SANTAU MAKANAN! Ini Bakal Jadi Memori Hitam Hayat Kak Fa

Farah Waheda Wahid
3

People say that seeing is believing...  Hakikat sudah terkena santau makanan tu,  Kak Fa terima dengan redha seikhlasnya. Hakikat dikenakan santau makanan tu, sampai sekarang Kak Fa masih cuba nak hadam kelakuan individu yang berkenaan.  Sebabnya?  Sebab selama kini yang Kak Fa kenal individu berkenaan,  selama itu jugalah aktiviti seharian Kak Fa tidak ada kaitan sama sekali dengan beliau walaupun mencari rezeki di bawah satu bumbung.  Santau makanan!  Ini bakal jadi memori hitam hayat Kak Fa.  

Selama 35 tahun Kak Fa hiduplah kan... Kak Fa tak pernah terlintas sekalipun yang Kak Fa akan menjadi mangsa santau.  Tapi tulah,  perkara-perkara macam ni unpredictable.  Boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.  Dalam diam,  kita takkan sedar atau tahu bahawa ada sesetengah individu memendam rasa, makan hati dengan kita.  Sungguhpun kita tak lakukan apa-apa kepada mereka,  hati yang terguris kita takkan dapat baca.  Boleh jadi sikap kita sendiri yang mendorong individu lain ataupun boleh jadi it is genuinely berasaskan cemburu.  Bermacam kemungkinan.  

Santau Makanan Tu Apa Ya? 

Santau makan atau minum di mana ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia ataupun secara ghaib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Story Kak Fa secara ringkas macam ni tau yang sebenarnya... (Kak Fa tapis penggunaan ayat atas sebab-sebab tertentu - ada mata yang memerhati,  faham kan? ). Read as: Kak Fa tak pernah langsung-langsung terdetik,  terlintas ataupun terfikir yang Kak Fa akan terkait dengan kes-kes santau ni.  Sikit pun tak pernahlah terfikir yang perkara ni akan jadi realiti.  

Kak Fa cuma fikir sakit di kedua-dua belah bahu dan tengkuk Kak Fa hampir dua minggu yang lalu sekadar disebabkan oleh angin dah banyak sangat dalam badan.  Kak Fa memang dah lama tak beurut.  Kali terakhir lebih kurang 4 tahun yang lepas.  

Kak Fa cuma fikir yang dua mimpi pelik Kak Fa menyusukan bayi dan juga nampak ular hitam sekadar mainan tidur.  Cuma satu mimpi buruk.  

Kak Fa cuma fikir yang hati Kak Fa sayu pilu setiap kali tiba Maghrib sampai bergenang air mata sekadar emosi Kak Fa yang disebabkan hormon yang tidak stabil.  

Kak Fa cuma fikir yang semakin hari semakin berat,  bisa, lenguh dan mencucuk-cucuk bahu dan tengkuk sebab angin dah terlalu banyak dalam badan. 

Kak Fa cuma fikir yang mood swing Kak Fa disebabkan hormon yang tak stabil dan Kak Fa cuma terfikir yang Kak Fa kerap sakit kepala bila hampir Asar disebabkan terlalu penat dan tidak cukup rehat.  Tu jer! Tapi keadaan berubah bila ada seorang hamba Allah yang berpengetahuan perubatan Islamik menegur muka Kak Fa kelihatan hitam dan lebam,  tanya Kak Fa sakit ke tidak dan tanya Kak Fa sama ada Kak Fa ada makan sesuatu jenis makanan atau tidak.  Dalam tahun ni memang sekali jer Kak Fa makan makanan jenis itu. 

Berubah bila perubatan Islamik bersaksikan beberapa orang rakan di bawah satu bumbung membawa kepada Kak Fa memuntahkan makanan itu bersama-sama serbuk hitam dan bau.  Yang akhirnya membuatkan Kak Fa percaya Kak Fa sudah terkena santau makanan.  Too bad,  I should have captured gambar muntah tu supaya Kak Fa boleh selitkan di dalam entri ini sebagai bukti.  Tapi tak lalulah pula kan?  Takkan nak suruh orang tengok muntah kita pula kan?  

Ciri-Ciri Seseorang Disyaki Terkena Santau

1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah (jadi pada Kak Fa sekali hari tu)  dan bernanah serta keluar debu-debu.  

2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.  

3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat.  Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.  

4. Sakit sesak nafas terutamanya waktu Maghrib.  

5. Lenguh seluruh badan. 

6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.  

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi,  bahan-bahan miang seperti buluh dan ulat bulu,  mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu, mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukan kanak-kanak tersebut, mimpi haiwan yang menakutkan seperti ular,  mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi, mimpi paderi Kristian, sami Buddha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.  

8. Bawah mata biru seperti orang tidak cukup tidur.  

Hasil rujukan pembacaan dan hasil perubatan Islamik,  Kak Fa akhirnya terima hakikat yang Kak Fa sememangnya terkena santau.  Walaupun belum masuk fasa serius,  boleh dikatakan pada peringkat awal tapi derita santau memang memberikan impak yang besar dalam segenap aspek kehidupan Kak Fa.  

Santau bukannya sakit macam demam,  hari ni makan ubat,  esok lusa dah kebah. Santau makan masa untuk pulih.  Kak Fa di dalam fasa pemulihan itu.  

Kebetulan ni,  Kak Fa nak ucapkan terima kasih kepada individu perubatan Islamik yang susah payah membantu Kak Fa di dalam proses pemulihan Kak Fa pada waktu dan ketika ini,  Kak Fa nak ucapkan terima kasih pada rakan-rakan FB yang prihatin serta mencuba menghulurkan bantuan kepada Kak Fa dengan memberikan contact number Ustaz serta pengamal perubatan tradisional - terharu sangat, Kak Fa nak ucapkan terima kasih pada jiran Kak Fa yang telah berikan Kak Fa essential oil Palo Santo yang telah dillute - sekurang-kurangnya bantu Kak Fa untuk tidur lena sikit pada waktu malam.  


Semua kata-kata doa,  semangat dari rakan-rakan alam maya, rakan alam realiti yang rapat dan keluarga terutamanya untuk Kak Fa sewaktu di dalam proses pemulihan ini. Semua Kak Fa sangat hargai.  Kak Fa berterima kasih banyak-banyak.  

Sekarang ini,  Kak Fa terpaksa jadi Mak Tang dan berpantang dari bermacam jenis makanan demi pemulihan diri Kak Fa.  Mujurlah puasa bakal menjelma tak lama lagi.  Ihiksss...   Semoga proses pemulihan sepenuhnya untuk Kak Fa berjalan lancar.  Buat masa ni,  memang Kak Fa berulang perubatan Islamik demi pemulihan diri.  Ada mulut yang perlu disuap dan dibesarkan,  jadi Kak Fa perlu sihat!  In Shaa Allah,  mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.  

Mungkin ini peringatan Allah dan teguran Allah pada diri Kak Fa sendiri dan individu yang berkenaan.  Pada ketika ini,  individu terbabit kerap melarikan diri serta kalau boleh tak nak bercakap atau tengok muka Kak Fa bilamana terlihat Kak Fa lalu lalang di kawasan berkaitan ataupun bertembung di kawasan berkaitan.  Mungkin juga itu satu bentuk peringatan Allah pada beliau juga.  

Dendam tu tak lah ada,  sebab sampai sekarang masih tak boleh nak relate motif santau itu dengan Kak Fa.  Cuma ada rasa terkilan sedikit di hati bila tau individu yang kita bertegur sapa setiap hari sanggup lakukan perkara sebegini pada diri kita.  Tak boleh nak hadam!  Sebab Kak Fa tak pernah peduli pada setiap affairs dia.  Sangat mengejutkan pada Kak Fa lah.  Tak apalah,  biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.  Kalau tidak tak ada bezanya kita dengan dia.  Kan?  

Cuma Kak Fa nak pesan pada yang gigih membaca entri panjang berjela-jela ni. Hati-hati bila makan tu ya?  Jangan jadi seperti Kak Fa. Menanggung sakit santau. 

*Semoga diri ini cepat sembuh sepenuhnya.  In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin.  Tiada satu kuasa pun yang lebih besar dari kuasa Allah SWT.  

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semoga cepat sembuh kak farah. semoga diberi kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi dugaan ni. Kak Farah kuat. In Sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja. saya doakan kak Farah tabah, sabar dan kuat. Take care kak!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !