Bila Kita Harapkan Sesuatu Dan Anak Tak Dapat Buat

Bila Kita Harapkan Sesuatu Dan Anak Tak Dapat Buat
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Ibu bapa memang penuh pengharapan… Nak anak begitu, nak anak begini. Betul tak? Kak Fa pun sama juga, punya harapan tertentu kepada Iman Firash. Semua ibu bapa tak lari dari mengharapkan sesuatu kepada anak ataupun untuk anak. Tidak kira sama ada akademik mahupun bukan akademik. Bila kita harapkan sesuatu dan anak tak dapat buat… Apa kisahnya?

Tertarik dengan perkongsian Dr Siti Ujila Official, Kak Fa kongsikan pembacaan Kak Fa hari ini bersama-sama anda semua:

Kadang-kala kita sebagai ibu bapa, kita meletakkan harapan tertentu kepada anak. Kita mengharapkan anak-anak begitu, anak-anak begini dan bila anak tak dapat buat sepertimana yang kita lakukan, kita rasa kecewa. Alahai anakku, susah sangat ke yang Mommy suruh buat ni? Kalau cakap dalam hati ok lagi. Tetapi terkadang ianya terluah dengan muka kecewa atau geram kita. Silap-silap laju macam air mengalir sahaja kata-kata tajam yang keluar dari mulut kita. (Allahu, moga dijauhkanlah hendakNya).

Hari ini Allah mengajar saya pelajaran berharga. Saya nak kongsikannya, manalah tahu jika boleh menjadi asbab orang lain juga mendapat kebaikan darinya. Ceritanya begini… Tadi sekitar jam 3.30 petang adalah majlis khatam Al-Quran Yaya di rumah Atok. Saya sebenarnya terharu sangat, Atok beria nak buat majlis ini. Kasih sayang Atok pada Yaya, menghargai pencapaian Yaya ini terasa seperti Mama yang dapat. Ok, sejak tengah hari, makcik, pakcik dan sepupu sepapat Yaya dah berkumpul di rumah Atok. Makanan pun dah sampai. Yaya pun dah berjaya mengepow Mama untuk belikan jubah dan tudung baru. Oklah, sempena majlis istimewa Mama belikan.

Pukul 3.00 petang Yaya dah siap. Saya tengok, dia asyik terbelek-belek tudung barunya. Saya ingatkan sebab nak bagi nampak betul-betul cantik mengikut citarasanya. Rupanya baru saya sedar, Yaya nervous sebenarnya. Saya peluk dia dan bagi semangat. Saya cakap, “Relaks je kakak. Buat macam biasa jer ok? Atok cuma nak dengar Yaya mengaji. Yaya ok k?” Dia angguk. Sebenarnya dari kali pertama saya cakap pada Yaya tentang nak buat majlis khatam ni beberapa hari lepas… Yaya dah cakap dengan saya yang dia malu. Saya tahu, anak saya ini memang ada masa dia ramah tetapi kadang-kadang malunya tebal sangat.

Sejak hari itu, saya cuba beri Yaya kata-kata semangat. Dia nampak semakin ok. Hinggalah bila semua orang sudah mengambil tempat masing-masing dan Yaya diminta duduk di tempat khas (untuk orang yang khatam) tiba-tiba dia pusing ke belakang ke arah saya (saya di belakangnya) dan tiba-tiba menangis. “Yaya tak nak” katanya teresak-esak. Allah… yang dia kata dia malu tu, memang betul terjadi. Orang semua menunggu. Dah tersusun elok masing-masing duduk di ruang tamu rumah Atok. Atok pula cuba memujuk. Saya cuba pujuk juga. Sambil peluk dia, saya cakap, “Yaya baca dengan Mama ok?”. “Tak nak” jawab Yaya dengan air mata mengalir. Muka cuak habis.

Saya jawab, “Ok, tak apa sayang…it’s ok”. Kita tak perlu buat ok? It’s ok… Mama tak marah. Akhirnya majlis berjalan juga dengan kami sama-sama membaca juz Amma, diketuai oleh Atok. Yaya masih dalam pelukan saya, duduk di sebelah Atok. Dan sepanjang itu juga saya mengusap belakangnya, sesekali mencium dahinya. Saya cuma nak Yaya faham, yang saya tak marah dia bila dia tak dapat nak mengaji depan semua seperti yang diharapkan. Saya nak dia tahu, yang saya tak kecewa sedikit pun.

Dia mungkin tak dapat nak buat seperti yang saya harapkan, tetapi sebenarnya apa yang berlaku memberi saya satu peluang. Peluang untuk saya tunjukkan pada Yaya, yang saya tetap sayangkan dia, tetap terima dirinya walaupuan dia tak dapat nak buat apa yang diharapkan. Tuan-puan, inilah yang anak-anak kita perlukan. Kasih sayang yang tidak berkurang sedikit pun walau anak mungkin kurang bilangan A dari yang kita harapkan. Anak mungkin tidak hebat di dalam bersukan, kalau masuk lumba lari semasa hari sukan asyik dia yang terakhir. Mungkin tak dapat membawa course medic yang kita harapkan kerana minatnya lebih kepada bidang arts. Tapi kita faham, dan terima mereka seadanya. Yang penting mereka sudah mencuba.

Yang penting pada Mama sayang, bukan khatam Yaya ini. Bukan Yaya boleh baca di hadapan orang lain. Tapi bila Yaya suka mengaji, pandai mengaji. Cukup dah sayang. And I know you have tried your best to be ok to recite the Quran today, just the last few seconds baru dia tiba-tiba menangis. It’s ok sayang. Mama tak kecewa sedikitpun. I love you regardless.

Ya. Hari ini Yaya tak dapat penuhi harapan untuk mengaji depan yang lain pada hari khatamnya, teapi sebenarnya Yaya penuhi hasrat saya untuk menunjukkan kepadanya yang saya menyayanginya lebih dari itu semua. Lebih dari pencapaiannya.Lebih dari kekurangannya.

Hari ini anak-anak kita terdedah dengan pelbagai tekanan. Pelajaran yang tahapnya semakin susah, perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa yang mungkin semakin kurang disebabkan desakan ekonomi, pengaruh teknologi…. Sebab itu kita mesti ambil peluang untuk tunjukkan pada anak, yang walaupun orang lain mungkin nampak sisi kelemahan dirinya…tetapi mereka tetap anak yang nombor 1 di hati kita. Cukup dia anak yang baik, hormatkan kita. Jaga solatnya, jaga auratnya, jaga adabnya. Usahanya juga sudah ada. Cuma mungkin, sesuatu perkara itu adalah sisi kelemahan anak. Mungkin dia memang lebih bijak berseni dari mencongak mengira. Munkin dia pemalunya lebih dan tak seberani adik-beradiknya yang lain. Terimalah. Raikan kelebihan, terima kekurangan. Itulah tanda kita menyayangi mereka. Yup, sayang itu perlu ditunjukkan dan dibuktikan.

Alhamdulillah, habis saja Atok baca doa..Yaya dah ceria kembali bila Atok minta dia berikan bunga telur kepada semua yang hadir. Terima kasih Atok, atas kasih sayang doa dan sokongan buat Yaya. Terima kasih Nenek, Acik ina..sediakan bunga telur yang cantik sangat. Terima kasih Wak Long, Wak Masun,  Wak azera bagi Yaya hadiah yang buat dia senyum sampai telinga. Terima kasih Wak Inje teman Mama and Yaya beli jubah. Terima kasih Wak Ino bawa Kakak Nonon and Kak Syirah, bestfriends Yaya sampai dia seronok sangat hari ni. Terima kasih semua keluarga saya yang sentiasa menyayangi walau apa yang terjadi. Sungguh, adanya keluarga yang saling menyayangi dan sentiasa ada for each other, terasa seperti kita ada dunia dan seluruh isinya. Apapun masalah yang dihadapi alhamdulillah kita kuat hadapinya bersama.

Itulah kuasa kasih sayang. Ia satu kekuatan yang luar biasa. Kekuatan inilah yang kita nak anak-anak kita ada. Bila mereka tahu, yang apapun jadi they have people who care for them, love them, accept them unconditionally. So just continue to smile and lets be better together.

Semoga anak-anak di zaman ini tidak terus menjadi mangsa kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Inilah punca utama masalah disiplin, masalah gejala sosial. Love + tegas. Two key ingredients in parenting.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terimakasih telah membaca artikel Bila Kita Harapkan Sesuatu Dan Anak Tak Dapat Buat. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. Terima kasih atas perkongsiannya kak farah. Doakan sy juga diberi peluang untuk jadi ibu suatu hari nanti. Aminnnn

    ReplyDelete
  2. teringat anak kat rumah bila baca entri akak ni..yup,anak-anak sekarang terdedah dengan banyak tekanan.sedangkan saya melihat buku-buku dorang pun boleh stress.inikan pula anak-anak kan.

    saya pun sentiasa ingatkan dalam diri, jangan terlalu paksa anak-anak untuk dapatkan apa yang kita nak. mereka pun perlu enjoy kan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.