Home » , , , , , , , » Cara Mengendalikan Anak Kecil Yang Lasak!

Cara Mengendalikan Anak Kecil Yang Lasak!

CARA MENGENDALIKAN ANAK KECIL YANG LASAK!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Tak sampai tiga (3) hari kot? Kak Fa memuatnaik entri Kembang Kempis Nafas Bila ANAK LASAK Pergi Beraya… Dah macam sekuel, bersambung-sambung. Hari ni topik entri Kak Fa mengenai cara mengendalikan anak kecil yang lasak!. Tak malu pun nak mengaku yang anak Kak Fa memang di dalam fasa lasak sekarang ni. Buat apa nak malu kan? Bukan anak Kak Fa seorang jer yang melalui fasa lasak sebegini. Ada jer anak-anak lain yang melalui fasa lasak sampai mak ayah tepuk dahi. Winking smile. Bila anak sedang berada di fasa lasak – sesungguhnya ia sangat menguji ketahanan diri dan juga kesabaran dan ketabahan mereka-mereka yang bergelar ibu ayah. Betul kan? Puas tahan perasaan hati ni tau.

Pandanglah seserong mana nak pandang. Bercakaplah sebanyak mana nak bercakap di belakang. Ibu ayah kena kental melalui dan menghadapi fasa ini ya? Selain tu, kena bersedia untuk menghadap sebarang kemungkinan terutama jika anak kecil itu sudah bersekolah. Smile. Kak Fa cuma nak pesan, bila sendiri tahu hakikat anak-anak kecil sendiri sedang berada di dalam fasa lasak, sebagai ibu bapa, kita jangan menafikan dan jangan ego ya? Tu jer nak pesan. He he he… Open-mouthed smile.

Untuk anda-anda di luar sana, kalau belum tahu, kerenah anak-anak kecil sebegini adalah perkara normal bagi setiap kanak-kanak di dalam tahap perkembangan mereka. Ini kerana mereka sedang belajar untuk mengawal tubuh sendiri, memahami persekitaran, belajar nilai-nilai dalam keluarga dan masyarakat. Selalunya, anak-anak kecil ini akan melakukan percubaan terhadap sesuatu untuk menarik perhatian anda. Percubaan inilah yang akan membuatkan anak bertukar menjadi raksasa gorgon Devil - melebar mulut, tertinggi suara, menjerit macam Tarzan marah apabila melihatkan kerenah mereka. Antaranya membiarkan permainan bersepah, baju kotor dengan makanan, cawan pecah, jatuh semasa berlari, buku kegemaran anda koyak, mengamuk, menggigit teman sebaya dan sebagainya.

Oh ada nak pesan lagi… Terma nakal dan terma lasak itu berbeza ok? Nakal tu lain, lasak tu lain. Nakal dan lasak itu juga lain. Jangan bila lihat seseorang anak kecil itu lasak anda sesedap rasa menilai dan melabel yang anak itu adalah nakal. Ingat tu pesan Kak Fa? Terma masyarakat kita kebiasaannya bila melihat anak-anak kecil yang lasak adalah sebagai nakal. Nope… Please look beyond that ok?

Kadang tu rasa macam nak pecah dada tahan rasa dan pecah kepala memikirkan solusi bagaimana nak mengendalikan anak-anak yang lasak ni kan? I feel you… Muahahaha… Open-mouthed smile Sebab Kak Fa sedang melalui fasa itu sekarang. Seriously! No jokes! Nerd smile. Iman Firash di dalam fasa lasak ya ampunnnn…. Menurut satu artikel yang dimuatnaikkan di SINI terdapat beberapa tips mendidik anak yang dapat membantu ibu bapa mengendalikan anak yang sedang melakukan percubaan untuk menarik perhatian anda. Boleh cuba cara yang disarankan oleh artikel tersebut:

Menangis

Anak kalau dah menangis memang boleh sakit kepala. Menangis hanya semata-mata barang permainannya tidak dijumpai – dah rasa dah ni. Jeritan kuat tanpa henti menjadikan anda tidak senang duduk – ada juga sekali-sekala, selagi tak jawab selagi tulah dia akan menjerit. Huuuu…. Lebih-lebih lagi jika anak kecil anda masih belum pandai susun ayat sangat. Namun menangis itu adalah cara untuk anak-anak kecil meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Ada macam-macam sebab anak menangis antaranya bila dia rasa sakit, rasa lapar, mengantuk, tidak nyaman dan bosan.

Cara Anda: Cuba memujuk anak supaya berhenti menangis. Jika masih belum berhenti, peluk untuk menenangkan diri mereka. Bicarakan kata-kata manis seperti, “Mommy, sayang Firash. Jangan menangis ok?”. Kadang-kadang tu Kak Fa peluk dia sambil baca Ya Latiff.

Menggigit

Perilaku agresif yang berlaku pada kanak-kanak bertatih. Lazimnya dia berkelakuan sebegini disebabkan oleh beberapa perkara antaranya kemampuan bicaranya masih terbatas. Jadi cara menggigit untuk menyampaikan hasrat hati dia tu. Pada usia setahun, anak sedang berada pada fasa mengenali anggota badannya. Jadi dia akan memasukkan apa sahaja ke dalam mulutnya, termasuk tangan kawannya. Selain itu, gigitan menjadi “alat” untuk membela diri apabila berlaku pergaduhan perebutan barang permainan.

Firash tak menggigit sangat, hu hu hu syukur Alhamdulillah, tapi dia akan menggigit bila kena marah dengan Mommy. Gigit kain atau baju Mommy. Tu tanda dia protes dan tak puas hati lettew.

Cara Anda: Katakan perilaku itu salah dan akan menyakitkan. Katakan gigitan bukan cara yang betul untuk memberitahu rasa tidak puas hati. Tunjukkan sikap-sikap yang baik kepada anak untuk mengajarnya menjadi anak yang baik.

Memukul

Kadang-kala anak memukul untuk mendapatkan keadilan. Mungkin pada ketika itu dia sedang bermain dan kawannya mengambil permainannya atau menarik rambutnya. Cara yang paling mudah untuk membela diri adalah cara memukul kawannya. Setakat ni belum lagi pukul kawan walau berebut barang Firash tu. Tapi pukul Mommy atau nenek bila mula-mula dia kena marah tu memang ada.

Cara Anda: Memukul adalah cara yang salah. Ia akan menyebabkan berlaku kecederaan. Katakan kepada anak bahawa sikap ini tidak disukai oleh semua orang kerana ia menyakitkan.

Sepahkan Barang Permainan

Permintaan anak untuk dibelikan barang permainan kadang-kala tak tertolak oleh ibu bapa. Bagaimanapun, anak-anak kecil ni kadang-kadang belum faham atau belum tahu lagi erti menghargai barangan permainan mereka yang dibelikan itu.

Cara Anda: Mengajar anak supaya bertanggungjawab mengemaskan kembali barangan yang sudah disepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu perbuatan yang menyeronokkan. Mungkin semasa mengemas sambil menyanyi. Anda juga boleh memberikan ganjaran jika anak menyimpan barang permainan dengan memberikan upah.

Mengamuk

Emosi meledak apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Emosi ini dikenali sebagai anak yang mengamuk. Ia terjadi disebabkan oleh keinginan anak untuk mendapatkan sesuatu dihalang, anak yang selalu dimanjakan dan selalu dapat apa yang diinginkan. Anak akan buat perangai apabila keinginannya ditolak.

Cara Anda: Pujuk anak anda dengan kata-kata nasihat. Kemudian anda boleh memeluknya supaya dia akan berasa selamat dan tahu anda menyayanginya. Juga jelaskan bahawa mengamuk bukan perbuatan yang baik dan tidak disukai oleh semua orang.

Cemburu Pada Bayi Baru Lahir

Adik kecil sudah lahir. Semua orang memberikan perhatian kepada bayi kecil. Pastinya keadaan ini akan membuatkan kakak (atau abang cemburu). Biasanya anak yang cemburu akan merengek, menunjukkan perilaku pencetus kemarahan anda, juga dia tidak mahu makan, mudah marah dan nakal berlebihan. Ada juga yang menunjukkan perubahan sikap iaitu jika sebelum ini dia nakal, dia akan menjadi pendiam.

Cara Anda: Anda harus menerangkan mengenai ahli baru dalam keluarga. Terangkan kepadanya anda masih menyayanginya, bayi baru bukan ancama yang akan merebut kasih sayang anda.

Kalaulah anda perasan, essence-nya adalah attention. Nak attention. Bila kurang attention, sebab tu melasak, sebab tu tunjuk perangai. Bila rasa insecure, sebab tu melasak, sebab tu macam-macam cerita. Huuu… Yaaaa… Mommy busy lately ni sampai kurang masa dengan Firash. Ha ha ha… Open-mouthed smile Mommy ni senantiasa alert dan aware… Tau tu… Tapi, itu nanti Kak Fa sambung entri sekuel yang berkaitan yang seterusnya. Winking smile
Terimakasih telah membaca artikel Cara Mengendalikan Anak Kecil Yang Lasak!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.