Cara Kreatif Elak Pensel Warna Anak Kerap Hilang

Farah Waheda Wahid
0
CARA KREATIF ELAK PENSEL WARNA ANAK KERAP HILANG

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak di tadika, prasekolah dan juga Darjah 1 dan 2 – insiden membeli pensel warna setahun berpuluh-puluh kali tu adalah satu insiden yang bukan luar biasa. Open-mouthed smile. Biasalah tu kan? Nak salahkan anak-anak pun tak boleh juga. Walaupun telah bersekolah, ianya bukan bermaksud yang anak-anak kecil itu sudah pandai menjaga barangan peribadi hak milik sendiri. Tidak dinafikan, ada anak-anak kecil yang sudah pandai menjaga barangan peribadi hakmilik sendiri juga. Bilangannya ada tetapi mungkin sebahagian sahaja. Kak Fa terus terang, Kak Fa jatuh di dalam kategori ibu yang mempunyai anak yang kerap kehilangan pensel warnanya. Bukan disebabkan diambil oleh anak-anak kecil lain tetapi disebabkan oleh pelbagai kemungkinan. Sama ada Iman Firash tercicir sana sini, sama ada Iman Firash bermurah hati memberi pensel warna kepada kawan-kawan di sekolah (sebab nak tukar dengan pensel warna oren ke? Nyah-Nyah… Firash memang obses dengan warna oren – proven pun!) ataupun sebab-sebab lain yang mungkin. Kononnya cara Kak Fa belikan ajer pensel warna yang kontot-kontot yang baru RM 2.35 sekotak tu supaya rasa tak terkilan sangat. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Rupa-rupanya ada cara kreatif elak pensel warna anak kerap hilang yang Kak Fa tak pernah terfikir dan baru tau.

Terima kasihlah kepada Puan Zulaikha Ali sebab sudi berkongsi tips yang kreatif ini. Terima kasih juga kepada pautan artikel yang berkaitan mengenai perkongsian Puan Zulaikha Ali di pautan di SINI. Sekarang Kak Fa dah dapat sedikit pencerahan. Sambil-sambil tu, Kak Fa bolehlah berkongsi dengan ibu bapa lain di luar sana juga. Mohon berkongsi gambar-gambar sebagai rujukan dan juga artikel sebagai perkongsian bersama yang mungkin bermanfaat kepada semua ibu bapa yang menghadapi masalah kehilangan pensel warna anak yang boleh dikatakan agak kerap.

Mak-mak ni kadang-kadang nak benda yang boleh menyenangkan kerja dia. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensel warna anak-anak setiap masa. Kadang-kadang terselit di bawah dapur. Kadang-kadang terselit di celah-celah sofa (selalu kot!) dan kadang-kadang sampai termasuk ke dalam mesin basuh pun ada! Punyalah merata bersepahnya tu – biasalah anak-anak kecil kan? Yang paling haru tak sampai beberapa hari beli dah kurang 3 batang. Aduhaiii… Facepalm! Kena ajar juga ni jaga barang-barang peribadi hakmilik sendiri walaupun usia masih muda. Cara yang Puan Zulaikha Ali kongsikan sangat mudah dan barang-barang nak buat pun semua beli DIY sahaja.

CARA KREATIF ELAK PENSEL WARNA ANAK KERAP HILANG (2)
Kredit: Puan Zulaikha Ali

Alatan Yang Diperlukan:

  1. Gam tembak.
  2. Pensel warna (ikutlah nak panjang ke? pendek ke? )
  3. Gunting.
  4. Tali (macam tali ampai tu, tapi halus sahaja)
  5. Pelekat (Cellaphone tape) bercorak.
  6. Ring keychain.

CARA KREATIF ELAK PENSEL WARNA ANAK KERAP HILANG (3)
Kredit: Puan Zulaikha Ali

Langkah 1:

Mula-mula potong dulu tali. Ikutlah nak panjang mana pun kan? Ikatkan pada ring keychain tu kuat-kuat.

CARA KREATIF ELAK PENSEL WARNA ANAK KERAP HILANG (4)
Kredit: Puan Zulaikha Ali


Langkah 2:

Lekatkan tali pada hujung pensel warna dengan menggunakan gam tembak. Kalau gunakan cellaphone tape sahaja nanti tali itu akan tercabut.

CARA KREATIF ELAK PENSEL WARNA ANAK KERAP HILANG (5)
Kredit: Puan Zulaikha Ali

Langkah 3:

Dah siap gam semua tali, letaklah cellaphone tape bercorak supaya nampak cantik sedikit. Tak nak pun tak apa. Cuma nak bagi anak suka sahaja. Kalau rajin lagi, letakkan tag nama anak.

Mudah jer nampaknya ni. Memang Kak Fa kena curi masa sedikit untuk buat ni. Betullah bukannya susah sangat! Memang sangat-sangat kreatif UmmuAyyash. Tak lokek pula tu berkongsi tips kreatif ni. Lepas ni jomlah kita ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil yang bersekolah ramai-ramai rajinkan diri untuk buat cara kreatif ni bagi mengelakkan pensel warna anak-anak jadi unknown location or untraceable location. Winking smile.

*Tak sabar dah pula nak balik dan nak buat projek ni ha… Open-mouthed smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !