Home » , , , , , , , , » Ibu Hadkan Gaya Hijab Demi Keselamatan Anak Kecil!

Ibu Hadkan Gaya Hijab Demi Keselamatan Anak Kecil!

IBU HADKAN GAYA HIJAB DEMI KESELAMATAN ANAK KECIL!

Ooopsss… Tak pernah terjadi, tapi terjadi pagi tadi. Iman Firash terkena pin shawl Mommy. Errrr… To be precised, terkena jarum peniti yang Kak Fa selit di bawah dagu untuk hold shawl Kak Fa. Kesilapan teknikal di dalam pemakaian shawl pagi tadi yang mungkin disebabkan mamun. Selama kini tak pernah kena pun sebab Kak Fa sangat menjaga ciri-ciri keselamatan hijab yang Kak Fa gayakan sebab Kak Fa ingat Kak Fa ada anak kecil yang sangat clingy dengan Kak Fa. Open-mouthed smile Tapi biasalah, kita manusia ni tak lari dari khilaf. Dalam jaga punya jaga, pun terkena juga pagi tadi. Berdarah tangan comel Iman Firash sewaktu sedikit tantrum di pagi hari semata-mata nak suruh Mommy dia ni hantar dia sampai ke atas sampai ke dalam kelas. Peluk punya peluk Mommy, bergelut punya bergelut dengan Mommy, tak sedar terkena tapak tangan comel tu. Kesian Iman Firash. I am sorry sayang! Mommy tak sengaja…. Itulah sebabnya orang selalu berpesan ibu hadkan gaya hijab demi keselamatan anak kecil! Tapi pagi tadi betul-betul Kak Fa terlepas pandang. Crying face. Rasa bersalah pun ada juga ni.

Teacher dia tanya kenapa tapak tangan tu berdarah? Dia kata tangan dia berdarah sebab kena pin Mommy. Allahu… Sorry Firash. Teacher beritahu Kak Fa dah cuci dan dah kurang darah dah. Itu balik school mesti sibuk cari plaster kartun-kartun nak tampal tu. Ha tulah… Bergelut lagi dengan Mommy. Ermmm… Kak Fa mengaku salah Kak Fa hari ni pun ya… Sebab tak betul-betul kemaskan jarum peniti bawah dagu tu disebabkan nak kejar masa dan nak cepat. Maklumlah, pagi adalah masa paling hectic buat ibu-ibu berkerja kan? Faham kan? Ibu-ibu yang berkerja tentu faham maksud Kak Fa ni.

Tulah kan? Bukannya kita wanita-wanita yang bergelar ibu beranak kecil ni tak nak bergaya sakan dengan pelbagai jenis hijab yang fashionable dan menarik di pasaran tu ataupun bukan ibu-ibu ni tak nak lilit punya lilit punya lilit sakan sampai terbelit demi mengikuti trend semasa, cumanya ada waktu-waktu memang tak sesuai, ada waktu-waktu sesuai. Kak Fa sekarang ni, hari-hari biasa cuma sekadar pakai shawl dengan gaya simple tetapi presentable enough pada mata Kak Fa jer. Tapi… Kalau ada event-event rasmi atau event-event yang Firash tak ikut sama, haaa itu In Shaa Allah, Kak Fa back to my ownself… Lilitlah kot mana pun, pakailah shawl jenis apa pun tak pun letaklah jarum peniti atau pin banyak mana pun. Muahahaha…Open-mouthed smile Cuma dengan Firash, Kak Fa terpaksa mengehadkan sedikit keinginan nak bergaya tu. Dalam had tak had… Terkena juga anakku pagi tadi. Huuuu….

Cerita Kak Fa ni bukannya nak kata apabila dah ada anak ni nak bergaya semacam zaman anak dara dah tak boleh. Tapi faham-faham jerlah senario bila beranak kecil. Bila melawa jer sikit dan dukung anak, sekejap lagi tengoklah mesti anak akan tarik situ tarik sini. Jangan kata anda, anda, anda dan anda yang ada baby jer…Kak Fa yang ada anak umur 4 tahun 7 bulan yang kadang-kadang masih minta berdukung ni pun sama. Ha ha ha… Open-mouthed smile Sifat ingin tahu… Mak aku ni belit macam mana? Menebal dalam diri Firash tu. Tak pun, mesti ada di antara anda yang bergelar ibu di luar sana ada corak ‘peta’ hasil kreativiti anak yang melekat di tudung.

Anak-anak kecil tak tau apa-apa. Mereka akan tertarik keapda sesuatu benda yang boleh menarik perhatian mereka. Paling bahaya yang baby, mereka akan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Tak boleh nak salahkan anak sebab anak-anak ni kadang-kadang tak berapa nak faham. Kitalah yang jadi ibu bapa kena peka dan tidak mengambil mudah mengenai sesuatu perkara. Bak kata orang, contohnya macam insiden Firash pagi tadi, malang tidak berbau. Tak silap Kak Fa dulu pernah viral juga kes seorang bayi berumur 10 bulan yang tertelan pin tudung ibunya. Syukurlah bayi tersebut telah selamat dibedah dan pin yang tersangkut pada paru-parunya berjaya dikeluarkan.

Untuk peringatan kita bersama, melalui artikel di SINI, Kak Fa dalam nak peringat-peringat diri Kak Fa sendiri… Kak Fa kongsikanlah untuk ibu-ibu di luar sana tu juga ya?

Pin Tudung

Sila pilih pin tudung yang ringkas dan selamat untuk bayi dan anak kecil ketika mendukung mereka. Pin tudung yang terlalu besar, berbatu-batu terkadang tajam di sesetengah permukaan. Mungkin boleh melukakan kawasan muka atau tangan bayi dan anak kecil. Tak pun pakai pin tudung yang kecil dan pinkan di bahagian dalam.

Jarum Peniti

Sebaik mungkin, minimumkan penggunaan jarum peniti.

Tidak Sarat Dengan Hiasan Manik

Mujurlah Kak Fa memang jenis yang kurang berminat dengan tudung yang berhiasan dengan manik atau sequin. Sebolehnya pakai tudung yang tidak terlalu sarat dengan hiasan manik atau sequin. Dikhuatiri anak akan leka bermain dan mana tau boleh tercabut serta terus masuk ke dalam mulut bayi?

Material Bersesuaian

Pilih tudung dari jenis material yang sesuai apabila mendukung bayi. Jadi apabila muka anak bergesel sekalipun tidak akan memberikan kesan luka.

Tak adalah kata tak boleh langsung nak bergaya nak berlabuci nak bersequin lace bagai. Boleh jer. Tapi ada masa-masa bila dah ada anak yang masih kecil ni, terpaksa hadkan sedikit di sesetengah tempat. Maybe ada ibu yang kurang bersetuju. Tapi terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk memastikan agar keselamatan anak sentiasa dilindungi. Smile. Ini sekadar perkongsian ajer. Sebabnya orang yang dah paling menjaga ni pun, akhirnya terluka juga anakku di pagi hari tadi. Huuu…. That alerts me to be more careful and that alerts myself too…
Terimakasih telah membaca artikel Ibu Hadkan Gaya Hijab Demi Keselamatan Anak Kecil!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. kan farah.. TB pun risau bab yang sama.. risau terluka anak sebab pin kita.. TB memang meminimakan pin tudung.. kalau jatum peniti tu TB sniri seriau nak pakai.. ter imagine tercucuk diri awndiri lak.. haha.. kalau nak selamat pakai tudung yang tak perlu pin.. sarung je kan farah.. kalqu rasa nak bergaya sikit tu pakai je instant shawl yang dah ready berjahit tu ..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.