#PVRaya2018 | Raya? Tak Perlu Susah… Terus Gegas Ke PRIMAVALET!

Farah Waheda Wahid
1
PRIMAVALET

Bila sebut pasal Raya, automatik kotak pemikiran Kak Fa akan menghantar impuls perkataan SEDONDON. Nerd smile. Bagi orang-orang yang suka membeli pakaian Raya ready-made seperti Kak Fa, nak mencari yang sedondon itu bukan mudah. Selalunya, kalau nak mudah beraya dengan tema sedondon, ia adalah melalui tempahan pakaian Raya melalui tukang jahit. Ya tak? Ada… bukan tak ada butik-butik yang menjual pakaian Raya ready-made tema sedondon untuk sekeluarga, boleh bukan tak boleh nak bertema sedondon Raya dengan pakaian Raya ready-made. Tapi… Itu semua time-consuming nak mencari weiii! Kak Fa taulah… Sebab dah melalui 4 kali Raya di dalam percubaan nak sedondon Raya sekeluarga. Memang betul-betul mencabar! Ha ha ha… Open-mouthed smile Terutama bila kau jenis yang suka mencari pakaian sendiri di saat-saat akhir. Mujurlah… Sekarang tidak sesukar dahulu… #PVRaya2018 | Raya? Tak perlu susah… terus gegas ke PRIMAVALET! Sebab apa? ALL-UNDER-ONE-ROOF. Dari atuk, nenek, suami, isteri, anak dan cucu… Semua ada di PRIMAVALET.

Kebetulan buka cerita tentang PRIMAVALET kan? kan? kan? Ecewahhh… Kak Fa pun nak mencelahlah membawang sedikit tentang PRIMAVALET – Primavalet Fashion Hub Raya 2018 Collection yang membawakan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebabnya? Please note that… Untuk koleksi Raya 2018 ini, Primavalet menampilkan muka-muka baru sebagai barisan duta 2018 yang digelar sebagai “Stars of Primavalet” yang menampilkan selebriti terkenal tanahair iaitu antaranya Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Bahrain, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukit, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

Kak Fa sempat sibuk-sibuk duduk dalam bilik Press Conference Primavalet Fashion Hub Raya Collection 2018 hari tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tiba-tiba terperasan pula macam diri ini salah seorang daripada ahli mainstream yang sedang membuat liputan. Well…Cita-cita dulu memang adalah juga nak jadi reporter. Reporter ok reporter, bukan makcik bawang! Winking smile. Akhirnya, passion penulisan membawa kepada penceburan diri sebagai blogger. Tapi, tak perlulah cerita tentang cita-cita dan kenangan silam Kak Fa tu… Let’s watch what Stars of Primavalet got to say about glam lebaran oleh Primavalet bagi tahun 2018 in yang semestinya mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang sebenarnya telah berjaya menawan hati Kak Fa juga!


Dan sedikit snippets dari pertunjukkan fesyen Primavalet yang Kak Fa hadiri untuk anda cuci-cuci mata sedikit sebelum memulakan aktiviti membeli-belah anda di cawangan-cawangan Primavalet yang berhampiran dengan anda ataupun melalui atas talian melalui laman web mereka di www.primavalet.com.

To be honest, as a spectator yang melihat kesemua koleksi Raya 2018 Primavalet pada kali ini, apa yang Kak Fa boleh katakan memang sangat2 banyak pilihan dengan: ↗ Rekaan Segar ↗ Menarik ↗ Modest ↗ Berkualiti I even was being told that harga koleksi Primavalet untuk Raya 2018 ini bermula dari harga serendah RM70.00 sepasang. Yang lebih menarik, tahun 2018 ni Primavalet telahpun melahirkan PVKids! Sebelum ni mana ada? Lebih mudah untuk ibu bapa ber-shopping raya di bawah satu bumbung dengan nilai yang berbaloi2. Head to: ↗Primavalet Bangi ↗Primavalet Wangsa 118 ↗Primavalet Pasir Tumboh, Kelantan Koleksi Raya 2018 akan mula berada di pasaran bermula dari 1 Mei 2018. 😉 @primavalet #PVRaya2018 #PrimaValet #PrimaValet2018 #PVRaya2018 #Arjuna #ArjunabyPrimaValet #FashionRaya #raya2018 #rayacollection2018 #aidilfitri .#bajuraya #dressraya #rayacollection #fashionstyle #fashiongram #fashiondesigner #fashionaddict #fashionlover #fashionwanita #fashionshow #fashiondiaries #fashionstylist #fashion #fashiondesign #bubblynotesdotcom #parentingblogger #lifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #blogger #bloggermalaysia
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on





Dari pandangan mata kasar Kak Fa as a spectator ke atas pentas runway tempoh hari, sememangnya koleksi Primavalet untuk Raya 2018 pada kali ini berpotensi memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Seramai 126 orang model telah dihimpunkan untuk memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya 2018 yang telah menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Sebab apa Kak Fa kata mampu untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. This is something that you guys really need to take note of… Koleksi Raya 2018 di Primavalet adalah bermula dari harga serendah RM 70.00 sepasang. Untuk kita-kita-kita yang hidup di zaman serba naik ni, rakyat marhaen ni… RM 70.00 is something worth to consider of kan? Kalau dapat Baju Raya bawah harga RM 100.00 tu, lepas tu dengan kualiti fabrik yang berkualiti tinggi serta selesa bila dipakai memang betul-betul bullseye. Terutama bagi mereka-mereka yang bergelar ibu bapa seperti Kak Fa. Bila dah bergelar ibu bapa ni, dengan kekangan ekonomi semasa, nak tak nak, mau tak mau, harus kena berhemah sangat-sangat bila berbelanja. Lebihnya anak yang beraya, kita ni yang dah melepasi fasa-fasa itu kebiasaannya lebih kepada melawat sanak saudara. Yang jauh didekatkan, yang rapat dieratkan ya tak? For us as an adult, Hari Raya is more like a day for rememberance and gathering. Anak-anak yang seronok lebih. So… Primavalet would be the right choice for us.






Di antara koleksi yang dapat anda lihat daripada snippets di atas termasuklah Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Sedondon Famili dan juga himpunan koleksi baju kurung berasaskan fabrik saree yang buatkan Kak Fa terpana. Cantik weiii! Berkenan sangat! Ada satu tu Kak Fa memang tak lepas mata memandang. Baju Kurung Moden kain saree berwarna merah dengan benang sulam emas. Perghhh… Memang letopsss! (Tiba-tiba terfikir… Merah Mak Ngah pernah jadi tema baju raya tahun 2014 dulu… Macam nak warna merah lagi jer jadi tema… Wakakaka… Open-mouthed smile).

Koleksi raya Primavalet adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari Primavalet sendiri iaitu PV Man, PV Woman and PV Kids. Selain daripada jenama-jenama ini, koleksi-koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud , Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet Primavalet sempenan Hari Raya nanti. Ehhhh… Dah boleh shopping dah! Dah boleh siap-siapkan Baju Raya awal-awal dah walaupun Ramadhan belum bermula. Senang kan? Nanti bila bulan Ramadhan tak adalah terkejar-kejar sangat nak ber-shopping Raya. Penat weiii! Bagi Kak Fa la… bagi anda Kak Fa tak pastilah. Mungkin anda suka Raya Shopping Hunting last minute. Maybe it depends on personality seseorang juga. Macam Kak Fa, Kak Fa lebih suka kalau buat persiapan awal. Itu lebih mudah bagi Kak Fa.

Tak payah pening, tak payah sibuk nak pergi satu outlet ke satu outlet, ALL-UNDER-ONE-ROOF, untuk Syawal 2018, Primavalet mempunyai lebih daripada 70 koleksi dan rekaan untuk digayakan di hari lebaran nanti. Diulangi, kesemua koleksi ini adalah dijual pada harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Yang menarik? Tak silap Kak Fa lah, tahun lepas, Primavalet tak ada koleksi kanak-kanak. Mengambil kira faktor kemudahan keluarga untuk membeli-belah, tahun ni Primavalet dah ada koleksi kanak-kanak. Yang sedondon tu penting! Sebab mudah sangat-sangat nak cari Baju Raya sedondon sekeluarga dengan variasi rekaan yang pelbagai di Primavalet sahaja. Tak perlu susah-susah nak hunting baju sedondon sana sini situ sinun.

Kesemua koleksi #PVRaya2018 dari Primavalet telah pun berada di semua outlet Primavalet secara berperingkat-peringkat bermula dari 1 Mei 2018 sehingga 1 Ramadhan. Yang mana berminat, anda boleh terus mendapatkan koleksi-koleksi yang berkenaan di outlet dan juga secara online di www.primavalet.com dan juga melalui ejen dan personal shopper rasmi Primavalet.

Setahun dah umur Primavalet… Dan cawangan pun semakin bertambah. Antara cawangan-cawangan Primavalet yang boleh anda terjah adalah Primavalet Ostia Bangi, Primavalet Senawang Negeri Sembilan, Primavalet Pasir Tumboh Kota Bharu Kelantan dan bakal membuka cawangan terbaru di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018.

Maklumat Lebih Lanjut:

Lepas dah baca entri Kak Fa ni, rasanya tak perlu tunggu lama kot? Kalau everything is ok, bajet dah ada cun punya… Terus jer gegas ke Primavalet. Nak tunggu lama-lama buat apa? Nanti kalau saiz anda atau saiz ahli keluarga anda termasuk anak-anak anda mengikut warna tema yang anda nak dah habis… Jangan cakap Kak Fa tak payung ok? Umbrella. Penat dah Kak Fa cerita panjang lebar dah ni…. Kesian Kak Fa tau… Penat-penat info you alls, you alls pula tak nak ambil opportunity ni while it’s still fresh kan? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Waaahhh... banyak pilihan kat Primavalet. mesti kena serbu nanti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !