moga dijauhkanlah dari HFMD semua anak-anak kecil kita. In Shaa Allah, mudah-mudahan… Amin amin ya rabbal alamin. HFMD | Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan tak boleh pandang remeh, tak boleh pandang enteng, tak boleh pandang ringan. Ibu bapa pun sama… Kita ni hidup bermasyarakat. Sama-sama kita membantu anak-anak kita semua semoga terhindar dari HFMD dan supaya tidak dijangkiti atau menjangkiti anak-anak lain.

Setakat ni, Kak Fa tak tahu lagi apa reaksi dan tindakan pihak sekolah ke atas kes HFMD yang berlaku ini, cuma yang Kak Fa tahu, kawan Firash tu dah warded dan sedang di dalam proses rawatan. Tak pasti sama ada sememangnya dah bermula minggu lepas lagi sewaktu hari persekolahan ataupun terjadi sewaktu cuti hujung minggu. Macam mana pun, dikatakan yang ibu kawan Firash tu akan maklumkan kepada pihak sekolah untuk meminta guru-guru maklumkan kepada ibu bapa, jika ada anak-anak yang ada simptom supaya jangan dihantar ke sekolah dan sekolah Firash pun sekarang ni sebenarnya perlu melakukan proses disinfection juga bagi mencegah wabak HFMD ni dari breakout kepada anak-anak murid lain. Setakat ni juga, Firash sihat sahaja, cuma Kak Fa memilih untuk tidak menghantar ke sekolah terlebih dahulu. Kak Fa sebenarnya sedang tunggu update dari pihak sekolah Firash ni ha. Lepas tu barulah boleh decide sama ada hantar atau tidak ke sekolah. Sebabnya, di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, kerajaan boleh mengambil tindakan menutup mana-mana taska, tadika, tabika atau pra-sekolah yang mempunyai kes HFMD. 1

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau dikenali juga sebgai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah disebabkan oleh enterovirus dengan majoritinya Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Penyakit ini selalu berlaku di kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun dan merebak dengan cepat iaitu hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil melalui kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit. Tempoh inkubasi (tempoh di mana virus mula menjangkiti badan pesakit sehingga wujudnya gejala) adalah di antara 3 hingga 5 hari. Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh sebelum dan selepas wujudnya gegala. Sekiranya menjangkiti orang dewasa, sesetengahnya tidak menunjukkan sebarang simptom, namun mereka boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Simptom / Gejala Penyakit

HFMD_Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan
Kredit: Sumber dari Google

Simptom atau gejala jangkitan penyakit ini adalah ringan (mild) iaitu demam, ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki dan ulser pada mulut atau lidah. Di samping itu, kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan. Muntah, cirit-birit dan kurang selera makan. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit tangan, kaki dan mulu pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh (7) ke sepuluh (10) hari. Walaubagaimanapun, jangkita yang disebabkan oleh Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti ncephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di kalangan manusia tidak berjangkit melalui haiwan dan penyakit ini berbeza dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang berlaku pada haiwan peliharaan.

Faktor Risiko Jangkitan Di Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan

Kanak-kanak sangat rentan atau mudah mendapat jangkitan kerana mereka belum pernah terdedah kepada pelbagai jenis kuman. Makanya, ketahanan tubuh mereka melalui antibodi belum terbentuk lagi. Amalan kebersihan diri yang kurang baik atau tidak mengamalkan tabiat mencuci tangan menyebabkan seseorang kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit HFMD. Guru atau pengasuh juga perlu memastikan lampin bayi dibuang dengan betul dan amalan mencuci tangan dibuat untuk mengelakkan merebaknya penyakit HFMD.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan memandangkan kanak-kanak mempunyai pergaulan rapat di antara mereka semasa di pra sekolah, tadika, taska, sekolah, pusat asuhan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kanak-kanak bergaul rapat seperti aktiviti renang, sukaneka atau kerja berkumpulan menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit HFMD di kalangan kanak-kanak di taska. Selain itu juga, peralatan atau barang permainan yang tidak dijalankan disinfeksi secara berkala berisiko menyebabkan berlakunya perebakan jangkitan HFMD.

Kanak-kanak di pra sekolah, tadika, taska, sekolah, pusat asuhan juga berisiko untuk mendapat jangkitan HFMD sekiranya berkongsi tuala, sudu, garfu dan juga peralatan kegunaan yang lain. Perkongsian barangan peribadi ini boleh menyebabkan kanak-kanak yang sakit mengjangkitkan virus ini kepada kanak-kanak yang sihat melalui cecair lepuh atau air liur.


Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan dinasihatkan supaya tolonglah mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam, sekolah, taska, tadika, pusah asuhan, pra sekolah kerana boleh merebakkan jangkitan.
2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Peranan Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan

Pihak pengusaha pra sekolah, tadika, taska, sekolah, pusat asuhan disarankan supaya menjalankan saringan di pintu-pintu masuk (gate keeping) bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum mereka dibenarkan memasuki premis. Saringan di pintu masuk pra sekolah, tadika, taska, sekolah, pusat asuhan perlu dijalankan setiap hari sebelum sesi persekolahan bermula. Aktiviti saringan ini juga perlu direkodkan bagi memudahkan rujukan pada masa akan datang. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang mempunya tanda-tanda jangkitan HFMD semasa saringan dijalankan, pihak pra sekolah, tadika, taska, sekolah, pusat asuhan perlu mengasingkan kanak-kanak tersebut di bilik isolasi sehinggalah ibu bapa atau penjaga datang untuk membawa kanak-kanak mendapatkan rawatan. Sehubungan dengan itu, bilik isolasi perlulah disediakan di taska atau tadika dengan tujuan untuk mengasingkan kanak-kanak yang bersimptom dari kanak-kanak yang sihat.

Pihak pra-sekolah, tadika, taska, sekolah, pusat asuhan… please…please…please…
1. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh atau merawat lepuh dan semasa mencuci najis kanak-kanak.
2. Menjalankan disinfeksi (basmi kuman menggunakan larutan berasaskan klorin) permainan kanak-kanak serta lantai premis terutama tandas secara berkala.
3. Memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.
4. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan peribadi seperti tuala di antara kanak-kanak.
5. Menyediakan hand sanitizer di premis atau tadika.
6. Melatih dan memaklumkan kanak-kanak di taska atau tadika sentiasa mengamalkan 7 langkah mencuci tangan yang betul. 2

At this moment, Kak Fa still awaiting for news or info from Firash’s school tentang status bagaimana atau macam mana. Kak Fa sendiri masih blank, bukan tak nak hantar anak ke school, tapi at this moment Kak Fa memilih untuk mendapatkan info terkini dari school. Lepas tu baru Kak Fa decide bagaimana. School Firash dari segi kebersihan memang Kak Fa puji. Memang bersih dan terjaga, cumanya bila dah ada satu kes sebegini, Kak Fa hope sangat pihak school bolehlah menjalankan disinfeksi dengan kadar segera demi anak-anak murid yang lain kan? Tu jer… In Shaa Allah, if segalanya ok, Kak Fa hantar semula ke school esok. Moga-moga anak-anak kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

1 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguatkuasaan-terhadap-taska-tadika-yang-mempunyai-kes-hfmd-180277
Terimakasih telah membaca artikel HFMD | Pra Sekolah, Tadika, Taska, Sekolah, Pusat Asuhan. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.