Langkah Pertama Memperkenalkan Ibadah Puasa Kepada Anak Kecil

Farah Waheda Wahid
2
LANGKAH PERTAMA MEMPERKENALKAN IBADAH PUASA KEPADA ANAK KECIL
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1439H pada kali ini, ada sedikit warna baru di dalam perjalanan ibadah puasa Kak Fa. Berbeza jika dibandingkan dengan tahun lepas sewaktu Iman Firash berusia 3 tahun. Di usia 4 tahun 7 bulan ni, ada sedikit penambahan ragam Iman Firash di bulan Ramadhan. Nerd smile. Usia 2 tahun, 3 tahun sibuk nak masuk dapur sama, Nenek dan Mommy sibuk nak masak, dia pun sibuk juga nak tolong masak. Nenek, Atuk dan Mommy nak berbuka puasa, dia pun sama sibuk nak minum air dan main ais batu. Sekarang ni? Semua tu dah tak ada dah, tapi dia top-up dengan ragam lain. Ada rasa nak tergelak, ada rasa letih pun ya. Nak tau apa tabiat baru dia di bulan Ramadhan? Pertama, bila kita sibuk memasak, dia sibuk nak main garam. Entah apa-apa sahajalah imaginery dia dengan garam tu. Crying face Tak sampai berbulan-bulanlah stok garam Mommy ni. Cepatlah habis garam kat dapur tu. Kedua, out of no-where, dia sedap-sedap makan itu ini, tiba-tiba dia letak betul-betul depan mulut kita suruh kita makan sama-sama dengan dia. Katanya, open your mouth Mommy… open your mouth. Tak faham lagi konsep puasa budak ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Itulah warna baru dan tugas baru Kak Fa yang kena memulakan langkah pertama memperkenalkan ibadah puasa kepada anak kecil. Perlahan-lahan, inilah pendekatan Kak Fa yang Kak Fa terasa nak kongsikan di dalam entri Kak Fa hari ini.

Memberikan Kefahaman Sederhana Tentang Puasa

Usia 4 tahun 7 bulan, dah bercakap macam bertih goreng dah pun. Bak kata Nenek dia, bercakap memang win! Bagi Kak Fa, bila dah bercakap macam bertih goreng tu, it’s the right timing untuk Kak Fa berikan anak Kak Fa kefahaman serta pemahaman tentang kenapa harus berpuasa. At this age, tidak perlu untuk menjelaskan secara terperinci tentang dalil and all sorts of complicated explaination tentang ibadah puasa kerana usia anak ang masih kecil. Yang kompleks-kompleks tu memang susah sedikit bagi mereka nak hadam. So keep it simple.

Kenali Kondisi Anak Kecil

Jujur dan terus terang Kak Fa beritahu, Firash memang tak puasa. Belum berpuasa lagi. Even bila pihak school tanya pun, Kak Fa jawab jer terus terang yang Firash tak puasa. Bukan tak nak latih sedari kecil untuk Firash berpuasa, tapi sebagai seorang ibu, Kak Fa faham dan Kak Fa kenal kondisi Firash sama ada dia fit atau tidak, boleh mula atau tidak berlatih atau belajar berpuasa. Dalam berpuasa, tak perlulah kita sampai memberatkan anak dengan berpuasa di luar kemampuan mereka. Kenali kondisi anak dan sesuaikan dengan usia. Bermula secara berperingkat kaedahnya. Mungkin usia 5 tahun, berpuasa sehingga pukul 10 pagi? Usia 6 tahun berpuasa sehingga 12 tengah hari? Usia 7 tahun berpuasa sehingga sepenuhnya? Tak salahkan? Tak salahkan cara ni kan? Walaupun mungkin ada di antara anda di luar sana yang tidak bersetuju tetapi Kak Fa rasa pendekatan ini adalah pendekatan yang bersesuaian buat Firash. Tapi itu bergantung… Jika dia boleh tahan, boleh terima, mungkin lebih awal lagi akan latih dia untuk berpuasa penuh. Melatih anak-anak kecil berpuasa bukanlah sehingga memudaratkan kesihatan anak-anak kecil. Yang itu, memang sentiasa ada dalam kotak pemikiran Kak Fa. Orang tak puji anak Kak Fa sebab tahan puasa di usia kecil (4,5,6 tahun) pun tak apa. Huuuu… Yang penting Kak Fa latih ikut kesesuaian penerimaan tubuh badan dia. Bukan puji orang yang Kak Fa nak.

Libatkan Anak Dengan Kemeriahan Bulan Ramadhan

Salah satu cara bagi merangsang kotak pemikiran serta sel-sel otak anak kecil untuk membezakan bulan-bulan lain dan bulan Ramadhan. Libatkan anak-anak kecil dengan kemeriahan bulan Ramadhan. Yang ada bajet lebih atau memang pengunjung setia Pasar Ramadhan, mungkin boleh bawa anak-anak kecil ke Pasar Ramadhan bersama-sama. Tak pun, dalam bulan Ramadhan, ajak anak-anak kecil sama-sama sibuk mempersiapkan menu-menu berbuka puasa, sahur dan juga libatkan anak-anak di dalam amal ibadah Ramadhan seperti Solat Tarawih, memperbanyakkan membaca Al-Quran. Semualah apa-apa aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Secara psikologinya, sebenarnya kita nak tanamkan dalam jiwa anak-anak yang Ramadhan is a special month dan takkan pernah sama dengan bulan-bulan lain. More or less, kita nak anak ada thinking yang Ramadhan is as special as Raya. Ayat cliche yang Kak Fa selalu dapat sewaktu kecil dulu… Tak puasa tak boleh raya. Ha ha ha… Nampak tak permainannya di situ, how our parents trying to tell us that puasa is as much important as Raya. Sebelum nak Raya, mesti ada puasa dulu. Bukan terus Raya jer.

Makanya, intipati entri Kak Fa pada kali ni, melatih atau mendidik anak-anak kecil berpuasa (age 4 – 6 years old) tidak perlu terlalu keras sampai nak pukul, sampai nak marah, sampai nak rotan segala bagai. Yang Kak Fa sematkan dalam hati, ingatkan berkali-kali pada diri Kak Fa, melatih atau mendidik anak-anak kecil berpuasa sangat-sangat memerlukan kesabaran yang sangat sabar tahapnya dan ibu bapa kenalah bersikap bijak. Tidak terlalu memanjakan dan tidak pula terlalu keras di dalam penerapannya. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !