Cukup Ke Tidak Air Yang Diminum Oleh Anak?

Farah Waheda Wahid
0
CUKUP KE TIDAK AIR YANG DIMINUM OLEH ANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sedari usia Firash 6 bulan, Kak Fa memang dah train Firash untuk rajin minum air kosong. Sampaikan minum air kosong tu sudah menjadi kebiasaan pada dia. Setiap kali selepas minum susu botol, dia pasti akan bilas dengan air kosong. Hari-hari… Memang dah jadi rutin dia dah pun. Jadi, sememangnya Kak Fa tidak menghadapi sebarang masalah untuk anak suka minum air kosong atau air suam. Cumanya, Kak Fa tau, di luar sana tu, memang ada ibu-ibu yang mengalami kesukaran untuk memberikan anak-anak minum air kosong atau air suam. Sebabnya? Anak-anak memang kurang gemar. Yang ini, mungkin anda boleh cuba membaca solusi yang pernah Kak Fa kongsikan melalui entri Tips & Trik Menggalakkan Anak Minum Air Masak pada tahun 2016 yang lalu. Penting untuk ibu-ibu dan ayah-ayah memastikan cukup ke tidak air yang diminum oleh anak? Tu semua Kak Fa nak berceloteh dalam entri Kak Fa kali ni.

Air adalah penghilang dahaga yang menyegarkan dan ia juga tanpa kalori! Lebih penting lagi, air membantu menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kanak-kanak tidak minum air secukupnya, mereka mungkin boleh mengalami masalah sembelit, kurang daya tumpuan ataupun jatuh sakit. Sebab tu sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu berusaha untuk menggalakkan anak-anak supaya minum air secukupnya setiap hari.  Kalau tak tau, meh sini Kak Fa kongsikan jumlah air kosong yang disarankan untuk kanak-kanak:

1 Sehingga 2 Tahun

1 sehingga 3 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 4 sehingga 6 gelas cecair daripada makanan dan minuman).

3 Sehingga 6 Tahun

3 sehingga 5 gelas sehari (dengan jumlah pengambilan 5 sehingga 7 gelas cecair daripada makanan dan minuman).

7 Sehingga 12 Tahun

6 sehingga 8 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 7 sehingga 9 gelas cecair daripada makanan dan minuman).

13 Sehingga 18 Tahun

8 sehingga 10 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 9 sehingga 12 cecair daripada makanan dan minuman)

*1 gelas bersamaan 250ml.

Susah nak pantau sama ada anak sudah minum air yang mencukupi atau tidak. Iyalah, terkadang kita ni sibuk dengan tugasan harian. Tak mustahil boleh terlepas pandang. Kita mahu anak minum air yang mencukupi dan harap anak-anak untuk minum air yang mencukupi. Cuma sebagai manusia yang tak lari dari khilaf, ada masa kita tak sempat atau terlepas pandang di dalam memastikan anak-anak telah minum air yang mencukupi mengikut kadar yang sepatutnya. Jangan risau… Masih ada solusi untuk kita membantu menggalakkan anak-anak untuk minum air yang mencukupi. Mungkin kita semua sama-sama boleh mencuba cara yang disenaraikan di bawah melalui pautan di SINI bermula dari hari ini. Winking smile

Tunjukkan Contoh Yang Baik

Ini adalah antara cara yang paling penting. Anda perlu jadi model contoh dan memimpin anak anda melalui teladan yang baik. Amalkan apa yang anda arahkan. Kanak-kanak belajar dengan mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Jadi apabila anda mengamalkan minum air yang mencukupi, maka anak-anak akan mengikuti anda dengan minum air yang mencukupi.

Memperkenalkan Pelbagai Jenis Cecair Kepada Anak Anda

Terdapat beberapa sumber cecair yang sesuai untuk penghidratan yang betul:

Air Minuman Biasa

Ini adalah pilihan yang paling penting.

Air Minuman Yang Dicampur

Jika anak anda tidak suka air kosong yang biasa, anda boleh cuba menambahkan hirisan lemon, limau atau oren untuk memberikan rasa semulajadi kepada air tersebut.

Jus Buahan Buatan Sendiri

Antara pilihan terbaik adalah jus buatan sendiri tanpa menambah gula ke dalamnya.

Sup / Susu

Sup adalah di antara makanan yang berkhasiat dan kebanyakan kanak-kanak menyukai sup. Susu, sekiranya anak anda tidak mengalami sebarang alergi terhadap susu lembu, susu adalah pilihan terbaik tetapi hadkan pengambilannya kepada 16 sehingga 24 auns sehari.

Buahan Dan Sayuran Segar

Ia mengandungi 90 sehingga 99 peratus air. Antara buah yang boleh anda berikan kepada anak anda adalah tembikai, tomato ceri, oren, pir, timun atau strawberi.

Pastikan Air Sentiasa Sejuk

Anda boleh menyimpan air sejuk di dalam peti sejuk atau anda boleh membuat ais atau aiskrim pop menggunakan buahan segar. Hanya perlu masukkan ais buah ke dalam segelas air biasa apabila anak mahu minum.

Buat Peraturan Wajib Minum Air Selepas Makan

Ini adalah cara terbaik untuk memupuk kebiasaan minum air dalam diri anak anda. Ia harus bermula dari usia muda, konsisten dan berterusan. Dengan mengulangi peraturan ini, anak anda akan dapat mengamalkan minum air mencukupi.

Memudahkan Akses Kepada Air Minuman

Simpan botol air di dalam jangkauan yang mudah untuk anak anda seperti di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan. Ini akan memudahkan mereka untuk mengambil botol minuman apabila mereka dahaga. Meletakkan unit dispenser air di rumah juga adalah merupakan salah satu di antara pilihan terbaik.

Berikan Kanak-Kanak Kebebasan Untuk Memilih Botol Minuman

Kanak-kanak boleh menjadi obses. Oleh itu, anda boleh membiarkan mereka untuk memilih sendiri botol minuman mereka dengan watak kartun kegemaran mereka. Anda boleh juga menyuruh anak-anak untuk mengisi botol dengan air untuk diminum. Mereka akan mematuhinya dengan senang hati.

Buatlah apa sahaja, janji anak-anak telah minum air yang mencukupi. Air tu kan sangat penting untuk penghidratan dan fungsi badan yang lain tidak kira untuk orang dewasa atau kanak-kanak? Winking smile Jadi, mulalah mengambil berat kadar air yang diminum oleh anak-anak bermula hari ini. Jangan tunggu lagi tau.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !