Mommies RAYA “MUST HAVE” Essential Oils

MOMMIES RAYA MUST HAVE ESSENTIAL OILS
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Mood Raya sudah muncul, cerita Raya sudah mari… Tak sabar pula rasanya nak mula bercuti minggu hadapan. Winking smile. Pergi kerja pun dah mula pasang lagu Raya dalam kereta dan menyanyi lagu Raya dalam kereta. Ha ha ha… Open-mouthed smile Over tak Kak Fa. Sebut pasal Raya, situasi beraya sewaktu sebelum beranak-pinak dan setelah beranak-pinak terlalulah jauh perbezaannya kan? Hanya yang bergelar ibu yang memahami. Terutama bila ada anak-anak yang masih lagi kecil. Macam-macam kerenah, macam-macam ragam, macam-macam cerita. Walaupun baru jer nak masuk 5 kali beraya dengan anak, tapi Kak Fa dah cukup faham dah rentaknya bila beraya dengan anak kecil ni. Sebab tu, sejak-sejak menjebakkan diri dengan Essential Oils ni, tahun ni Kak Fa nak bersiap-sedia dulu sebelum Raya. Winking smile. Kak Fa kena pastikan yang Kak Fa jinjing beberapa Essential Oils dengan Kak Fa sewaktu aktiviti ziarah-menziarahi atau lawat-melawat berlaku. Beberapa Essential Oils ni, Kak Fa rasa memang Mommies RAYA “MUST HAVE” Essential Oils. Dan senarai Essential Oils ni lah juga Kak Fa akan letak dalam kereta untuk standby.

Apa yang Kak Fa nak jinjing ke sana ke mari tu ya?

Singles

Lavender

Setakat ini, ini adalah kegemaran Kak Fa untuk Firash. Untuk Firash ya? Untuk Firash… Ha ha ha… Nyah-Nyah. Adalah sebab kenapa kan? Sebab, sehingga ke hari ini, ia sangat membantu Kak Fa di dalam handling Firash. Al-maklumlah anak awak ni ceria dan aktif sepanjang masa. Tapi kadang-kadang boleh jadi grumpy and grouchy juga. Dengan fungsi calming, relaxing and balancing, sedikit sebanyak Lavender Essential Oils berjaya membantu Kak Fa untuk mengawal Firash dengan mudah sedikit. Silap-silap haribulan kalau Kak Fa sedang menghadapi masalah wanita pun Kak Fa boleh gunakan sekali Lavender ni. Winking smile

MOMMIES RAYA MUST HAVE ESSENTIAL OILS (3)

Lemon

Ini memang kena standby. Memandangkan anak bujang kita tu boleh dikatakan bila-bila masa jer boleh berubah suhu badan terutamanya kalau dah berpanas berhujan… Budak-budak biasalah kan? Bila dah seronok beraya, apa pun tak ingat, lepas tu bila immune system dah lemah, dah mula terganggu, demam pun boleh hinggap. Lemon setakat ini sangat membantu di dalam mengawal suhu badan Firash ketika demam. Lemon juga adalah merupakan immune booster.

Singles

Copaiba

Manalah tau, kot dah beria galak sangat beraya, tersepit sana ke? tersepit sini ke? Ter-heading sana ke? Ter-heading sini ke? Kalau ada Copaiba bersama-sama yang dah standby, boleh terus sapu jer… Sebabnya Copaiba ni bagus untuk disapu pada otot-otot yang sakit. Powerful dan boleh dijadikan sebagai pain relief. At least, tak perlu berlama-lama menangisnya kalau apa-apa jadi sampai hingus meleleh. Rolling on the floor laughing. Baju Raya Firash basah dengan air mata, baju Raya Kak Fa basah dengan air mata dan peluh dia. Nyah-Nyah

Singles

Frankincense

Kemenyan Arab yang mempunyai 1001 kebaikan. Pakai kasut raya lepas tu ada blisters. Al-maklumlah kasut baru… Ketat sikit ke? Lupa nak gigik ke? Kasut baru kadang-kadang makan tuan ya tak? Smile with tongue out. Sapu jer Frank ni ha… Frank sedia membantu. Untuk mood yang negatif pun bagus jugak. Kot-kot lah depresi tiba-tiba kan? Manalah tau kan? Macam-macam faktor boleh menyumbang kepada depresi anak-anak ni.

Singles

Peppermint

Ni seakan dah jadi favourite Kak Fa dah ni, setiap hari pun ada dalam handbag. Kak Fa dah tak makan Panadol lagi dah sejak-sejak menjebakkan diri dengan Essential Oil ni, sakit kepala jer, migraine jer, ini yang Kak Fa cari dulu. Kalau mengantuk pun, ini juga yang Kak Fa akan hidu. Sedap weiii bau Peppermint ni. Macam hari tu, masa Firash mula-mula rasa suhu dia nak naik,  Kak Fa terus sapukan pada tapak kaki dia selang 30 minit. Alhamdulillah lah suhu dia cepat turun. Baru-baru ni Kak Fa sakit tekak, rasa macam nak telan susah, Kak Fa sapu jer kat leher, dalam masa sehari dah boleh telan makanan dan air liur seperti sediakala. Serasi Peppermint ni dengan Kak Fa. Kot-kotlah kalau sakit perut, boleh juga sapukan pada Firash ni, cuma bila nak sapu pada Firash kena dilute dulu kot, sebab takut dia tak tahan.

Singles

DiGize

Budak-budak, kadang-kadang bila dah beraya banyak-banyak rumah boleh kembung perut sebab minum air campur-campur. Makanya, kalau perut kembung boleh gunakan DiGize untuk membantu memberikan kelegaan, tapi untuk Firash Kak Fa kenalah dilute dulu. Kalau sapu terus jer, mau teriak sebab berangin hebat tu… Muahahaha… Rolling on the floor laughing. Kalau ter-cherry berry pun, ini jugalah boleh digunakan untuk melegakan. Tak payah beli pil Poh Chai kat kedai yang dah mahal sekarang ni.

Singles

PanAway

Pain reducer! Melegakan bengkak dan ketidakselesaan akibat sprains, muscles, cramps dan banyak lagi.

Singles

Purification

Membersihkan dan meneutralkan udara dari kekotoran dan bau busuk seperti asap rokok dan bau kepam. Membersihkan luka dan mengurangkan bengkak akibat gigitan serangga. Biasalah dah Raya… Kadang-kadang kita tak boleh nak anticipate benda-benda kan? Dah pergi sana sini, jumpa ramai-ramai saudara mara. Macam-macam kisahlah.

MOMMIES RAYA MUST HAVE ESSENTIAL OILS (11)

R.C.

Melegakan selesema, batuk, sakit tekak ketika musim beraya. Manalah tau, masa Raya tiba-tiba anak tak sihat pula kan? Benda-benda macam ni kita tak boleh nak cakap.

Singles

Stress Away

Sebelum emosi tidak menentukan… Muahahaha… Sebelum termenangis lebih-lebih, terhangin lebih-lebih… Elok-eloklah bawa standby dalam handbag Stress Away ni. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, membantu untuk memberikan ketenangan dan melawan tekanan. Sesuai nau dengan anak yang selalu sangat tantrum dan hyper.

Singles

Thieves

Ingat Thieves, ingat tonsil… Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Mentang-mentanglah baru baik tonsil. Thieves ni anti-viral, antiseptic, anti-bacterial dan anti-infectious.

Ohoiii… Semua Kak Fa nak bawa ni? Dengan diffuser sekali silap-silap Kak Fa angkut nanti ni kang. Susah apa? Letak ajer dalam ni ha.. Beg yang dikhaskan untuk diffuser dan juga segala bagai Essential Oils. Winking smile. Ganti beg susu dengan diapers. Anak dah besar kan? Tak perlu nak mengangkut banyak-banyak barang lagi. Huuuu… Jadi buat penambahan sedikit tak ada salahnya…

MOMMIES RAYA MUST HAVE RAYA ESSENTIAL (15)

Kak Fa tak adalah nak meracun ke apa… Tapi yang tau tu taulah… Tapi yang belum tau, kalau nak mencuba boleh jer kalau nak cuba… boleh dapatkan konsultansi dan juga beli produk-produk ni semua dari:

HidayahS
YL Independent Distributor

http://www.wasap.my/60137319244

http://www.wasap.my/60137319244

http://www.wasap.my/60137319244


Bagi Kak Fa, Kak Fa perlu semua ni dan sebab tu Kak Fa kata, it is a Mommies RAYA “MUST HAVE” Essential Oils… Sesiapa yang sekapal, sep sikit! Winking smile

Terimakasih telah membaca artikel Mommies RAYA “MUST HAVE” Essential Oils. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.