Hoping That Someday You’ll Understand…

Farah Waheda Wahid
0
HOPING THAT YOU'LL UNDERSTAND SOME DAY...  (6)

Betul-betul demam PRU14 sejak dua hari yang lepas, sana sini sinun penuh dengan sok sek sok sek cerita undi, cerita jari berdakwat, cerita bagaimana nak bersihkan dakwat celup di jari, cerita keputusan Pilihanraya Umum ke 14, cerita YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang dah pun selamat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada tarikh 10 Mei 2018 dan segala-gala ceritalah yang berkaitan. Smile. Take a break, have a Kit Kat seketika, Kak Fa nak mencelah kisah yang berlaku pada 8 Mei 2018 baru-baru ini, iaitu sehari sebelum pilihanraya. Open-mouthed smile… Drama sangat pagi 8 Mei 2018 tu! Siapa lagi kalau bukan kisah Iman Firash. Ha ha ha… Open-mouthed smile Macam-macam perasaan ada dalam hati ni tau… Tapi, harapan seorang mak kepada seorang anak… Hoping that someday you’ll understand…

Sedari lahir sampailah ke usia 4 tahun 6 bulan, kami anak-beranak adalah sahabat sejati yang tak pernah berpisah. Kalau berpisah sekalipun, setakat Kak Fa pergi office ataupun events, tak pun sebab Firash di school. Sejak masuk sekolah, setiap hari Kak Fa akan hantar Firash pada waktu pagi. Field trip? Firash belum pernah lagi mengikuti mana-mana field trip yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ada hari tu… Field trip ke Farm in The City di Seri Kembangan dan kilang coklat Beryl’s. Tapi Kak Fa tak lepas dia sebab Kak Fa bukan tak percaya teachers, ha ha ha… sebab I know how ligat and unpredictable my son is. Belum sampai age lagi nak lepaskan Firash mengikut gerak hati keibuan Kak Fa ni ha, plus tak nak menyusahkan teachers sangat nak layan kerenah Iman Firash bila dapat lepas. Jenuh nanti… Winking smile.

On 8 May 2018, ada Musollah Trip yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan kali ni, Kak Fa dengan berlapang dada, benarkan Iman Firash mengikuti Musollah Trip tersebut. Tak jauh pun, dekat-dekat ajer. Tapi naik bas! He he he… Kak Fa pun berikanlah kebenaran pada Firash untuk mengikuti rombongan ke masjid. Yang Kak Fa katakan drama sangat tu adalah bila mana berlaku sedikit adegan menangis selepas naik bas untuk ke masjid.

HOPING THAT YOU'LL UNDERSTAND SOME DAY...  (5)

Mula-mula pagi tu, bukan main elok lagi mood dia. Siap peluk cium Mommy tanpa segan silu depan semua kawan-kawan dan teachers. Peluk macam tak nak lepas pun ada. Kak Fa faham, dalam hati tu sebenarnya happy dan berbunga-bunga bila lihat Mommy dia ada teman dia di school pagi tu sebelum bertolak ke masjid. Kak Fa tak tau pun yang rombongan ke masjid tu akan naik bas sekolah. Tapi bila Kak Fa nampak… Wahhh, baguslah pengalaman tiga dalam satu ni untuk Firash. Pertama, pengalaman menaiki bas – Firash belum pernah naik bas sebelum ni, naik LRT ada tapi bas belum lagi. Kedua, pengalaman mengikuti rombongan sekolah – jalan-jalan dengan teachers dan kawan-kawan tanpa kehadiran Mommy. Selalu kan ke mana-mana Mommy saja yang teman? Winking smile. Eloklah tu biasa-biasakan diri sedikit… nanti masuk Sekolah Rendah mungkin akan ada aktiviti seumpama ini juga. Ketiga, pengalaman rombongan ke masjid – boleh belajar macam-macam perkara untuk kanak-kanak yang sedang giat bereksplorasi seperti Firash.

HOPING THAT YOU'LL UNDERSTAND SOME DAY...  (4)

Mula-mula tu nampak ok sahaja. Beratur di dalam barisan segala bagai. Tapi bila tiba giliran dia nak berjalan melangkah menuju ke bas sekolah yang telah disewa khas oleh pihak Genius Aulad… Dia dah mula berbunyi… “Mommy, jom… Sama-sama naik bas…”… Ha ha ha… I know my son and I could guess what he wants and what he expects. And I also could predict what awaits to be happened upon he said that. Apa lagi? Dia nak Mommy naik bas sama-sama dan ikut rombongan ke masjid tu lah. Terpaksalah Mommy ni pujuk perlahan-lahan dan terpaksalah Mommy ni acah-acah nak naik bas bersama-sama dengan dia semata-mata tak nak he makes a scene depan pintu bas.

HOPING THAT YOU'LL UNDERSTAND SOME DAY...  (3)

Ingat senang ke nak pujuk? Tak semudah itu ok… Kalau Iman Firash memang tak semudah itu. Tapi bergantung pada keadaan juga. Kadang-kadang dia ok, kadang-kadang tu tak berapa nak kena dengan masa dan mood dia, menghadaplah sampai pening mencari tahu macam mana nak settle. Tak apa-tak apa bagi selamat dulu naik bas.

HOPING THAT YOU'LL UNDERSTAND SOME DAY...  (2)

Lepas je anak tangga bas, ha ha ha… Smile with tongue out kira selamat lah tu. Bolehlah Mommy larikan diri. Tapi dia toleh belakang! Dia perasan Mommy tak ikut dia naik bas sekali. Masa ni muka dah mula berubah dah. Ok Mommy, hati kena kuat Mommy, kena kuat! Jangan cair dengan riak wajah si anak sangat. Bolehlah… Tapi ikut keadaanlah kan? Dalam situasi ni, memang kena kuat sebab secara perlahan-lahan nak ajar dia untuk berdikari sendiri juga. It is part of the life lesson yang Kak Fa kena ajar dia juga. Memanglah Mommy’s boy Firash ni… Tapi takkan Mommy nak ikut ke mana sahaja sampai bila-bila kan? Ada masa dia perlu ruang privasi untuk diri sendiri juga. Mungkin bukan sekaligus Kak Fa didik dia untuk berdikari sendiri macam mengikuti rombongan sekolah ni, tetapi secara perlahan-lahan. Preparation lah tu… Secara logiknya… Kena ajar juga dia untuk berdikari sendiri. Nanti-nanti masuk Sekolah Rendah, dah tentu-tentu kena pandai bawa diri di school kan? Tak sama dengan zaman-zaman prasekolah atau tadika. Betul tak? Jadi berilah dia peluang untuk belajar berdikari secara perlahan-lahan macam tu.

Naik jer atas bas, tugas teachers pula nak tangkap dia dari terlepas turun semula ke bawah. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tu maksudnya drama dah nak bermula dah tu. Mommy rasa apa? Masa tu Kak Fa tak adalah menangis ke apa ke… Tapi sayu jugalah hati Kak Fa ni tiba-tiba. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tapi Mommy Firash kan a fighter… I can fight what I feel for my son own good. Kalaulah korang dengar… Dari dalam bas dia menjerit-jerit… “Mommy…Tolong Mommy… Tolong… Tak nak naik bas… Mommy saja!” … Maksud dia tu, tak nak pergi masjid tu naik bas tapi nak Mommy yang hantar. Jenuhlah teachers semua nak calm down kan dia (dalam hati Kak Fa berkata-kata). Memang ya pun… Boleh lihat video yang sempat Kak Fa dapatkan dari teacher kelas dia tempoh hari. Video sebelum (sewaktu nak pergi ke masjid) dan video selepas (sewaktu nak balik dari masjid ke sekolah semula).

HOPING THAT YOU'LL UNDERSTAND SOME DAY...  (1)


Nampak tu? Merintih… merayu minta tolong Mommy suruh ambil dia turun dari bas. Alahaiii kesiannya dia… Tapi knowing him… Sekejap jer… Nak tau? Bila dah balik, sampai ke sudah tak habis cerita yang dia pergi masjid naik bas. Dah seronok lah tu naik bas tu. Ha ha ha… Open-mouthed smile Ha kannn? Tak cuba tak tau… Bila dah cuba barulah tau macam mana rasanya kan? Winking smile

Macam tulah… bila anak dah semakin membesar, these are part of the things that semua ibu-ibu kena lalui dan semua ibu-ibu akan merasai pengalaman sebegini. Ikut hati memang berat, tapi fikirkan kembali demi kebaikan anak sendiri, berat tak berat, hati kena kuat. Kan? Kan? Kan? Mungkin pertama kali rasa tu heavy sedikitlah dari kali kedua, kali ketiga melepaskan anak untuk aktiviti sebegini. Tapi, In Shaa Allah, lama kelamaan kita akan menjadi biasa dan anak pun akan menjadi biasa. Anak kena belajar stuff like this. At least they understand that they need to learn how stand on their own feet despite hanging and clinging with parents ya tak? Trust the teachers. Trust that my son in a good and safe hands. In Shaa Allah… Outcome? Dia pun happy sesekali dapat menyertai aktiviti sebegini.

Cuma mungkin Firash masih belum berapa faham situasi lagi and hoping someday that you’ll understand my son. Bukannya Mommy tak nak teman, bukannya Mommy sengaja biarkan Firash pergi rombongan sendiri. One fine day, Mommy believe that you’ll understand. Psssttt… Nyah-Nyah Mommy kecil-kecil dulu pun sama jer dua kali lima, hanging and clinging juga dengan nenek Firash dan atuk Firash. So… Mommy tak bolehlah nak gelakkan sangat atau nak rasa lucu sangat bila Firash pun berkelakuan lebih kurang sama dengan Mommy kan? kan? kan? Sebab kita berdua lebih kurang sama jer! Nerd smile. Walaupun rasa nak tergelak tu tetap ada… Ekekekeke….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !