Ini Kalilah Raya Bersama TRAVELOKA

Farah Waheda Wahid
0
INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA

People! 2 Ramadhan 1439H jer baru... tapi Kak Fa dah sibuk terbayang-bayang perasaan seronok dan teruja untuk pulang ke kampung halaman. Malangnya... Ha ha ha... Open-mouthed smile Kak Fa tak ada kampung halaman dah pun... Mampu tumpang tengok dan tumpang happy jer lah bila lihat status update ataupun gambar anda pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti di media sosial. Kesian tak? Kesian kan? Tapi bukan perasaan sedih Kak Fa ni yang Kak Fa nak mengadu domba pada anda semua. Kak Fa nak tanya sikit... Dah buat persediaan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal nanti? Kalau belum, apa kata? Ini kalilah Raya Bersama TRAVELOKA? Kak Fa kan Mak Jemah TRAVELOKA? Setiap kali ada cerita best mengenai TRAVELOKA, mesti Kak Fa tak sabar nak kongsi dengan anda.

Cerita TRAVELOKA kali ni, berbunyi begini...

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA!

Musim-musim perayaan ni, terutama yang kampung jauh-jauh tu - memang berebut-rebut masing-masing nak menempah tiket penerbangan awal hanya kerana disebabkan takut kehabisan tiket dan juga takut harga tiket menjadi semakin tinggi dari hari ke hari. Kan? Yang Kak Fa selalu dengarlah dari kawan-kawan yang berkenaan. Kalau lewat sikit jer, sama ada tiket habis ataupun harga tiket melambung-lambung tinggi.

Know what? Mungkin apa yang Kak Fa nak kongsikan ini merupakan satu solusi yang paling praktikal untuk anda. Sebabnya... Bersempena hari baik, bulan baik ni, TRAVELOKA amat berbesar hati untuk memberikan diskaun tambahan sebanyak 10% untuk penerbangan dan hotel kepada semua para pelanggan TRAVELOKA bagi semua laluan, semua destinasi dan semua tarikh perjalanan yang ada di dalam kempen terbaru mereka melalui kod kupon TRAVELOKA.

Contohnya lah kan? Sewaktu promosi TRAVELOKA, anda layak mendapat diskaun sebanyak 40% untuk urusniaga anda di TRAVELOKA. Bonus untuk anda, bersempena dengan kempen Raya Bersama Traveloka, anda akan mendapat tambahan sebanyak 10% lagi diskaun. Bermaksud, secara total, jumlah diskaun adalah 50%. Untung kan? Untung weiii... Macam Raya dapat duit raya lebih jer macam ni kan? Sebab dapat berjimat dengan sebaiknya untuk Raya. Dah ada diskaun, lepas tu dapat diskaun lagi. Kak Fa memang sukalah macam ni. Gila tak suka?

Tidak kira dekat ataupun jauh, TRAVELOKA hanya ingin menjadikan Raya anda lebih seronok dengan tawaran eksklusif 48 jam mereka. Note that ya... Kod kupon adalah terhad. Suka ke tak? Kalau suka, jom ikuti sedikit penerangan dari Kak Fa bagaimana anda boleh mendapatkan diskaun tambahan ini.

Langgani Newsletter TRAVELOKA

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum jam 3.00 petang, 21 Mei 2018 adalah melanggani newsletter TRAVELOKA dengan kadar segera bermula dari sekarang. Pengguna yang telah melanggan sebelum 21 Mei 2018 berpeluang untuk mendapatkan akses lebih awal selama 48 jam di antara tarikh 21 sehingga 22 Mei 2018 kepada promosi Raya Bersama TRAVELOKA.

Pengguna yang telah melanggan newsletter TRAVELOKA sebelum 21 Mei 2018 akan menerima kod kupon yang berkaitan pada pagi 21 Mei 2018 untuk menikmati akses awal promosi. Kalau terlepas? Tak apa, kalau terlepas early bird wave, anda masih boleh mendapatkan akses kepada promosi ini melalui akses umum dari tarikh 23 sehingga 29 Mei 2018.

Bagaimana Hendak Melanggani Newsletter TRAVELOKA?

Senang jer... Tak susah pun...

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA (2)

Untuk melanggan newsletter TRAVELOKA anda boleh terus ke pautan di SINI. Lagi cepat lagi bagus, lagi lambat, lagi lambatlah nak dapat kod diskaun tambahan tu. Jadi semuanya bergantung kepada diri anda sendiri ya. Jangan cakap Kak Fa tak payung Umbrella  ok. Ni Kak Fa dah bagi tau punya awal dah ni. Promosi awal ni dibuka sehingga 22 Mei 2018. Kalau terlepas, sila tunggu sehingga promosi ini dibuka kepada umum pada 23 Mei 2018.

Nak mudah lagi... masing-masing ada telefon pintar sepintar-pintarnya kan? Haaa... sila rajinkan diri memuat turun aplikasi TRAVELOKA melalui Apps Store mahupun Google Playstore ya?

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA (3)

Confirm! Anda takkan terlepas setiap promosi berharga dari TRAVELOKA. Guna aplikasi TRAVELOKA jer senang, lebih banyak penjimatan, lebih banyak diskaun yang ditawarkan. Kalau bandingkan harga tempahan di laman web dan di aplikasi, harga adalah lebih rendah sekiranya penempahan dilakukan melalui aplikasi TRAVELOKA di telefon pintar. Super duper kebabom! Bila-bila masa, mana-mana tempat, boleh akses tempahan dengan menggunakan aplikasi. On the go katanya!

Jadi kawan-kawan, ambillah peluang ni ya? Sempena ada promosi ni, bolehlah lebih berjimat untuk perjalanan pulang ke kampung Syawal ini. Kalau dapat jimat kita jimatlah kan? Yang kaki travel pun boleh ambil peluang ni untuk dapatkan lebih penjimatan untuk perjalanan anda bersempena dengan promosi Raya Bersama TRAVELOKA ni. Kak Fa dah cerita ni, penat-penat Kak Fa menaip tau tak... Jangan buat tak tau pula atau jangan kata "Kak Fa tak kongsi pun..."... Dah cepat-cepat pergi study tentang promosi ni dan cepat-cepat ambil tindakan ya?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !