Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia

Farah Waheda Wahid
0
OUR KOOL-EST RAYA AT SUNWAY LAGOON MALAYSIA

Tak sangka, this is our  Freezing kool-est Raya at Sunway Lagoon Malaysia. Ingatkan sekadar biasa-biasa jer kalau suka-suka pergi ke Sunway Lagoon sewaktu musim cuti Raya. Ingatkan suasana di Sunway Lagoon seperti hari-hari biasa. Maksudnya tak adalah nampak mood Raya ke apa ke kan? Tapi… OMG… This is so cool baby! Jejak kaki ke Sunway Lagoon di Syawal keenam benar-benar membuatkan orang yang kampung dekat-dekat ajer seperti Kak Fa ni terasa kemeriahan Raya. Tapi… Dengan cara yang berbezalah kan? Winking smile Hipster sedikit sambutannya. Walaupun hipster tetap terasa seperti Raya! Seronok pula… Yeay… At least my decision untuk habiskan sisa-sisa cuti Raya this year terasa berbaloi sangat. Anak happy, Mommy pun happy.

Apa yang best sangat tu? Macam-macam bendalah yang menarik bersempena dengan Kempen Kool Raya yang bermula dari 15 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018 ini. So… To those yang terasa macam tertarik-tarik jer nak rasa kemeriahan beraya di Sunway Lagoon bersempena dengan Kempen Kool Raya di Sunway Lagoon Malaysia, masih ada masa lagi untuk anda ke Sunway Lagoon sehingga hari Ahad ini, 24 Jun 2018. Sampai weekend ni sahaja tau? Seronok, is all I could say and comment on this second paragraph. Smile. For more, then you need to read on to know…



Early morning, Kak Fa, Firash dan nenek Firash dah sampai ke Sunway Lagoon. Semuanya semata-mata tak nak sampai pada waktu dan ketika cuaca terik sangat. Tak larat oiii… Kalau matahari dah mencacak atas kepala baru nak beriadah. Panas matahari sekarang lain macam kan? Silap-silap haribulan boleh sakit kepala tak tertanggung. Itulah tujuannya… Heee… Open-mouthed smile. Sampai lebih kurang 9.10 pagi, ding dong ding dong… Nak ambil tiket masuk semua tu, tiba-tiba semua yang ada di foyer utama Sunway Lagoon Malaysia disambut dengan Welcome Dance dari Sunway Lagoon Dancers Troop. Meriah! Terus rasa tiba-tiba aura Raya tu memang ada di Sunway Lagoon bila dengar lagu Raya tu berkumandang.

Ingatkan dah habis setakat Welcome Dance tu jer… Rupa-rupanya tak habis lagi… Ehhh… Sunway Lagoon ni betul-betul beraya ni. Pertama kali-lah kot dalam hidup Kak Fa selama 35 tahun, Kak Fa sambut Raya di taman tema. Taman tema yang diberikan jolokkan Asia’s Best Attractive pula tu. Apa yang Kak Fa nampak tak sama dengan apa yang ada pada hari-hari biasa. Captain Quack dan Lady Quack yang semua orang tahu jika dah biasa berkunjung ke Sunway Lagoon, sebagai maskot Sunway Lagoon pun beraya ok? Penampilan berbeza dari hari-hari biasa. Uniform pun sudah tukar dah… Berbaju raya Captain Quack dan Lady Quack sambil-sambil mengajak kami berjoget lambak bersama-sama. Tak percaya? Sila tonton video yang Kak Fa sediakan di bawah.


Kak Fa berjoget lambak juga ke? Tak lah… Firash jer yang sakan berjoget lambak bersama Captain Quack dan Lady Quack. Payah tau tak nak suruh anak bujang tu berhenti berjoget lambak. Muahaha… Syok betul dia… Kak cukuplah sekadar bergambar bersama Captain Quack and Lady Quack as well as the troops. Gembira sedikit rasa hati, tiba-tiba terasa… Wah seronoknya, besarnya keluarga Kak Fa. Really… They really giving me the sense of belonging with their warm welcome. Red heart.

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (2)

Berbalik kepada cerita Firash berjoget lambak dan tak boleh nak berhenti tu… Huuu… Kak Fa hanya dapat hentikan dia setelah Kak Fa beritahu dia, yang sekejap lagi kami akan beraya dengan Spongebob dan Patrick. Watak kartun yang dia baru jer belajar untuk suka akan beraya dengan dia. Haaa… Barulah dia nak berhenti. Kalau tak, tak taulah sampai bila dia asyik bergoyang dengan Captain Quack dan Lady Quack.

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (3)

Kanak-kanak kan? Dia ingatkan yang Spongebob dia tengok dalam televisyen tu betul-betul wujud dalam alam nyata sedangkan yang wujud tu cuma manusia yang memakai sarung Spongebob. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Perasaan gembira dia tu memang tak terkata-kata. Senyum sampai ke telinga bila dapat beraya dengan Spongebob dan Patrick.

Dah dah lah tu kan? Beraya dengan Spongebob dan Patrick… Bila jejak Sunway Lagoon ni memang banyak tempat nak explore dan memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Bagi kita yang dewasa ni, bagi Firash, all that was on his mind, nak mandi dan nak mandi dan nak mandi, nak swim dan nak swim dan nak swim. Tu jerlah. Hati tu kalau kita dapat tengok macam mana melonjaknya hati dia, kita pun boleh jadi seronok tengok hati dia melonjak ok?

Next station, Mali Cove… Tempat kegemaran kami sekeluarga setiap kali pergi ke Sunway Lagoon. Firash nak berendam sangat kan? Kita bagi dia berendam puas-puas sampai kecut jari-jemari. Kak Fa tak adalah nak berendam sangat pun, it’s more on Firash. Sesekali bagi dia seronok.

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (1)

Kegemaran... Tapi nak curi2 minum air pool tu... 😅... Memang kena tegurlah pun... Syawal di @sunwaylagoonmalaysia memang cool! Sambil2 dia berenang2 dengan gembiranya... Sambil tu bolehlah any of the family members Kak Fa bersuka ria cuci2 mata di Surf Beach Raya Bazaar from 12pm to 4pm. Lepas tu bolehlah take part dalam activities such as Giant Jenga, Anyam Ketupat, 4D Twister, Henna Mehndi and Tornado Blast Challenge. 😉 #SLKoolRaya #SunwayLagoonMY #raya #raya2018 #aidilfitri #aidilfitri2018 #syawal #syawal2018 #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #malaysianblogger #blogger #bloggermalaysia #bloggerMY #mommyblogger #mommybloggermalaysia
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on


Sambil-sambil dia berendam, nenek tolong monitor, Mommy larikan diri sekejap ke Surf Beach pada jam 12.30 tengah hari. Kalau nak tau, sepanjang 15 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018, ada makanan Raya seperti Lemang dan Ketupat. Haaa… Pernah tak makan Lemang dan Ketupat di taman tema air? Ekekeke… Selalu makan dekat rumah jer kan? Ini makan Lemang dan Ketupat di Sunway Lagoon. Rare tak? Rare kan?

Apa lagi yang ada? Aktiviti menarik seperti Giant Jenga, Anyam Ketupat, 4D Twister, Henna Mehndi dan Tornado Blast Challenge. Untung sabut timbul… Mana tau kan? Tiba-tiba bertuah pula dapat Malindo roundtrip flight tickets ke Medan dan juga baucar diskaun Sunway Lagoon? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau kan? kan? kan?

Budak-budak bila dah berendam, sejuk pasti lapar… Ada satu tarikan terkini untuk anak-anak kecil yang sekarang ni dilanda fenomena Baby Shark… Kanak-kanak berpeluang untuk bergambar bersama-sama backdrop PinkFong Baby Shark Bash yang disediakan di Mali Cove dan menjamu selera dengan Baby Shark Combo Meal ataupun PinkFong Baby Shark Ice Cream. Harga Baby Shark Combo Meal adalah RM 18.00 dan apa yang anda akan dapat adalah set makanan nugget, air, PinkFong Baby Shark Ice Cream bersama-sama dengan Kool Shades. 

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (6)

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (4)

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (5)

Our Kool-est Raya At Sunway Lagoon Malaysia (7)

Selera Firash makan… Ha ha ha… Kalau hari-hari berselera makan macam ni… Dapatlah Mommy tengok Firash jadi bam-bam ya tak? Dah berendam lama, haruslah lapar… Tak apa, tak apa, Mommy bagi peluang untuk Firash caj bateri. Sebabnya, sah-sah lepas tu nak sambung berendam lagi.

Kira-kira, ini beraya di dalam gabungan elemen tradisional dan moden lah ni di Sunway Lagoon. Satu pengalaman baru bagi kami sekeluarga. Iyalah, time-time Raya ni lah waktunya kita nak spend masa berkualiti bersama yang tersayang dengan apa jua cara sekalipun kan? Bagi Kak Fa, tahun ni, Kak Fa bagi Firash merasa sambutan Raya dengan sesuatu yang agak hip dan meriah di lokasi yang berbeza. Dalam masa yang sama, Kak Fa mendedahkan Firash juga kepada suasana sambutan rumah terbuka Hari Raya secara klasik di dalam rumah kampung yang terletak di kawasan Carousel berdekatan dengan pintu masuk Sunway Lagoon.

Seronok kalau dapat beriadah di Sunway Lagoon ni, nikmati 40% potongan daripada harga tiket masuk apabila anda membeli tiket Sunway Lagoon dengan Maybank QR Pay ataupun apabila anda membeli secara online pakej cuti sekolah istimewa Sunway Lagoon. FAMFun (2 Adult 2 Child) pada harga RM368.00 ataupun 4-To-Go (4 Adult) pada harga RM 432.00.

Pergi tau Sunway Lagoon secepat yang boleh dan nanti kalau dah dapat Best Day Ever pictures sewaktu Raya ni di Sunway Lagoon, jangan lupa muatnaik ke laman sosial media anda dengan #SKKoolRaya dan #SunwayLagoonMY.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sunway Lagoon, anda boleh dapatkan dari Laman Web Rasmi Sunway Lagoon Malaysia atau  Laman Facebook Sunway Lagoon Malaysia.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !