Kenapa Ibu-Ibu Wajib Ada Kit YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL Di Rumah?

Farah Waheda Wahid
0
KENAPA IBU-IBU WAJIB ADA KIT YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL DI RUMAH
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kalau nak diikut-ikutkan harga pasaran semasa Kit Young Living Essential Oil ni, memanglah ramai di antara kita rakyat-rakyat marhaen ni akan beratus kali mengira bajet yang ada sebelum decide nak membeli dan simpan satu set di rumah. Tetapi… sebenarnya, percayalah apa yang Kak Fa kongsikan ni. This is the motherhood survival kit yang sebenar! Nerd smile. Nak kata Kak Fa menaip entri ni sebab Kak Fa menjual, tidak pula. Nak kata Kak Fa mahir sesangat dan sudah lama bergelumang dengan Young Living Essential Oil pun tak juga. Adalah lebih kurang dalam setahun dua tahun kebelakangan ni Kak Fa terjebak ataupun menjebakkan diri dengan arena Young Living Essential Oil sebermula dari saat Kak Fa diperkenalkan dengan Aroma Health COUGH BLEND By Wawa Yusoff sehinggalah sekarang.  Kak Fa mula dengan COUGH BLEND kemudian diikuti dengan CALMING BLEND dan kemudian diikuti dengan BLEND yang Kak Fa tak tau nama apa yang dihasilkan dari PALO SANTO Young Living Essential Oil. Smile. Bagi pandangan peribadi Kak Fa, kalau bolehlah, kalau boleh setiap ibu wajib at least ada basic set Kit Young Living Essential Oil Diffuser di rumah. Kenapa ibu-ibu wajib ada Kit Young Living Essential Oil di rumah? Haaa… yang tu macam biasa. Anda kena layan Kak Fa membebel panjang-panjang di dalam entri Kak Fa. Nak tau kenalah baca. Jangan malas membaca ok? Membaca itukan jambatan ilmu? Winking smile

Bila sebut tentang sesuatu produk… bila sebut tentang produk yang dikatakan bagus secara majoriti, banyak soalan yang akan bermain di minda end user or consumer. Hak pengguna nak ada macam-macam thought kan? Itu kita tak boleh nak nafikan. Hak pengguna juga sebelum betul-betul decide nak grab sesuatu item untuk tahu secara terperinci mengenai sesuatu produk. Kak Fa faham soalan-soalan yang berlegar-legar di dalam kotak pemikiran masing-masing sebabnya Kak Fa sendiri pun sama jer 2 x 5 jer. Tak ada kurangnya. Yang pertama selalu Kak Fa akan terfikir dalam otak Kak Fa ni…

Berapa Harga Kit Young Living Essential Oil?

Muahahaha… Open-mouthed smile bajet kan? Bajet? Semua orang pun sebelum apa-apa hal nak tau bajet dulu. Mampu ke tidak? Boleh kayuh ke tidak? Untuk hentikan pertanyaan bajet yang bermain di kotak pemikiran anda tu… Di bawah ni Kak Fa paparkan harga Kit Young Living Essential Oil.

KENAPA IBU-IBU WAJIB ADA KIT YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL DI RUMAH (2)
Premium Starter Kit: RM 756.00

Cumanya sewaktu Kak Fa kongsikan entri ni, Kak Fa tak taulah sama ada anda sempat grab ke tidak promosi Ramadhan dan Raya yang satu ni… Sebab tarikh akhirnya adalah hari ini, 25 Mei 2018 jam 6.00 petang. Sorry Kak Fa terlewat sedikit kongsi tentang promosi yang satu ini sebab baru dapat tau pun semalam. Ya ampunnn… Kak Fa lambat payung Umbrella semua orang.

KENAPA IBU-IBU WAJIB ADA KIT YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL DI RUMAH
Premium Starter Kit: RM 680.40

Kalau dapat harga ni, memang berbaloi-baloi. Tapinya don’t worry ok? Kalau anda terlepas, you can start to look up on Young Living upcoming promotion. Kalau ada In Shaa Allah, Kak Fa akan kongsikan dengan anda tentang promosi Young Living yang terkini.

Kenapa Perlukan Kit Young Living Essential Oil Di Rumah?

Perlu ke? Mesti ke? Nak kena ada ke? Tu semua soalan-soalan yang pernah Kak Fa tanya pada diri Kak Fa sendiri juga satu masa dulu. Tapi kali ni, Kak Fa tolong jawabkan untuk anda pula.

KENAPA IBU-IBU WAJIB ADA KIT YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL DI RUMAH (1)

Mungkin tulisan yang anda nampak tu kurang jelas, tapi tak apa, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, Kak Fa terlebih rajin nak taip satu persatu supaya dapatlah juga Kak Fa hilangkan rasa mengantuk atau lemau yang melekat di dalam diri Kak Fa ni ha… Open-mouthed smile.

Di dalam satu set Premium Starter Kit, apa yang anda akan dapat adalah 1 x 5ml Display Tray, 10 x Sample Essential Oil, 10 x 2ml Bottles, 10 x Share Cards, 1 x Roller Fitment, 2 x Ning Xia Red Sachets, 1 x Product Guide Mags dan 1 x Dew Drop Diffuser.Yang kita nak fokus kegunaan setiap Essential Oil yang terdapat di dalam Premium Starter Kit ni. Dari situ, mungkin anda boleh faham kenapa Kak Fa katakan Kit Young Living Essential Oil perlu ada di rumah.

Thieves

1 titis setiap hari dapat membantu melawan virus dan bakteria (selama 12 minggu).

R.C – Respiratory Congestion

1 titis dapat membantu melegakan batuk, selsema dan juga pernafasan.

Frankincense

Dikenali sebagai Luban Arab, 1 titik setiap hari untuk membantu menguatkan daya imunisasi dan ingatan. Juga bagus untuk kulit.

Lemon

1 titis setiap 30 minit dapat membantu untuk menurunkan suhu demam, menyegarkan udara dan minda. Juga detox.

PanAway

2 titis untuk membantu sakit sendi, tulang dan otot. (42 x perasaan lega).

Stress Away

1 titis untuk membantu menghilangkan stress, migraine, darah tinggi dan kencing manis (mengandungi ocotea).

Peppermint

1 titis untuk rasa segar dan membantu meningkatkan fokus dan membantu apabila sembelit/kembung perut.
1 titis setiap 30 minit untuk membantu menurunkan suhu demam.

Lavender

Diffuse dengan menggunakan diffuser setiap malam untuk tidur yang lena, bagus untuk kulit, luka, lebam dan alahan.

Purification

Meneutralkan udara, melegakan batuk degil, bagus untuk kulit serta jerawat, gigitan serangga.

Digize

1 titis untuk melegakan masalah penghadaman, cirit, sembelit dan pedih ulu hati.

Copaiba

Bertindak sebagai ‘natural painkiller’, untuk bengkak thyroid, inflammation luaran serta dalaman, sakit gigi dan teething.

Nampak tak? Apa yang Kak Fa maksudkan sebagai motherhood survival kit? Itu maksud Kak Fa. Dengan satu set Kit Young Living Essential Oil, macam-macam remedi secara semula jadi yang boleh anda dapatkan manfaat. Bukan setakat beli dan simpan buat tukun jer. But again terpulang kepada pendapat masing-masing lah kan? Kak Fa cerita jer kenapa Kak Fa rasa semua ibu-ibu kena simpan at least satu set dalam rumah.

Kenapa Mahal?

Ni memang soalan selanjutnya yang Kak Fa pernah ada… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Soalan yang mungkin ramai orang pun akan tertanya-tanya sebab biasalah… kebiasaannya bila terdapat satu produk yang mendatangkan seribu manfaat sebegini, akan terdapat persaingan di dalam perniagaan, akan ada juga yang akan mengeluarkan produk dengan manfaat yang seakan-akan sama atau hampir sama. Kak Fa tak kata produk-produk lain tu tak bagus ok? Jangan salah faham ya? Cuma mungkin pilihan Kak Fa sememangnya Young Living. Tu jer… Intipatinya, preference masing-masing.

Sebab asasnya, EVERYTHING IS ABOUT QUALITY ya kawan-kawan. Young Living adalah berbeza dengan produk lain. Perbezaan UTAMA Essential Oil Young Living dengan Essential Oil keluaran syarikat lain ialah Young Living menekankan mengenai PRODUK. Pada Young Living, PRODUK adalah lebih penting daripada Marketing Plan. Yang penting KEGUNAAN PRODUK, KELEBIHAN PRODUK dan KEISTIMEWAAN PRODUK. Kenal produk, maka anda akan tahu berguna tak berguna, berbaloi tak berbaloi.

  • Young Living akan memastikan spesies tumbuhan, merekod dengan tepat setiap perkara, tiada benih GMO dan sebagainya.
  • Young Living akan menyiasat sumber air, sumber tanah sama ada pernah menggunakan racun perosak, cara penanaman, cara tuai dan cara proses. Jika semua ini tidak mengikut spesifikasi, mereka tidak akan memberikan geran walaupun tanah itu adalah tanah organik. Kalau ada unsur-unsur lintasan haiwan di tanah yang berkenaan pun, walaupun termasuk tanpa sengaja, makan mereka tidak akan menanam tumbuhan di tanah yang berkenaan.
  • Proses penuaian bergantung kepada keadaan cuaca (panas, hujan, salji dan sebagainya). Sebelum menuai, tumbuhan akan diuji terlebih dahulu sepanjang proses penanaman untuk melihat masa paling sesuai untuk proses penuaian supaya hasilnya betul-betul asli.
  • Proses pengekstrakan dan penyulingan di dalam memastikan Essential Oil yang disuling tiada bahan kimia sintetik mahupun bendasing seperti lalang ataupun tanaman lain. Semasa proses penyulingan, hanya minyak pati sahaja yang diambil, manakala floral water akan dibuang mengikut cara yang ditetapkan.
  • Selepas minyak pati disuling, proses ujian Essential Oil akan dijalankan sebelum dimasukkan ke dalam botol-botol untuk dibungkus. Sekiranya terdapat Logan di dalam minyak pati, maka keseluruhan minyak itu akan ditolak dan tidak boleh dipasarkan.

Rumit tak? Rumit kan? Bayangkan, dari daun kita keluarkan minyak pati yang kita gunakan untuk seluruh isi rumah kita. Minyak yang banyak memberi manfaat untuk seisi rumah. Kak Fa tak nak panjang-panjang lagi menaip… Cukup setakat ni perkongsian Kak Fa, tetapi Pointing up Kak Fa cuma nak beritahu, kalaulah andaikan terbuka pintu hati nak mencuba atau mendapatkan, anda boleh terus sahaja What’s App Hidayah untuk konsultansi dan juga pembelian produk.

HidayahS
YL Independent Distributor

http://www.wasap.my/60137319244

http://www.wasap.my/60137319244

http://www.wasap.my/60137319244


*In Shaa Allah, nanti bila Hidayah dah hantar Premium Starter Kit Kak Fa, Kak Fa kongsikan lagi mengenai Young Living Essential Oil jika Kak Fa berkesempatan.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !