Home » , , , , , , , , » Mommies 101 #1: Cara Untuk Kawal dan Turunkan Suhu Badan Anak Yang Tidak Sihat

Mommies 101 #1: Cara Untuk Kawal dan Turunkan Suhu Badan Anak Yang Tidak Sihat

Cara Untuk Kawal Dan Turunkan Suhu Badan Anak Yang Tidak Sihat (4)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Mommies 101 #1: Cara Untuk Kawal dan Turunkan Suhu Badan Anak Yang Tidak Sihat – Kisahnya… Malam semalam bila dah tengok pipi dan bibir Firash dah mula memerah… Kak Fa dah tau dah, itu petanda yang suhu badan Firash akan mula meningkat secara perlahan-lahan… Bab-bab ni memang Kak Fa sangat alert… Bagi yang tau history tu taulah kenapa kan? Bagi yang terlepas pandang, baru sahaja mengikut www.bubblynotes.com kenalah rajin-rajin godek-godek entri lama Kak Fa… Tajuknya 12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam!!!. Kak Fa dah tak larat nak ulang lagi cerita tu sebab banyak kali sangat Kak Fa ulang. Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Sajalah nak berkongsi dengan semua ibu-ibu yang mempunyai bayi dan juga anak-anak kecil di rumah. Kalaulah berlaku keadaan di mana suhu badan anak sudah mula naik, mungkin anda boleh juga lakukan perkara yang sama Kak Fa lakukan malam tadi dan juga sekarang ini. Bila suhu badan anak sudah mula meningkat sahaja sekarang, laju-laju Kak Fa akan terus mencari tiga jenis Essential Oils dari Young Living iaitu Peppermint, Lemon dan juga Thieves. Tak boleh tangguh-tangguh dan tak boleh ternanti-nanti dah. Bila dah detect jer perubahan suhu pada badan Firash, ini perkara pertama yang terlintas di dalam kotak pemikiran Kak Fa.

Untuk apa? Inilah yang nak cerita satu persatu ni. Nak kongsi dengan semua ibu-ibu, ayah-ayah di luar sana tu apa yang Kak Fa lakukan dengan ketiga-tiga jenis Essential Oils dari Young Living ni. Ianya adalah sebagai satu alternatif yang bolehlah kot diklasifikasikan sebagai natural or organic remedy.

Peppermint

Singles

Apa yang Kak Fa lakukan adalah Kak Fa dilute dulu Peppermint dengan Coconut Oil disebabkan Peppermint di bawah kategori minyak yang panas untuk Firash. Dia tak tahan kalau pakai raw jer macam tu. Kemudian, Kak Fa akan sapukan di tapak kaki, ubun-ubun kepala dan juga sekitar kawasan belly Firash.

Lemon

Cara Untuk Kawal dan Turunkan Suhu Badan Anak Yang Tidak Sihat (2)

Untuk Lemon, Kak Fa akan dilute juga sebab kulit Firash agak sensitif dengan Lemon. Kemudian setelah dilute Kak Fa akan sapukan di spine Firash. Selain tu, Kak Fa akan titikan 1 atau 2 drops of Lemon Essential Oil ni ke dalam air mandian Firash dan mandikan Firash dengan air yang tersebut. Rasanya, kebanyakan ibu bapa tahu tentang bagaimana Lemon sememangnya membantu di dalam menurunkan serta mengawal suhu badan anak daripada terlalu panas. Kalau tak pasti boleh rujuk entri lama Kak Fa yang bertajuk Suhu Tinggi??? Mandian Lemon Adalah Berkesan.

Thieves

Singles

Thieves Essential Oil ni Kak Fa tak dilute pun, terus jer sapu di tapak kaki Firash. Sebab melalui ujian sensitiviti yang Kak Fa lakukan, kulit Firash tak ada masalah dengan Thieves. Selain sapu, Kak Fa akan diffuse Thieves dengan menggunakan Dew Drop Diffuser dari Young Living.

Berkesan ke semua cara ni? Alhamdulillah, setakat ni, ikhtiar Kak Fa yang satu ni menampakkan Firash lena serta selesa tidur, sambil-sambil suhu badan juga terkawal. Sepanjang ber-Essential Oil ni, setakat ni, Kak Fa belum dapat lagi bacaan 38 mahupun 39. Syukur sebab Firash serasi dengan ikhtiar Kak Fa yang satu ini. Mak ayah lain di luar sana boleh juga cuba tips yang Kak Fa kongsikan ini. Mana tau kalau-kalau serasi dengan anak-anak kecil anda kan? In Shaa Allah… Mudah-mudahan, dengan izin Allah SWT kan? Kesembuhan itu hak Allah SWT. Smile
Terimakasih telah membaca artikel Mommies 101 #1: Cara Untuk Kawal dan Turunkan Suhu Badan Anak Yang Tidak Sihat. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. nice sharing fara.... mg risau la kalau anak2 dh mula demam kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.