Kembang Kempis Nafas Bila ANAK LASAK Pergi Beraya…

Farah Waheda Wahid
0
KEMBANG KEMPIS NAFAS BILA ANAK LASAK PERGI BERAYA...

Bukannya sombong. Bukannya tak ingatkan tali persaudaraan mahupun persahabatan. Bukannya tidak mahu mengeratkan silaturahim. Secara jujur dengan terus terang, telah Kak Fa ukur baju di badan Kak Fa yang tembun ni sendiri, sama ada sesuai ataupun tidak untuk menjinjing anak kecil yang sedang melasak itu. Ada orang boleh terima, ada orang boleh faham. Tetapi, harus diingat, tidak semua orang boleh terima dan tidak semua orang boleh faham. Bukan bersangka buruk tetapi ada di antara kita-kita-kita ni terkadang senyum di hadapan, mengomel di belakang. Hari baik, bulan baik ni, tak maulah menggalakkan aura negatif begitu kan? Elok-elok dari niat untuk mengeratkan silaturahim tetapi nanti lain pula jadinya. Bila ada anak yang sedang di dalam fasa melasak, kembang kempis nafas bila ANAK LASAK pergi beraya… Risau, cukup-cukup risau… Macam-macam perkara ada dalam bayangan kotak pemikiran Kak Fa ni. Kadang tu, I’d rather stay at home dari berjalan raya. Bila memikirkan kondisi si anak kecil yang berada di fasa melasak dan suka menyakat itu. Benar anak kecil penyeri suasana, tapi tak nak dengar perkara yang tak menyeronokkan telinga untuk didengar dan tak nak berlaku insiden-insiden yang tidak dingini seperti pemegang langsir runtuh ke? pintu rosak ke? pasu pecah ke? gelas pecah ke? Tau tak? Hakikatnya, bila anak di dalam fasa melasak, ada masa-masa sejuta kali Kak Fa ni berfikir sama ada nak berjalan raya atau menghadiri mana-mana majlis jamuan ataupun tidak… Hu hu hu… That is the truth…

Bila setiap kali pergi beraya atau mana-mana jamuan, di usia dia 4 tahun 7 bulan ni, salah satu acara Kak Fa adalah tegak duduk dan berlari-larian sambil memantau si kecil molek Kak Fa yang seorang itu. Terkadang tanpa segan silu, mulut ni melebar tanpa mengira orang sekeliling. Suara Kak Fa jer yang dengar. Biarkan tuan rumah kata, biarlah, budak-budak memang macam tu. Pantau tetap pantau. Sebelum terjadi biar beringat. Tak nak sampai anak kita merosakkan harta benda orang lain dan membuatkan orang lain tidak berpuas hati dalam diam. Memang benar tidak elok bersangka buruk. Akan tetapi, bagi Kak Fa sebagai seorang ibu, biarlah Kak Fa fikirkan yang negatif sebelum positif. Biarlah orang nak kata Kak Fa punya mulut lebar macam mana ke, janji Firash tak buat sesuatu yang tidak sepatutnya.

Kak Fa pernah kongsikan dulu, di dalam entri Kak Fa, Tips Beraya Buat Geng ANAK LASAK dan ANAK RAMAI! Ada 9 tips di dalam entri tersebut… Kalau rajin, klik dan bacalah. Cuma untuk entri kali ni, melalui pengalaman sendiri dan juga hasil rujukan pembacaan Kak Fa di artikel melalui pautan di SINI, mungkin selain daripada tips yang patut kita lakukan sebagai ibu bapa, kita juga sudah boleh mula melatih anak-anak kecil kita adab beraya yang mana di antara yang dikongsikan melalui artikel yang berkenaan:

Bersedia Dari Segi Fizikal Dan Mental

Kak Fa sebagai seorang ibu, personally selalu berkata-kata kepada diri Kak Fa, kalau Kak Fa tak bersedia dari segi fizikal dan mental, eloklah Kak Fa tak proceed dengan planning nak beraya atau menghadiri mana-mana jamuan. Huuu…. Itu untuk seorang ibu, tapi untuk anak pula, apa yang perlu dipastikan adalah, pastikan anak sudah bersedia untuk keluar menziarah sanak saudara di Hari Raya. Hal ini sangat penting, terutamanya bagi anda yang mempunyai bayi yang masih kecil. Pastikan bayi telah diberikan susu atau makanan secukupnya. Macam dalam kes Kak Fa disebabkan Firash ni picky eater, tak semua makanan dia makan, dah tentu-tentu dia takkan makan dekat mana-mana rumah, Kak Fa selalunya akan singgah di KFC atau Mc Donalds untuk bagi dia makan dulu. Biar dia kenyang dulu.

Plus, ada baiknya sekiranya anak-anak membuang air kecil atau air besar terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah. Jadi, ianya tidaklah mengganggu jadual perjalanan dan juga mood ibu bapa sendiri yang perlu menguruskan anak-anak kecil. As an additional, sejak-sejak terjebak dengan Essential Oil ni, Kak Fa lebih suka sapukan dulu Essential Oil pada Firash supaya terkawal sedikit tingkah laku dia bila berada di rumah orang. Kadang-kadang tu menjadi, kadang-kadang tu terpaksa top up juga.

Pertimbangkan Keadaan Anak Ketika Beraya

Teruja macam mana sekalipun ibu bapa nak beraya di rumah sahabat handai mahupun saudara mara, kena tengok juga mood anak tu. Elok ke tak elok anginnya. Selalunya, if mood Firash tak berapa nak elok, asyik tantrum atau meragam jer, Kak Fa akan postpone plan Kak Fa ataupun Kak Fa cancel-kan ajer. Better macam tu, pada Kak Fa, sebab barulah selesa dan dalam mood yang baik. Ha ha ha… Open-mouthed smile Mak-mak tau kan? Macam mana rasanya bila anak moody, tantrum. Mula-mula maybe ok, tapi lama-kelamaan kita yang handle anak ni akan jadi moody sama. Bila sampai satu level dah hilang tahap kesabaranlah. Perkara ni realiti, don’t deny it ok?

Terutama untuk anak-anak yang masih bayi. Bayi memerlukan tidur yang cukup. Elakkan beraya sampai lupa diri sampai lewat malam baru nak jejak rumah. Anak-anak kecil memang akan surrender dan mudah letih. Ingat tau. Lebih-lebih lagi kalau full day punya programme. Huuuu…. Sian diaorang.

Kawal Pergerakan Dan Tingkah Laku Anak

Bila ada di rumah orang, mata mak ayah ni kena tajam memerhatikan gelagat anak kecil masing-masing. Pastikan mereka berada berhampiran dengan kita. Kak Fa kalau hilang sikit jer, senyap sikit jer, mulalah macam cacing kepanasan Kak Fa korang ni ha. Bagi Kak Fa tak patut biarkan dia berkeliaran di luar rumah mahupun dalam rumah orang yang sekeluarga Kak Fa kunjungi. Risau dia buat sepah, rosakkan barang dan membahayakan diri sendiri. Bila dah over the board, itu yang melebar mulut Kak Fa, tak kiralah rumah siapa pun. Huuu….

Hargai Harta Benda Tuan Rumah

Risau weiii, sangat-sangat risau kalau anak rosakkan, pecahkan harta benda tuan rumah. Anak kecil memang belum berakal untuk memahami tentang nilai sentimental yang ada pada barangan tertentu. Tugas mak ayahlah nak kena perhati.

Anggap Rumah Yang Dikunjungi Seperti Rumah Sendiri

Bukan buat macam rumah sendiri. Jangan silap faham, tetapi bila dah sedar diri anak kecil kita tu lasak, katalah terjadi insiden anak menumpahkan air atau menaburkan makanan yang dihidangkan, mak ayahlah bertanggungjawab untuk mengemasnya semula. Jangan biarkan hal ini dilakukan oleh tuan rumah.

Jangan Ajar Anak Untuk Meminta Duit Raya

Dari bayi sampailah sekarang, sekalipun Kak Fa tak pernah ajar Firash untuk meminta-minta duit raya. Ada ada, tak ada tak ada. Kak Fa tak suka nak lihat anak Kak Fa meminta-minta duit raya dari tuan rumah. Kalaulah, if ever the incident occur once (minta tak lah kan), terus-terang Kak Fa terus tepuk jer mulut Firash. Huuuu…. Pemberian duit raya adalah berdasarkan niat si pemberi. Ajar anak-anak untuk menghormati bulan Syawal sebagai bulan untuk beramah mesra sesama saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Ajar Anak Hargai Duit Raya Yang Diterima

Kalaulah anak-anak membuka duit raya di hadapan tuan rumah, didik dia adab yang betul. Pesan agar dia buka sampul raya tersebut setelah berada di dalam kereta atau ketika berada di rumah sendiri. Kid says the darndest things kan? Kadang-kadang selamba jer depan tuan rumah, alaaa 2 ringgit jer? Tu yang kita rasa tak sedap nak dengar kan?

Macam tulah… Parts and parcel of parenting yang perlu ditempuhi. Kadang tu, sebab fikir ANAK LASAK, Kak Fa mengalah jer duduk di rumah instead of berjalan raya. Tak rasa rugi ke? Tak berjalan raya? In Shaa Allah tak. Mungkin it is for time being kan? Buat sementara waktu…Waktu-waktu anak-anak sedang membesar ni. Tapi taklah kata Kak Fa tak berjalan raya langsung. Ada… Cuma mungkin agak terhad jer rumah-rumah yang Kak Fa kunjungi tu. Nanti dah besar nanti oklah tu kan? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !