Istimewanya Meja Belajar Ergonomik Dari SUNPERRY KIDS Yang Anda Patut Tahu

Farah Waheda Wahid
0
ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS

If any of you, kind of remember… Kak Fa pernah berceloteh mengenai BEG SEKOLAH Dengan Rekabentuk ERGONOMIK Untuk Anak, and to be honest, this entry was one of the highest views entry dengan 40,730 views ever since it was published by Kak Fa on 28th January 2017. Nahhh… you see it kan? Health has become a major concern in today’s society for both children and adults alike. Kali ni Kak Fa kembali berceloteh mengenai perkara yang sama tetapi produk yang berbeza. Sesuatu yang telah lama dan sesuatu yang sangat penting disediakan untuk Iman Firash di dalam proses perkembangan dia. Meja belajar ergonomik yang mana Kak Fa rasa, you parents out there should read this entry tentang istimewanya meja belajar ergonomik dari Sunperry Kids yang anda patut tahu sebagai ibu bapa. Smile. Read on peeps…

Perkara pertama yang ibu bapa perlu tanya pada diri sendiri adalah adakah anak-anak anda duduk di dalam postur yang betul? Tanya jangan tak tanya… Tak pasti? Sila perhatikan gambar yang Kak Fa paparkan di bawah ini ya? Agak-agak betul ke tak betul cara anak-anak duduk? Gambar yang Kak Fa paparkan ini adalah postur yang salah untuk duduk di kalangan anak-anak.

ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (2)   ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (3)   ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (4)
ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (5)   ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (6)

Untuk jangka masa singkat mungkin ianya nampak seperti tidak mendatangkan apa-apa masalah, akan tetapi untuk jangka masa panjang postur duduk yang salah di meja belajar dan juga kerusi belajar akan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan kepada anak-anak seperti:

  • Jarak pembacaan yang tidak betul akan mengakibatkan masalah penglihatan kepada anak-anak.
  • “Slouching” yang mengakibatkan masalah bongkok dan scoliosis.
  • Kedudukan pinggang yang tidak berada di tempat yang sepatutnya di atas tempat duduk dan kaki yang mencecah lantai akan mengakibatkan anak-anak lebih cepat letih dan kehilangan fokus.

Dan… atas semua sebab nilah, Kak Fa beria-ia hunting for ergonomic study desk. Lama juga Kak Fa mencari, memang susah nak cari meja belajar ergonomik. Tapi ada satu… Meja belajar ergonomik yang praktikal yang sama-sama membesar bersama anak-anak. Rolling on the floor laughing Sebab apa Kak Fa katakan meja belajar ergonomik ni membesar bersama anak-anak? Diciptakan khusus buat kanak-kanak dengan teknologi Jerman boleh digunakan oleh anak-anak dari waktu kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Hairan tak? Tak hairan? Hairan? Kalau ada rasa hairan, sila teruskan pembacaan untuk tahu segala keistimewaan yang terdapat pada meja belajar ergonomik dari Sunperry Kids.

ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS 913)

Memperkenalkan… meja belajar ergonomik Prostar 1 dengan teknologi Jerman dari Sunperry Kids:

ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (8)

ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (7)

Prostar 1 merupakan meja belajar ergonomik yang digambarkan sebagai meja laras terbaik sepanjang masa, di mana set meja belajar ergonomik ini adalah didatangkan dengan beberapa ciri khusus iaitu:
  • Mempunyai jadual laras ketinggian.
  • Mempunyai laras kecondongan meja.
  • Pemegang buku atau iPad.
  • Permukaan meja tahan calar.
  • Sistem hidraulik yang rapat dan lembut.
  • Bucu berbentuk bulat yang khusus untuk keselamatan.
  • Laci meja built-in.
  • Prevent pinch points.
  • Stud getah boleh laras.
  • Penyangkut beg.
  • Rak buku yang luas.

ERGONOMIC STUDY DESK - SUNPERRY KIDS (12)

Datang bersama? Kerusi ergonomik yang:
  • Mempunyai tempat sandar boleh laras.
  • Ketinggian tempat duduk boleh laras.
  • Tempat duduk yang boleh disorong ke depan dan belakang.
  • Rekabentuk tempat sandar ergonomik.
  • High density foam.
  • Sarung kerusi yang boleh ditukar ganti.
  • Roda kunci tekanan automatik.

Dimensi bagi Prostar 1 adalah, meja : 1200(W) x 600(D) x 920-1150mm(H) dan kerusi : 820(W) x 600(D) x 930mm(H) x 320-540mm(SH). Harga? Untuk ProStar 1 harga pasaran semasa adalah RM 2,499.00.

Kalau tak suka yang besar-besar sangat, boleh jer kalau nak sediakan anak-anak meja belajar ergonomik yang saiznya sedikit kecil dari Prostar 1. Anda boleh beralih kepada pilihan kedua iaitu Prostar 2. Iyalah, rangkaian meja ergonomik Prostar dari Sunperry Kids direkabentuk mengikut kesesuaian luas dan juga kawasan kediaman ibu bapa yang mungkin berbeza. Mungkin ada sesetengah dari ibu bapa yang mahu menjimatkan ruang bilik kan? Jadi Prostar 2 adalah pilihan yang terbaik di dalam menjimatkan ruang bilik.

ERGONOMIC STUDY DESK- SUNPERRY KIDS (11)

Didatangkan dengan ciri yang sama dengan Prostar 1 tetapi saiz yang lebih kecil iaitu berdimensi, meja  : 820(W) x 600(D) x 790-940mm(H) dan kerusi : 420(W) x 440(D) x 820-950mm(H) x 440-580mm(SH). Harga pasaran semasa ialah RM 1,499.00.

Sebelum Kak Fa terlupa, kedua-dua meja belajar ergonomik ini didatangkan dengan 2 warna pilihan iaitu biru dan juga merah jambu. Bagi Kak Fa, disebabkan Iman Firash lelaki, takkanlah Kak Fa nak pilih yang warna merah jambu pula kan? Haruslah biru ya tak? Winking smile. Pilih merah jambu tu tak salah tetapi nanti dikatakan mat kepit atau kunyit pula. Aaahhh sudah… Eloklah pilih biru ya tak? Kak Fa cuma mampu berikan anda gambar untuk anda lihat, tetapi Kak Fa suggest anda untuk turun sendiri, bawa anak-anak bersama ke showroom atau ruang pameran Sunperry Kids yang terletak di dua lokasi iaitu:

PUCHONG
11A-G & 11A-1, Jalan Puteri 4/7 A
Bandar Puteri Puchong
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8065 1662

PULAU PINANG
303-1-27, Krystal Point Corporate Park
Jalan Sultan Azlan Shah
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: +604 611 7668

Untuk Sebarang Maklumat Lanjut:

Yang menariknya, penghantaran produk adalah PERCUMA ke kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Bagi Semenanjung Malaysia selain dari Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, caj penghantaran yang dikenakan adalah sebanyak RM200.00.

Meja belajar ergonomik membantu dan memberi sokongan kepada postur duduk yang betul di mana sebenarnya, ianya dapat:
  • meminimakan ketegangan mata dan mengurangkan masalah penglihatan.
  • menyokong perkembangan tulang belakang kanak-kanak yang sihat, meminumkan risiko bongkok dan scoliosis.
  • dengan kedua-dua belah kaki kanak-kanak mencecah ke lantai dengan sempurna, ianya akan membantu memperbaiki peredaran darah kanak-kanak dan meningkatkan fokus kanak-kanak dengan lebih baik.
  • meja multifungsi ideal untuk menulis, membaca dan juga melukis.
  • kebolehlarasan ketinggian membolehkan penjimatan perbelanjaan dan masa di mana meja belajar ergonomik membesar seiring anak.

Itu yang buatkan Kak Fa jatuh cinta sangat dengan meja belajar ergonomik dari Sunperry dan so far Kak Fa rasa dalam Malaysia, inilah meja belajar ergonomik nombor 1 atau one and only serta terbaik dengan segala ciri-ciri yang Kak Fa cari selama kini untuk Firash. Can’t wait for it to reach our home sebenarnya. Firash pun pasti teruja sebab sedari hari pelancaran Prostar 1 and 2 lagi di Sunperry Showroom di Puchong tempoh hari dia dah teruja.

*Psssttt… Sebenarnya dia tak tau yang dia bakal dapat meja belajar ergonomik yang dia suka tu… It’s kind of surprise for him also. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !