Akhirnya Boleh Makan Dengan Tenang Di Bucket B Cafe, IPC Shopping Center

Farah Waheda Wahid
0
BUCKET B CAFE (1)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kalaulah secara kebetulan ter-drop by IPC Shopping Center yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Kalaulah perut terasa lapar tapi tahu yang anda tak akan boleh makan dengan tenang disebabkan oleh keaktifan anak-anak kecil anda yang kadang kala tidak terkawal atau di luar kawalan, Kak Fa sebagai seorang ibu nak suggest satu lokasi di mana akhirnya boleh makan dengan tenang di Bucket B Cafe, IPC Shopping Center. Macam mana Kak Fa tahu? Secara kebetulan jer sebenarnya. Sebabnya hari tu Kak Fa bawa Firash untuk sesi video shooting yang melibatkan Firash bagi satu jenama FMCG di pasaran. Itulah pertama kali Kak Fa jejak ke kafe tersebut tetapi walaupun baru pertama kali, Kak Fa rasa sangat selesa dan tenang. Muahahaha… Open-mouthed smile Tak pernah rasa setenang itu bila menikmati makanan di luar bersama Firash. Itulah kali pertama Kak Fa rasa Kak Fa dapat menghadamkan makanan yang sebetulnya bila sendirian mengendalikan Firash di luar rumah. Smile with tongue out

Bucket B Cafe ni terletak di dalam IPC Shopping Center di aras 2 betul-betul bertentangan dengan Toys ‘R’ Us. Haaa… yang bahayanya untuk ibu bapa adalah kerana ianya bertentangan dengan Toy ‘R’ Us. Melainkan anak-anak kecil anda jenis yang mudah untuk berkompromi ataupun mahu mendengar pujukan. Itu pendapat Kak Fa lah sebagai seorang ibu yang berpengalaman sukar untuk memujuk atau divert attention Firash bila dah nampak kedai toys. Tapi, Alhamdulillah juga sebab berhadapan dengan Toy ‘R’ Us tu ada open space yang meletakkan indoor play area untuk kanak-kanak dan di dalam Bucket B Cafe tu sendiri ada play area yang akan melekakan Firash. Jadi dia tak adalah pun merengek ataupun tantrum nak ke Toy ‘R’ Us tu dan minta Mommy membelikan toys. Melainkan.. Mak dia ni sendiri yang gatal mulut offer dia untuk ke Toys ‘R’ Us tu. Makanya selagi keadaan terkawal, selagi boleh kawal, sabar situ jap… Tak payah nak mengada-ngada nak offer anak bila anak tak minta. Jangan biasakan… Betul tak? Ekekekee… Nyah-Nyah. Selagi kita boleh berjimat eloklah kita berjimat. Permainan dalam rumah tu pun dah berbakul-bakul sampai rasa nak jual pre-loved jer dah ni. I will… One fine day… I will definitely do that… Tak tertanggung-tanggung dah tengok barang-barang permainan Firash di rumah tu. Bukannya Kak Fa rajin membeli, tetapi kebanyakannya adalah hasil dari berblog dan juga hadiah daripada sepupu-sepapat, saudara-mara dan juga kawan-kawan Kak Fa. Huuuu… Memang taklah nak membeli permainan sangat… Mahal kot? Barang-barang permainan kanak-kanak sekarang? Sekotak sampai beratus-ratus ringgit. Eloklah simpan buat duit petrol ulang-alik pergi kerja setiap hari. Nak-nak lagi dengan keadaan Kak Fa yang banyak sangat-sangat komitment pada waktu dan ketika ini. Terus-terang memang tak mampu dan tak kesampaian rasanya nak mengeluarkan duit poket untuk membeli barangan permainan yang mahal-mahal tu.

Ehhh… Emosi pula bercerita tentang barang permainan kanak-kanak… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Ok, berbalik kepada cerita Bucket B Cafe, IPC Shopping Center. Dari segi makanan yang dihidangkan, apa yang Kak Fa boleh ceritakan adalah mereka menghidangkan makanan di dalam satu portion yang besar bagi Kak Fa. Bagi Kak Fa lah. Bagi orang lain Kak Fa tak tau. Sebab bagi Kak Fa, it is more than enough dan mengah juga Kak Fa nak menghabiskan satu pinggan tu. That day what I had were Mushroom Soup, Spaghetti Bolognese and Fresh Orange. Taste memang kena dengan tekak Kak Fa.

BUCKET B CAFE (1)

BUCKET B CAFE (8)

FoodMenu_A3_Copy
DrinksMenu_A3_copy

Yang menariknya, bukan setakat presentation di dalam gambar sahaja nampak menarik dan sedap makanan yang disediakan oleh Bucket B Cafe, tetapi in reality sememangnya presentation makanan dan juga rasa makanan di Bucket B Cafe sangat kena dengan tekak Kak Fa. Bukan apa, kadang-kadang tu bila kita pergi ke sesuatu restoran atau kafe, gambar jer nampak menarik memanggil-manggil dan sedap tetapi rasanya hancur ke laut. Waktu melakukan pesanan sebelum makanan sampai terasa berkobar-kobar semangat nak makan dan tak sabar. Bila sampai makanan, terasa alangkah hancurnya hati. Pernah tak mengalami situasi sebegini? Kak Fa kalau ada pengalaman macam ni memang taklah selepas tu nak ke kedai tu lagi, memang pangkah habis. Winking smile.

Buat pertama kali… buat pertama kali Kak Fa tegaskan, Kak Fa rasa kenyang bila berada di luar rumah dan mengendalikan Firash seorang diri. Selalunya memang buat alas perut mana yang sempat jer. Janji perut berisi dan tak masuk angin. Kali ni, memang Kak Fa rasa kenyang sangat-sangat. Alhamdulillah. Nak tahu sebabnya? Sebabnya Bucket B Cafe ni adalah merupakan cozy child friendly cafe yang terkawal. Terkawal macam mana tu maksud Kak Fa? Terkawal in terms, play area di Bucket B Cafe adalah berpagar. Di dalam kawasan yang berpagar. Jadi unsur-unsur secure sememangnya ada di situ.

Firash sewaktu sampai-sampai jer di Bucket B Cafe tempoh hari, memang tak pandang kiri dan tak pandang kanan lagi dah. Terus jer laju masuk ke dalam kawasan play area. Well, some parents might questions about cleanliness or hygiene. Untuk makluman semua, sebelum kanak-kanak dibenarkan masuk ke dalam kawasan play area tu, mereka akan dipastikan untuk sanitize tangan mereka terlebih dahulu dengan sanitizer yang disediakan oleh penjaga kawasan play area yang berkenaan sebelum masuk. Selepas dah sanitize barulah boleh masuk.

BUCKET B CAFE (7)

BUCKET B CAFE (4)

BUCKET B CAFE (5)

BUCKET B CAFE (6)

See? Nampak khusyuk dan leka kan Firash bermain di dalam dunia dia sendiri? Sebab tu, walaupun Kak Fa seorang yang mengendalikan Firash tempoh hari sewaktu sesi video shooting tu, Kak Fa tak rasa bimbang nak lepaskan dia bermain sendiri. Sebabnya dia berada di dalam kawasan yang dijaga dan terkawal dan tak mungkin dia lepas ke mana-mana. Jika ada pun, dia akan keluar sekali-sekali untuk cari Kak Fa. Check-lah Mommy dia ada ke tidak. Risau kan? Smile with tongue out. Ada jer Mommy dia enak menikmati makanan sendirian berhad. Tak pun, dia keluar tu sebab nak makan nak minum. Dahaga dah penat bermain.

Jadi kalau secara kebetulan anda berkunjung ke IPC Shopping Center yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya tu, jika terasa lapar dahaga, bolehlah berkunjung ke Bucket B Cafe ya? Winking smile. Di situ anda pasti boleh makan dengan tenang dan semua makanan dapat dihadamkan dengan sebaiknya. Firash sampai berkali-kali ulang sehingga hari ini, minta Kak Fa bawa dia ke sana lagi. Heeee… Tak ada keperluan memang susah sikitlah nak ke sana. Melainkan jika betul-betul ada keperluan. Kak Fa kan jenis hommy type? Nyah-Nyah. Susah sikit nak ukur jalan bila hujung minggu. Nak nak lagi dengan kesihatan Papa Kak Fa yang tidak mengizinkan sejak kebelakangan ni. Tak taulah bila lagi kami akan turun ke IPC Shopping Center tu. In Shaa Allah, jika ada rezeki nanti sampailah lagi ke Bucket B Cafe tu. Winking smile.

BUCKET B CAFE
ARAS 2, IPC SHOPPING CENTER
MUTIARA DAMANSARA
47800 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !