Dad Illness | Allah Jentik Hati Kak Fa Dan New Challenges Ahead

Farah Waheda Wahid
1
DAD ILLNESS_ALLAH JENTIK HATI KAK FA DAN NEW CHALLENGES AHEAD

Kepala Kak Fa ni buat masa sekarang masih dalam state bengong-bengong, tak tahu punca dan juga blur. Smile. Dada Kak Fa ni rasa berdebar-debar, badan Kak Fa rasa seakan-akan melayang-layang. Rasa macam serabut pun ada ni. Dad Illness | Allah Jentik Hati Kak Fa Dan New Challenges Ahead… Mind and heart non-stop reciting:
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظّالِÙ…ِÙŠْÙ†َ
Ya Allah, there is no ease except that which You make easy, and indeed You, when You want, make difficulties easy
Itu jerlah yang tak henti-henti Kak Fa recite dalam masa-masa sekarang ni. His illness has been for quite sometime. Rasanya for this few months back yang semakin kerap Kak Fa berulang-aling ke Emergency Unit, Hospital Sungai Buloh. Cerita asalnya, he’s been depending on Ventolin (the blue inhaler for quite sometime) due to Asthma. Last few months, Asthma tu macam semakin kerap attack dan dah mula berulang-alik ke klinik dan dia dah mula makan pills for Asthma.

Dad Illness  - Allah Jentik Hati Kak Fa Dan New Challenges Ahead (4)
This was back then before, few months before when he’s having Asthma problem.

Memandangkan Kak Fa dah mula terjebak dengan Young Living Essential Oil, Kak Fa sendiri yang sediakan Essential Oil Blend untuk Papa Kak Fa. Waktu tu baru ada PSK set jer dari Young Living, jadi Kak Fa tawakal jer buat blend tu dengan harapan it works on him. Alhamdulillah. It works wonders on him. Syukran Ya Allah. Sewaktu Kak Fa bawa Papa Kak Fa ke Emergency Unit – Hospital Sungai Buloh disebabkan water retention pada kaki Papa Kak Fa seperti paparan gambar di bawah, doktor confirmed yang Papa Kak Fa bebas dah dari masalah yang sebelum ini terpaksa bergantung dengan Ventolin tu. However, the water retention tu puncanya diketahui selepas ujian X-Ray adalah disebabkan oleh jantung yang bengkak dan kencing tak lawas.

Dad Illness  - Allah Jentik Hati Kak Fa Dan New Challenges Ahead (2)
Water retention caused by jantung yang bengkak.

Simptom jantung bengkak ni adalah bila mana, malam Papa Kak Fa tak boleh nak tidur. Tidur sekejap bangun, tidur sekejap bangun. Kemudian, bila makan jer muntah balik, bila makan jer muntah balik. Plus, water retention pada kaki sehingga kaki bloated. Solution yang doktor berikan adalah untuk control water intake. Sehari tak boleh lebih dari seliter air yang mana sukatannya kalau nak dikira adalah sebotol setengah botol air mineral yang kecil tu. 1 liter ni adalah termasuk dengan segala jenis bagai makanan berkuah. Jadi, it is advisable untuk makan yang kering-kering. Doktor provide Papa Kak Fa dengan Ubat Lawas Kencing untuk melawaskan kencing dan juga 2 referral letters to Klinik Kesihatan dan juga MOPD (Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh). Tugas Kak Fa untuk set both appointment to both places. All this was done sewaktu ambang-ambang Raya tempoh hari.

Hasil dari follow up check-up, doktor tambahkan lagi supply Ubat Lawas Kencing dan schedule 2nd follow up check up on 3rd July 2018. Alhamdulillah juga, nampak bengkak di kaki tu semakin menyusut and I am start controlling his water intake very strictly. Dia kena pantang, tak boleh lebih sikit pun air. Sebab bila air terlebih dalam badan, jantung dia akan bengkak balik dan bila bengkak ruang pernafasan akan jadi sempit dan dia akan sesak nafas. I need to control this in order to avoid things happen again. Bukan sebab kisah kena rushing berulang-alik ke Hospital tengah-tengah malam atau secara mengejut, tapi lebih kepada mahukan dia sihat dan sembuh seperti sediakala.

However, things happened, Kun Fa Ya Kun… Belum pun sempat 2nd follow-up check up, on this last very Saturday, he collapsed at his work place. Ceritanya macam ni pula… Hari Sabtu lepas yang baru ni, memang Kak Fa dah schedule appointment untuk servis kereta Kak Fa tu. Pagi tu he was absolutely fine. He was ok. Macam biasa and tak ada sebarang tanda-tanda apa-apa pun. Things happened dalam pukul 12 lebih sewaktu dia tengah buat kerja di tempat kerja dia. Tiba-tiba meja terbalik, dia jatuh ke bawah, mata putih ke atas dan tangan dia kejang. Kak Fa terima call dari tempat kerja dia, tapi Kak Fa tak ada kereta waktu tu, kereta baru masuk pusat servis dan major service sedang dilakukan. Faham-faham jerlah kan bila kereta sedang diservis, you tak boleh nak request nak bawa keluar pun sebab banyak benda barai dan sedang fix.

Makanya, ada seorang residen di tempat kerja Papa Kak Fa yang sangat helpful dan baik hati, telefonkan ambulan. Ambulan terus hantar ke Hospital Shah Alam. So, korang tak perlu tanyalah kenapa sekejap Hospital Sungai Buloh, sekejap Hospital Shah Alam ya? Sebab ambulan tu route dia hanya Hospital Shah Alam. Allahu… Terus dimasukkan ke semi-critical ward (Observation Ward – Yellow Zone) di Hospital Shah Alam and Kak Fa keep on receiving calls from a lot of strangers telling me that my dad was at Hospital Shah Alam and I keep on explaining that I do not have my car with me. Despite, I am carrying along my mom and son together with me. Bukan tak nak naik Grab ke apa, but kereta sikit jer lagi nak siap. Alang-alang tu Kak Fa tunggu sekejap.

Selesai jer urusan kereta, terus Kak Fa, Mama Kak Fa, Firash and husband yang waktu tu baru jer sampai di pusat servis ke Hospital Shah Alam and I am the one who rushed to the Yellow Zone. Sampai-sampai jer Kak diminta untuk turunkan signature untuk Borang Kebenaran CT Scan. CT Scan for Brain. Lepas turunkan tandatangan tu, Kak Fa terus pergi dapatkan Papa Kak Fa. Crying face Know what? His vision was blurry. Dia tak dapat lihat. Teraba-raba dia cari tangan Kak Fa. Kak Fa nampak dia dah dipakaikan tiub untuk buang air kecil. Dia kata sakit, Kak Fa tau sakit, sebab Kak Fa pernah pakai tiub untuk buang air kot? Sewaktu Kak Fa melahirkan Iman Firash dulu. Mama Kak Fa, suami Kak Fa dan Firash tunggu di luar. Dia mengadu lapar dan dahaga. Kak Fa terus keluar pergi belikan roti dan air mineral. Dia minta Kak Fa berikan dia cermin mata dia sebab dia kata tak nampak.

Terus Kak Fa keluar beli roti dan air mineral untuk dia dan minta bantuan suami untuk ambilkan cermin mata dia dari kereta. Kemudian Kak Fa masuk balik dan bagi dia makan dan minum. Cuba pakai cermin mata, tapi still blurry vision. Kak Fa keluar sekejap, suami Kak Fa tengok Papa Kak Fa. Medical Assistant datang nak bawa Papa Kak Fa untuk CT Scan – Brain. Selepas CT Scan – Brain tu, suami Kak Fa yang sambut dia keluar dari bilik tu dan dia pegang tangan suami Kak Fa. Dia tanya siapa? Suami Kak Fa beritahu siapa dia. Both of us duduk seketika. Masa tu Firash demam dan Firash dah mula sakit perut. Papa sempat tanya cucu dia. Kak Fa beritahu yang Firash demam. Dia kata… Alahaiii… Dia seolah-olah menyampaikan… Maaf susahkan… Dia suruh Kak Fa keluar tengok anak Kak Fa, Kak Fa kata tak apa, Mama ada dekat luar.

Kak Fa memang tak boleh nak tinggalkan dia… Memang nak angkat kaki tu tak boleh, berat jer rasa. Bila dia tanya Mama mana? Kak Fa kata ada dekat luar… Kak Fa keluar, Mama Kak Fa beritahu, Firash sakit perut, lapar. Memang masa tu muka Firash dah pucat. Terus kami bincang. Suami ambil kereta, bawa Firash pergi makan, Kak Fa bawa Mama Kak Fa masuk ke dalam. Penerimaan Mama Kak Fa memang dia tak boleh terima lagi waktu tu. Ikutkan Kak Fa tak nak bawa Mama Kak Fa masuk dulu, takut-takut dia pula yang collapsed. But… at the same time, my Dad was asking for her. Suami kan? Macam-mana pun mesti akan tanya isteri. Isteri kan? Macam mana pun mesti terjentik rasa hati. Itulah bond suami isteri. Even ada ups and downs.

Kak Fa beri masa mereka berdua, sebab Observation Ward tak boleh masuk berdua, boleh masuk sorang-sorang jer. Bila Mama Kak Fa dah keluar, Kak Fa masuk balik. I wasn’t prepared. Tak bawa stok Young Living Essential Oil yang banyak-banyak tu. Apa yang ada dalam beg adalah Stress Away dan juga Focus Blend untuk Iman Firash sahaja. Peppermint pun Kak Fa tinggal di rumah. Lavender adalah juga dalam beg tu, sisa baki yang 5ml bottle tu. Yang baru ada di rumah. Kak Fa tak tau nak bantu macam mana. Jururawat datang berikan ubat cairkan darah untuk Papa Kak Fa consume. Kak Fa bagi Papa Kak Fa makan ubat. Betulkan katil dia dan Kak Fa tawakal jer suruh dia hidu botol Lavender tu, sapukan Focus Blend kat mana-mana yang logik dan masuk akal. Suruh dia hidu. Nampak lepas tu dia more relax. Selepas dah sapu, disebabkan dia tak nampak, Kak Fa letakkan roti dan juga botol air mineral betul-betul sebelah bantal dia. Kak Fa kena gerak balik dulu, esok paginya Kak Fa ada video shooting for one FMCG Brand yang dah schedule awal. Cari rezeki wak. Lagipun it has been a long day. Everyone needs rest.

Jangan nak kata, hoiii, kejamnya… Sampainya hati tinggalkan your Dad alone dekat Observation Ward tu. Lagipun Observation Ward tu bukannya boleh tunggu. Sedang dipantau closely oleh doktor. Sebelum Kak Fa balik, Kak Fa tinggalkan no telefon Kak Fa pada jururawat yang bertugas and asked them to call me straight away if anything occurs. Berat sangat weii rasa hati but I have to go. Sebelum Kak Fa balik, Kak Fa beritahu Papa Kak Fa yang Kak Fa nak balik, actually kan? Menahan rasa sebak dan pretending to be strong in front of everyone, tapi kannn… Ha ha ha… Open-mouthed smile Bila nak balik tu, Papa Kak Fa teraba-raba cari tangan Kak Fa dia peluk dan cium Kak Fa erat. Kak Fa automatik breakdown… Berjurai-jurai air mata. Terus rasa tak kuat. Huuuu…. Crying face Terus tewas weiii…. I told him that I love him much and he said he loves me all the time. Sebak ya ampunnn… Menaip ni pun bergenang air mata. Dia pesan selalu telefon dia dan doakan dia boleh balik cepat.

Sepanjang perjalanan balik, air mata tak henti-henti berjurai. Tapi cuba tak teresak-esak. Anak Kak Fa tengok pun hairan. Tapi dia tau yang Atuk dia tak sihat. Dia kata, Mommy, Atuk sakit… Huuuu…. Sampai rumah, selesaikan Firash, Kak Fa telefon Papa Kak Fa 2 kali tapi tak angkat. Lepas tu Kak Fa terlelap seketika. Pukul 2.30 pagi terjaga, telefon Papa Kak Fa 2 kali lagi, tapi tak angkat. Masa ni kan? Macam-macam benda terbayang dan masa ni juga memang breakdown teruk sangat-sangat. Menangis dan menangis dan menangis. Sampai sendiri boleh rasa mata sendiri dah bengkak. Suami Kak Fa cuba tenangkan Kak Fa. Sampai pukul 5.40 pagi Kak Fa tak tidur. Tak apa yang penting semua orang yang Kak Fa sayang berehat. Firash pun Alhamdulillah suhu badan nampaknya terkawal.

Esoknya, Ahad, which is semalam, Kak Fa bersiap seperti biasa dan teruskan shooting Kak Fa di Jalan Kuchai Lama. Sewaktu nak mula shooting tu lah Kak Fa terima call dari Papa Kak Fa. Korang tau tak? Apa rasanya terima call dari Papa Kak Fa. Kak Fa rasa lega sebab dapat dengar suara dia. Yerlah 6 kali call kot dia tak angkat sedangkan dia dah pesan selalu-selalu telefon dia. Maunya tak rasa tak senang nak duduk. Dia beritahu Kak Fa yang dia dah boleh balik, tapi kena cepat sebab Farmasi tutup cepat because it’s Sunday. Alamak… Kak Fa dah terikat dengan shooting, macam mana ni ek? Solusi, terpaksa call suami Kak Fa dan minta bantuan dari suami Kak Fa untuk uruskan Papa Kak Fa sementara Kak Fa selesai dengan kerja. Masa tu pula suami Kak Fa sedang bawa tanker hantar air dekat Hospital Serdang. Tapi, mujurlah suami Kak Fa sanggup nak bantu. Gegas dia ke Hospital Shah Alam dan tolong uruskan.

Alhamdulillah juga, Allah permudahkan urusan Kak Fa, shooting hanya 2 take sahaja dan selepas tu Kak Fa terus rush ke Hospital Shah Alam. Masa Kak Fa sampai tu, dah selesai dah urusan discharge Papa Kak Fa. Condition masih lemah, berdiri pun menggigil dan perlu dipimpin. Pemandangan mata still blurry. Allahuakbar. It does really broke my heart into pieces seeing him like that. Tapi, at least now dia dah boleh balik ke rumah. So, he is under my care taker.

Status terkini of my Dad adalah:

1) CT Scan – Brain: Diagnosed with Minor Stroke.
2) Side Effect: Blurry visioned, jalan kena pimpin, need to do things for him, teraba-raba mencari tangan Kak Fa most of the time untuk Kak Fa pimpin dia, major headache
3) Talking: Sekejap ingat, sekejap tak. Talking sometimes making sense, sometimes not.
4) Appetite: Zero appetite. Need to force him to at least makan sesuap nasi. Bila masuk jer muntah.

Next step, Kak Fa sempat ambil sedikit daripada lunch hour Kak Fa hari ni untuk buat appointment di Klinik Pakar, Hospital Shah Alam untuk Papa Kak Fa. In Shaa Allah, if tak ada aral melintang 26 Julai 2018, Papa Kak Fa will undergone ECHO Test and Blood Test. 2 Ogos 2018, Papa Kak Fa akan ada appointment dengan doktor. Esok, 3 Julai 2018, Kak Fa half day untuk bawa Papa Kak Fa ke Klinik Kesihatan Ijok. Hopefully things will be better. Kak Fa cuma bantu sikit-sikit dengan Essential Oil and I will try my best to take the best care for him.

Dad Illness  - Allah Jentik Hati Kak Fa Dan New Challenges Ahead (3)
Alhamdulillah dah selesaikan tanggungjawab yang satu ini. Appointment set today.

Nak tau tak? Allah jentik hati Kak Fa dan sebenarnya selepas ini semuanya terletak solely di bahu Kak Fa. Papa, Mama and Firash is under my responsibilities. Firash is under (Kak Fa’s husband dan Kak Fa lah). Tanggungjawab Kak Fa semakin berat. Sekarang semuanya depending on me. Kak Fa is the caretaker of the house sementara suami tak ada di rumah. If suami ada, In Shaa Allah kami pikul sama-sama. Semua tergalas di bahu Kak Fa sekarang. Cabaran baru buat Kak Fa yang sebenarnya kan… Kak Fa masih dalam state bertanya-tanya pada diri Kak Fa sendiri, mampu ke aku galas? Boleh ke aku galas sepenuhnya tanggungjawab ini. What happened dah buatkan Kak Fa buat decision yang firm yang ok, from now on, Papa tak perlu kerja lagi. Rest. I will take charge of the house. Dalam tertanya-tanya, Kak Fa cakap pada diri Kak Fa, rezeki di bumi Allah SWT ni luas. In Shaa Allah, pasti ada jalannya dan Allah takkan uji jika Kak Fa tak mampu kan? Allah juga takkan biarkan Kak Fa kan? Allah kan sayang semua hamba-Nya. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Saya faham sangat situasi Kak Fa kerana saya baru sahaja diduga dengan kesihatan ayah hujung tahun lalu, keadaan pun hampir sama .. Perasaan masa itu hanya Allah saja yang tahu, sama seperti yang Kak Fa jelaskan..

    LZ doakan semoga papa Kak Fa kembali sihat dan Kak Fa juga dipermudahkan segala urusan, aminnn..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !