Cara OVERCOME EMPTY-NEST SYNDROM Atau SINDROM SARANG KOSONG

Farah Waheda Wahid
0
Cara OVERCOME EMPTY-NEST SYNDROM Atau SINDROM SARANG KOSONG
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Melihatkan dia membesar di dalam masa yang singkat jer pun dah berbaur-baur dah perasaan dalam hati Kak Fa ni. Apatah lagi membayangkan kalau-kalau satu hari nanti dia terpaksa tinggalkan rumah demi menuntut ilmu untuk satu tempoh masa yang tertentu? Crying face Mau meroyan Mommy dia sorang-sorang dekat rumah nanti? Heee… Jujurnya tak sanggup membayangkan dan jujurnya moga-moga kalau dia meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi nanti, In Shaa Allah… Kak Fa selalu doa yang semoga dia tak jauh dari Kak Fa. Jauh lagi weiii… Tapi fikiran dah bayang macam-macam. Jauh pun… Masa cepat berlalu kot? Tau-tau jer dah tiba masa. Kan? Kan? Kan? Al-maklumlah anak nan seorang sahaja. Mau tak rasa bercampur baur dan bayang macam-macam? Walaupun anak tu terpaksa berjauhan satu masa nanti disebabkan menuntut ilmu. Huuu… Kak Fa oh Kak Fa… Kadang-kadang bila terbayang situasi yang macam tu, terus rasa tak nak fikir. Kadang-kadang bila terbayang situasi macam tu terus rasa nak kerja kuat-kuat, cari duit banyak-banyak, simpan duit banyak-banyak semata-mata nak dia belajar dekat-dekat jer dengan Mommy dia. Sanggup tu! Muahahaha… Open-mouthed smile. Sebenarnya bukan tak boleh melepaskan, berat hati jer nak melepaskan… Sunyilah Mommy ni nanti kan Firash? Sebab tu, belajar-belajar mencari tahu cara overcome EMPTY-NEST SYNDROME atau SINDROM SARANG KOSONG ni.

Serius tau masalah ni… Bukan tak serius. Don’t play-play you alls. Lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang tinggal jauh atau bersendirian dari lokasi anak. Ibu bapa yang mempunyai anak yang semakin membesar pasti akan mula berasa risau kerana sudah terfikir tentang perpisahan yang bakal berlaku. Sindrom SARANG KOSONG atau EMPTY-NEST SYNDROME merujuk kepada perasaan sepi, kehilangan dan juga sedih yang dialami oleh ibu bapa apabila anak berpindah keluar dari rumah. Menurut kata Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie melalui artikel di SINI:

Sindrom ini melibatkan gangguan emosi yang boleh menjadi teruk kepada golongan ibu bapa yang berpisah dengan anak kerana mereka sudah terbiasa dengan kemeriahan dengan adanya anak-anak di sisi.

Apabila ada anak yang mula meninggalkan rumah dan memulakan kehidupan sendiri, perbezaaan suasana yang dialami memberikan kesan emosi terutama kepada mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan anak. Mereka yang sebelum ini ceria akan berubah menjadi hiba, sedih, rindu dan keadaan yang berlarutan boleh menyebabkan ibu bapa mengalami tekanan.

Faktor utama penyebab sindrom SARANG KOSONG ini berlaku apabila ibu bapa sukar menerima perubahan perkembangan hidup di mana sudah tiba masa untuk si anak hidup berdikari. Mereka masih merasakan anak mereka masih seperti bayi kecil yang baru dilahirkan. Selain itu, rasa kasih sayang yang masih menebal, kerinduan berserta kerisauan melampau mengenai keselamatan anak serta tidak percaya akan kemampuan anak untuk hidup berdikari.

Ibu bapa juga cenderung mempunyai perasaan takut jika mereka diabaikan atau dilupakan setelah anak mempunyai pasangan hidup. Keadaan akan bertambah teruk jika ibu bapa yang hidup bersendiri kerana ketiadaan pasangan sama ada bercerai, meninggal dunia atau faktor-faktor lain merasakan diri tidak lagi diperlukan oleh anaknya.

Cara Untuk Mengelak Dari Mengalami Sindrom SARANG KOSONG?

Menerima Perubahan Kehidupan

Cuba bantu anak anda untuk berjaya dan hidup berdikari. Pada masa yang sama, hargai kebebasan yang anda dan suami bakal miliki.

Mengakui Perasaan Anda

Orang kata makin dipendam makin memakan diri. Elakkanlah diri dari memendam rasa dan benarkan diri anda sendiri merasai juga mengakui rasa sedih dan kekecewaan itu.

Penuhkan Ruang Masa Yang Ada

Penuhkan ruang masa yang ada dengan aktiviti bermanfaat untuk diri sendiri khususnya peluang beribadat kepada-Nya. Jika sebelum ini terlalu sibuk menguruskan hal anak, kini tiba masa untuk sibukkan diri dengan menambah amalan kepada Allah SWT.

Dapatkan Nasihat Daripada Rakan Atau Ahli Keluarga

Dapatkan nasihat daripada rakan-rakan ataupun ahli keluarga yang boleh berkongsi pengalaman yang sama. Menulis jurnal atau meluahkan perasaan juga dapat membantu.

Berkongsi Pendapat Atau Merancang

Berkongsi pendapat atau merancang pelan masa hadapan bersama pasangan seperti keluar bercuti atau melakukan aktiviti luar seperti menanam bunga.

Kekalkan Rutin

Makan secara sihat dan melakukan senaman yang akan membuatkan anda kekal positif.

Berhubung Dengan Anak

Telefon, hantar mesej dan melakukan panggilan video supaya anda tidak merasa jauh dengan anak.

Baca macam senang kan? Tapi praktikal tak semudah itu… Tapi mudah tak mudah pun, kena tempuh juga kot? Bila dah tiba masa, memang itulah masanya. Nak tak nak, suka tak suka, tetap kena sesuaikan diri dan terima perubahan. Cumanya… Open-mouthed smile Besarlah harapan Mommy ni ha… Tak perlu jauh-jauh lah Firash… Dapat dekat dengan Firash pun dah cukup. Smile with tongue out. Dok membayangkan mau setiap masa setiap saat dalam sehari lebih dari sekali dua Kak Fa video call ataupun telefon Firash ni. Susah sebenarnya, tapi In Shaa Allah, Kak Fa akan cuba meredhai dan jangan terlalu risaukan anak. Huuuu… Cakap jer, tapi hati kata lain… Tapi kena cuba juga.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !