Home » , , , , , , » NIQA HIJAB WASH–Pencuci Tudung Terbaik Malaysia!

NIQA HIJAB WASH–Pencuci Tudung Terbaik Malaysia!

NIQA HIJAB WASH (3)

Tudung people! Kenapa tak beritahu Kak Fa? Kenapa tak beritahu Kak Fa yang NIQA HIJAB WASH – Pencuci Tudung Terbaik Malaysia! Crying face Kalaulah Kak Fa tahu dah lama dah Kak Fa menjadi pengguna setia NIQA HIJAB WASH tau tak? Kedekut tau… Sorang-sorang jer you alls gunakan NIQA HIJAB WASH… Tak info pun. Muahahaha… Open-mouthed smile. Sangat membersihkan tanpa perlu bersusah payah dan sangat mengharumkan. Terutamanya apabila di bawah angin penghawa dingin ataupun ditiup angin secara semulajadi!

Kak Fa dah guna dah bermula sejak Jumaat minggu yang lepas. Kebetulan sewaktu tu Kak Fa makan tengah hari di dalam keadaan rushing. Kalau dah rushing tu, memanglah makan pun asal boleh jer… Tak tentu arah. Dalam kelam kelibut tu terjatuhlah sisa makanan ke atas shawl yang Kak Fa pakai. Mujur juga pada waktu dan ketika itu Kak Fa baru sahaja terima satu parcel yang berisikan set NIQA HIJAB WASH dari Sis Liedz. Terus secara automatik Kak Fa teringat kepada NIQA INSTANT MAGIC SPRAY.

Masa yang terbaik untuk Kak Fa berekperimentasi dengan NIQA INSTANT MAGIC SPRAY. Omel Kak Fa lah di dalam hati pada waktu dan ketika itu. Sajalah nak lihat sendiri keberkesanan NIQA INSTANT MAGIC SPRAY tu, betul-betul magis ke? Sungguh ke bagai dikata? Nak tahu berkesan tak berkesan, memang Kak Fa kena cuba sendiri dulu sebelum Kak Fa berkongsi ya tak? Kadang-kadang serasi, kadang-kadang tak serasi. Kuasa viral memang seakan dah jadi satu trend pada zaman masa kini, tetapi itu bukan bermaksud kita sebagai pengguna or end user boleh mempercayai bulat-bulat kuasa viral. Terkadang indah kata dari rupa, hasilnya tak seberapa pun. Bila dah mencuba barulah boleh nak beri komen atau bercerita panjang ya tak? 

NIQA HIJAB WASH (1)

Macam nilah, mungkin ada yang sememangnya dah tahu, dan mungkin ada sebenarnya masih belum sedar lagi kewujudan NIQA HIJAB WASH. Kita mula dari pengalaman Kak Fa menggunakan NIQA INSTANT MAGIC SPRAY dulu ya? Smile

Sepertimana yang Kak Fa pernah baca sebelum ini, NIQA INSTANT MAGIC SPRAY dapat membantu untuk menghapuskan kotoran dengan segera. Bukan terhad kepada tudung sahaja tetapi termasuklah sofa, langsir, kusyen kereta, kain kapas. Pendek kata semua jenis fabriklah! Kotoran yang boleh dibersihkan adalah seperti kesan sisa makanan iaitu coklat, sambal, kari kicap serta sos, kesan minyak, kesan peluh, kesan bedak asas solekan, kesan maskara dan juga kesan pen.

NIQA HIJAB WASH (2)

Disebabkan ada kesan sisa makanan yang terjatuh ke atas shawl Kak Fa tempoh hari, Kak Fa pun dah ambil kesempatan itu untuk mencuba. Memang ya lah! Memang bertindak seperti magis. Wahhh, kagumnya Kak Fa. Tiba-tiba jadi teruja… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Terus terfikir dengan saiznya yang comel ini, memanglah selepas ini Kak Fa akan jadikan salah satu harta karun yang akan senantiasa berada di dalam beg tangan Kak Fa walau ke mana jua pun Kak Fa pergi. Memang penting sangat-sangatlah ni. Sekurang-kurangnya kalau tudung atau baju Kak Fa terkena kotoran, selepas tu Kak Fa sedang bekerja ataupun Kak Fa perlu ke mana-mana acara selepas pada waktu kerja, tak perlulah Kak Fa kalut nak bersalin pakaian bagai kan? Gunakan sahaja NIQA INSTANT MAGIC SPRAY yang dah ada bersama Kak Fa. Sebab tu lah kan, Kak Fa nak mencelah sedikit kat sini, jangan pelik jika di dalam beg tangan wanita macam-macam ada dan kembung semacam! Selagi boleh orang perempuan ni semua nak standby di dalam beg tangan dan salah seorang yang berada di dalam kategori itu adalah Kak Fa! Winking smile.

Jom? Kak Fa kongsikan demo bagaimana NIQA INSTANT MAGIC SPRAY ni berfungsi:


Ajaib tak? Ajaib kan? Biasanya kalau kita mencuci dengan air atau sabun biasa sahaja kesan kotoran pada tudung tak hilang sepenuhnya. Ini hilang sepenuhnya dengan serta merta. Kalaulah Kak Fa tahu dari dulu, Kak Fa dah jadi pengguna setia dah. Takper takper selepas ni Kak Fa akan menjadi pengguna yang setia. Harga pun bukanlah mahal sangat. Harga mampu milik untuk semua orang. Tak silap Kak Fa NIQA INSTANT MAGIC SPRAY ni berharga RM 18.00 untuk sebotol.

Kan Kak Fa cerita tadi, Sis Liedz Khaida hantar satu set… Lagi satu tu, adalah NIQA HIJAB WASH. Yang ini pun best! NIQA HIJAB WASH ni bertindak sebagai detergen yang mencuci tudung-tudung Kak Fa dengan mudah. Memang sangat-sangat memudahkan. Again… Kalaulah Kak Fa tahu dari dulu, dah lama Kak Fa menjadi pengguna tegar NIQA HIJAB WASH. Rasa macam menyesal terlewat guna pun ada… Wakakaka… Kalau tak, dah lama dah mudah kerja Kak Fa ni ha.

NIQA HIJAB WASH (4)

NIQA HIJAB WASH ni adalah 4 in 1 di mana ianya bertindak sekaligus sebagai pencuci, pelembut, pewangi dan juga penghapus kotoran. Jadi memang akan hilanglah segala macam jenis bekas peluh, solekan, minyak. Wangi pula tu… tak perlu tambah pelembut lagi dah. ALL-IN-1. Jimat duit! Sememangnya diformulasikan khas untuk tudung. Jangan terperanjat ok? Jika anda dapati pencuci ini boleh menghilangkan kesan-kesan kotoran di tudung yang tidak boleh dilakukan oleh pencuci biasa. Tak perlu pening kepala lagi nak pakai sabun apa atau nak rendam dengan peluntur apa ke untuk hilangkan kesan kotoran pada tudung.

Ditambah pula dengan pati wangian (perfume). Perghhh tersangatlah wangi semerbak… wangian tu tahan berhari-hari di tudung tanpa perlu spray perfume dengan rambut sekali terjangkit bau wangi! Boleh dikategorikan World Class Perfume. Ecewahhh… Tambah lagi? Anti-bakteria noksss. Tudung akan bebas dari bakteria, kebersihan lebih terjamin, lebih sihat… Sila meninggal semua kuman-kuman dan bakteria. Selamat dan berkesan, di mana pencuci ini sudah digunakan oleh beribu-ribu pemakai tudung yang lain di luar sana yang tak nak kongsi dengan Kak Fa tu… Ha ha ha… Smile with tongue out, Kak Fa dapati dah berlambak-lambak testimoni. Memang berkesan dan sangat sesuai digunakan untuk tudung walaupun fabrik jenis sensitif. Proven!

Rendam tanpa perlu memberus. Ya betul! Tidak perlu bersusah-payah nak memberus, nak menyental sampai keluar otot… Rendam sahaja tudung, senang sangat semudah membaca ABC. Jimat masa, jimat tenaga, jimat kos. Memelihara seri warna tudung. Pencuci ini tidak akan melunturkan warna fabrik. Malahan menjaga dan memelihara seri warna tudung. Tudung akan senantiasa nampak macam baru. Menarik! Nak nak lagi jenis Kak Fa yang 2 tahun sekali pun belum tentu shopping tudung. Kalau ada pun, semua gift… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Yang ini Kak Fa perasan pagi tadi sewaktu nak seterika tudung. Tudung lebih mudah diseterika. Formula khusus menjadikan tudung kurang kedut dan lebih senang untuk diseterika. Kerja jadi lebih cepat, jimat masa dan tenaga seadanya. Kak Fa suka! Yeayyy!

Sedikit demo yang Kak Fa nak kongsi dengan anda tentang NIQA HIJAB WASH:


NIQA HIJAB WASH (5)

Wangi semerbak weiii! Bau wangi yang tidak memeningkan… Sedap jer… Sejak-sejak berjinak-jinak dengan NIQA HIJAB WASH ni, Kak Fa kan tak habis-habis cium shawl sendiri. Ahaksss… Open-mouthed smile Confident level pun bertambah lagi you allsss. Sebab sentiasa rasa wangi dan bersih jer dengan NIQA HIJAB WASH.

Nak tak? Nak juga ke? Kak Fa dah cerita penat-penat kalau tak nak cuba rugilah weiii… Tapi kalau ada hajat nak mencuba dan nak tau adakah sungguh bagai dikata penceritaan Kak Fa ni, korang bolehlah lihat Instagram Sis Liedz Khaida ataupun laju-laju jer What’s App Sis Liedz Khaida di www.wasap.my/60123341764/sukaniqa  ok? Winking smile
Terimakasih telah membaca artikel NIQA HIJAB WASH–Pencuci Tudung Terbaik Malaysia!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.