Home » , , , , , , , » Senarai MENU SAHUR Ringkas Dan Mengenyangkan

Senarai MENU SAHUR Ringkas Dan Mengenyangkan

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Salam 1 Ramadhan 1439H. Nerd smile. Ok lagi ke tu? Masih boleh bertahan? Winking smile. In Shaa Allah, kita semua mampu kan? kan? kan? Cumanya, Kak Fa ni tengah tersenguk-senguk menahan rasa mengantuk yang amat di dalam kesejukan angin dari penghawa dingin pejabat dan juga kenyamanan cuaca sekeliling yang mendung jer hari ni. Serius – mengantuk tahap genre heavy metal dah Kak Fa ni ha. Ermmm… Sajalah nak tanya, sahur apa pagi tadi? Meriah ke menu sahur anda? Kak Fa kalau sahur sukakan sesuatu yang ringkas dan terus-terang Kak Fa mengaku, Kak Fa memang tak akan masak lauk-pauk di pagi-pagi hari untuk bersahur. Paling-paling pun, Kak Fa cuma akan goreng telur dadar, masak goreng-goreng yang ringkas jer. Heee…. Selalunya kalau ada lauk lebihan di waktu malam, lauk itu jugalah yang Kak Fa akan makan untuk bersahur. Itupun kalau Kak Fa makan nasi putih lah… Most of the time tak! Kak Fa tak lalu nak makan nasi putih dan lauk pagi-pagi. Dah cuba, tapi tak boleh. Habis tu? Apa jer yang Kak Fa makan bila bersahur? … Ini ada senarai menu sahur ringkas dan mengenyangkan bagi Kak Fa.

Nasi Goreng

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN (2)
Kredit: Gambar dari Google

Ini memang menu sahur popular untuk isi rumah Kak Fa. Bila dah sebut paling popular tu, bermakna kami memang kerap makan nasi goreng untuk sahur lah. Tak kisahlah apa jenis nasi goreng sekalipun. Nasi goreng hailam ke? Nasi goreng cina ke? Nasi goreng seafood ke? Nasi goreng biasa ke? Janji nasi goreng. Bagi Kak Fa, dapat layan nasi goreng pagi-pagi pun best juga.

Sandwich

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN (3)
Kredit: Gambar dari Google

Pagi-pagi gigih mengapit sandwich bertingkat-tingkat. Flirt male. Kalau tak sandwich bertingkat-tingkat macam ni, Kak Fa akan buat sandwich telur. Pada Kak Fa kenyang jugalah. Tapi pada orang lain Kak Fa tak tau lah. Perut kita masing-masing berbeza di dalam istilah kenyang tu.

Cereal Dan Oat Bersama Buah-Buahan

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN (4)
Kredit: Gambar dari Google

Ini paling ringkas. Paling ringkas dari segi penyediaan. Sedap pun sedap. Overload kenyang pun kenyang. Kalau inilah yang jadi sahur, ceria jer sepanjang hari sebab memang bagi Kak Fa ini sangat mengenyangkan. Nak telan sambil mata terpejam sewaktu makan sahur pagi pun mudah ni ha. Muahahaha… Open-mouthed smile Buruk tak perangai?

Ketiga-tiga ni adalah menu sahur ringkas dan mengenyangkan menurut definisi perut Kak Fa. Kak Fa kongsi jer. Tak semestinya akan sama dengan orang lain. Setiap orang ada selera berbeza-beza. Errr… Jujur ikhlas, Kak Fa lagi ingat bantal dan tilam dari makan sahur. Kadang-kadang tu sanggup tak bangun sahur, makan siap-siap tengah-tengah malam semata-mata nak layan mata. Iyalah, malam-malam kadang-kadang Kak Fa berjaga juga siapkan kerja-kerja apa yang patut, ambil jerlah kesempatan tu untuk makan sahur siap-siap. Nampak tak permainannya di situ? Antara tidur dan makan… Kak Fa memilih tidur. Smile with tongue out. Makan tetap makan tetapi mungkin macam nilah cara makan sahurnya Kak Fa ataupun makan sahur terlebih awal sebelum tidur.

Buat masa sekarang ni, memang macam nilah. Belum lagi bangun pagi-pagi keletung keletang dekat dapur masak lauk-pauk untuk sahur di pagi hari. Akan datang, tak pastilah kalau-kalau akan sama-sama bersilat di dapur pagi-pagi macam anda. Mungkin bila Firash dah mula belajar berpuasa? Who knows kan? Sebab Firash tu makanan dia semua nak yang fresh dimasak. Picky and choosy kan? Macam tu lah. Dia boleh kenal makanan yang dipanaskan, overnight or what. Dia boleh bezakan. Cuma buat masa sekarang ni, kalau setakat Kak Fa seorang yang makan sahur, ha ha ha… takkan beria Kak Fa nak masak dekat dapur pukul 4 pagi? Flirt male. Nenek dan Atuk Firash masing-masing akan makan sahur siap-siap sebelum tidur.  So…for me, menu ringkas dan mengenyangkan tanpa perlu bersusah-payah adalah yang paling praktikal untuk Kak Fa.

Bukan malas isunya. Tapi setakat makan seorang, tak praktikal kan? Nak ber-ia memasak lauk pauk pagi-pagi. Betul tak? Nerd smile.
Terimakasih telah membaca artikel Senarai MENU SAHUR Ringkas Dan Mengenyangkan. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. memang simple sangat menu sahur. biasa memang masak lauk lebih berbuka, carry fwd ke sahur. qekra dah 2 hari sahur makan oat + lauk.

    ReplyDelete
  2. Cereal+Oat tu memang makan sambil pejam mata pun takde hal la. Dapur pun takyah susah susah nak kemas,kan.
    Kalau makan sahur sorang memang lebih rela pilih tidur. :P

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.