Dengarnya Tiada Lagi EXAM ORIENTED Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah

Farah Waheda Wahid
2
Dengarnya Tiada Lagi EXAM ORIENTED Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Psssttt… Psssttt… Ni nak menjemah mak-mak ni… Betul ke? Dengarnya tiada lagi EXAM ORIENTED untuk anak-anak yang bersekolah? Surprised smile. Betul ke? Betul ke? Sebabnya kan selama kini rata-rata yang Kak Fa baca di laman media sosial ramai di kalangan ibu bapa meluahkan rasa tidak berpuas hati dan kasihan melihat nasib anak-anak kecil yang terpaksa menanggung sistem pendidikan yang dikatakan terlalu membebankan pada peringkat usia masih kecil? Tapi… setelah Dr. Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada Jumaat yang lepas di dalam satu sesi temubual bersama Astro Awani, Dr Maszlee menerangkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots yang akan digunapakai dalam sistem pendidikan Malaysia Baru.

Dengarnya Tiada Lagi EXAM ORIENTED Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah (2)
Kredit: Sumber dari Google

Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tidak pernah menonton filem tersebut dan kurang faham apa yang dimaksudkan. Tak apa… Tak perlu pening-pening. Kak Fa kongsikan perkongsian daripada Akhi Fairuz Al-Jengkhawi ini untuk membuka mata dan minda para ibu bapa sekalian sebagai persediaan untuk persekolahan anak-anak kita kelak. (Termasuk Kak Fa lah kan Winking smile). Perkongsian ini Kak Fa panjangkan daripada sumber artikel di SINI.

Di dalam filem 3 Idiots yang dimaksudkan:

1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi jurutera.

2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif , takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.

3. Terdapat satu babak yang sangat menarik di dalam filem ini, Prof. Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Babak ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar! Win!

4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!

5. Mahu belajar kejuruteraan harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Professor terbilang di hujung cerita.

6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, Prof. Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, bukankah boleh jimat duit. Win!

7. Pelajar yang beria-ia fokus di dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus di dalam semua perkara. Di dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak kononnya dirinya yang paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tidak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Berdasarkan 7 point ini, sangat jelas gagasan yang Dr.Maszlee Malik mahu bawa di dalam sistem pendidikan negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih, tiada yang kurang dan yang paling penting tugas guru akan diringankan.

Bila Kak Fa baca mengenai perkara ni, Kak Fa teringat ex-colleague Kak Fa yang pernah tinggal serta belajar di Jerman beberapa tahun dan juga ex-colleague Kak Fa yang sememangnya berasal dari Jerman bercerita kepada Kak Fa tentang konsep pendidikan yang sebegini. Anak-anak di Jerman dikatakan diberikan pendidikan berdasarkan minat dan juga kemahiran mereka. Bukan semata-mata akademik. Katalah kan ya, jika anak tu sedari kecil kurang dari segi akademik tetapi lebih kepada minat kepada solekan ataupun muzik ataupun lakonan ataupun apa sahaja, ibu bapa mereka akan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat pembelajaran yang berkaitan sehingga akhirnya those kids turns out to be a professional in their expertise and passion. Adakah ini salah satu daripada arah perubahan yang cuba dilakukan? Tak tau nak cakap kan? Kita tengok sahaja nanti bagaimana. Betul tak?

Found this? Maybe you would like to take a look at it.


Jangan salah anggap ya… Kak Fa bukan cuba-cuba nak mempolitikkan sesuatu yang berkaitan dengan keibubapaan mahupun cuba-cuba mempolitikkan www.bubblynotes.com. Apa yang Kak Fa kongsikan ni sebab Kak Fa ambil berat dan mengambil tahu tentang hala tuju dan arah tuju sistem pendidikan Malaysia sebab Kak Fa sendiri punya anak yang bakal memasuki alam persekolahan sebenar bermula dari tahun 2020 nanti. Jadi dah tentu-tentulah Kak Fa sendiri mahukan pencerahan itu dan Kak Fa sendiri mahukan pengetahuan tentang dunia pendidikan sekarang.

Apa pun, semoga apa sahaja bentuk perubahan di dalam sistem pendidikan Malaysia, ianya dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang berkaitan dengan dunia pendidikan dan tidak mengelirukan anak-anak murid yang sedang menuntut ilmu. Betul tak?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. setujuuuu. jadi anak-anak boleh mengasah bakat mereka yang terpendam. tapi Kak Fa, mungkin ada juga ibubapa yang kurang bersetuju, sbb sy tgk ada sesetengah ibubapa yang awal2 dah tentukan nak anak dia belajar apa, jadi apa, kerja apa, sampai anak2 sendiri rasa terbeban. Harap2 ni perubahan yang positif terhadap Malaysia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !