Home » , , , , , , , , , » 04.07.2012–04.07.2018 | Tough! Tapi Dah 6 Tahun Dah Rupanya Hari Ni…

04.07.2012–04.07.2018 | Tough! Tapi Dah 6 Tahun Dah Rupanya Hari Ni…

04.07.2012–04.07.2018  Tough! Tapi Dah 6 Tahun Dah Rupanya Hari Ni…

04.07.2012 – 04.07.2018 | Tough! Tapi dah 6 tahun dah rupanya hari ni… Alaaa… Acah-acah terperanjat pula yang kononnya rupa-rupanya dah 6 tahun dah usia ijab dan qabul Babah Firash dan Mommy Firash. Sedangkan? Kak Fa korang ni memang very attentive to details jer setiap hari ulang tahun kelahiran, setiap hari peristiwa istimewa dalam keluarga. Saja je kan? Ya… Hari ni marks the 6 years of ijab dan qabul for both of us. Tau dah 6 tahun dah… Tapi masih antara percaya tak percaya juga ni, dah 6 tahun. I was like… Really? 6 years? That fast? Surprised smile… Tu namanya acah-acah gedik juga tu sedangkan hakikatnya Iman Firash pun dah nak masuk 5 tahun dah pun this November 2018. So, yes! Dah 6 tahun dah.

Every marriage over time goes through challenges and difficulties. Still, just like a precious stone requires polishing to bring out its beauty. It’s the loving work together through those moments that makes the relationship truly priceless. 6 years of being his wife, banyak pengalaman dan banyak perkara yang Kak Fa dah lalui serta belajar. Mula-mula memang agak tak biasa tetapi lama-kelamaan sudah mula terbiasa. Nak tau tak apa yang Kak Fa lalui serta belajar?

Didik Hati Supaya Niat Tidak Terpesong

Berkahwin dengan niat kerana Allah SWT, bukan kerana harta ataupun pangkat.

Didik Hati Supaya Jaga Emosi

Sentiasa perlu menjadi orang yang bijak untuk menjaga emosi orang-orang di sekeliling.

Didik Hati Supaya Tahu Hak

Perlu sentiasa didik hati untuk sedar diri sendiri dan setakat mana hak Kak Fa.

Didik Hati Supaya Jaga Sikap

Zaman sekarang, sikap manusia walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan anda, suka memantau. Bukan sahaja memantau di alam nyata. Malah di laman media sosial pun sama sahaja. Jadi pandai-pandailah Kak Fa menjaga sikap Kak Fa ni ha, jangan nak seronok sangat kongsi itu kongsi ini. Sesetengah perkara perlu ada batasannya dan tak semua perkara perlu diceritakan atau dikongsi sehingga seluruh alam tahu secara terbuka.

Didik Hati Supaya Jangan Salah Sangka

Syaitan itu tetap ada tapi kena sentiasa didik hati supaya jangan salah sangka atas apa jua. Kena pandai pujuk hati sendiri tau.

Being his wife, Kak Fa tak pernah sekalipun terdetik terniat untuk menguasai dia dan mahu membanggakan diri bahawa suami tertarik kepada diri Kak Fa atas alasan-alasan tertentu. Siapa kita untuk menjamin diri kita adalah sangat istimewa ya tak? Tak perlu berbangga tentang diri sendiri yang belum tentu tempatnya di akhirat nanti. Kak Fa belajar untuk memahami, isu yang tidak akan pernah habis jika Kak Fa memilih untuk fokus kepada manusia yang tidak berkaitan dengan kami yang mana hasilnya jiwa Kak Fa sendiri yang merana, menderita, memendam rasa, berendam air mata dan penuh dengan penyakit, baik penyakit hati, mental mahupun fizikal, penyudahnya tempat kita di dalam neraka. Bukan mudah tetapi perlahan-lahan Kak Fa menjadi semakin kental dari hari ke hari.

6 tahun dah pun kan? With our marriage age at this moment, looking forward Kak Fa hanya harap yang baik-baik dan doa yang baik-baik sahaja. Baarakallahu laka (semoga Allah SWT memberikan keberkatan). Ya Rabb… Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala jauh dan dekat, serta saling menyempurnakan ibadah. Jadikanlah kami pasangan yang bertemu di akhirat kelak. Amin amin ya rabbal alamin.

I am a one tough woman to handle tapi tersangatlah manja – bukan tak makan nasihat, bukan engkar… Open-mouthed smile. Amboiii…jangan cepat sangat nak buat konklusi sendiri boleh? It’s just that, I am a woman with opinions, thinking and terlalu ambitious at times… yang mana bila suami cakap A, Kak Fa akan ada pemikiran dan cakap B, C and D… Bukan melawan tau… I threw out my ideas and thinking, mencuba kot-kot what I have in mind acceptable and tolerable… Cubalah… Kalau tak beritahu mana dia nak tahu what we feel, what we experience and what we feel kan? Kalau untung sabut timbul, kalau untung batu tenggelam… Muahahaha… Smile with tongue out Bila tenggelam tu, pandai-pandai sendirilah nak hadap dan nak hadam apa pun yang datang… Being two doing the tango, tak semestinya pemikiran dan pendapat selalu seiring, ada masa masing-masing punya pandangan dan pendapat masing-masing yang tersendiri… Itu asam garam kan? Winking smile
Terimakasih telah membaca artikel 04.07.2012–04.07.2018 | Tough! Tapi Dah 6 Tahun Dah Rupanya Hari Ni…. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. Alhamdulillah...selamat ulangtahun pernikahan Kak Fa...moga terus siaga mempertahan dan memperjuangkan rezeki dan amanah daripada Allah ini...aamin.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.