ZHU ZHU ZHU… Officially A Mom of Two!

Farah Waheda Wahid
0
ZHU ZHU ZHU_OFFICIALLY A MOM OF TWO!

Adopted on 31st March 2018 and it’s given name is ZHU ZHU ZHU by Iman Firash. Smile. Sukalah tu… Kehendak dipenuhi setelah hampir seminggu berulang-ulang mengajukan permintaan ingin memiliki seekor hamster. Firash memang sukakan haiwan semenjak dari kecil lagi. Kucing yang paling dia suka, hamster ni baru jer dia suka, sejak-sejak dia tonton YouTube for Kids tentang hamster. Itu yang jadi kemaruk dengan hamster tu! ZHU ZHU ZHU…Officially A Mom of Two! Instant jer, Kak Fa dah jadi ibu kepada dua anak. Seorang anak sendiri dan seorang lagi anak berbentuk haiwan peliharaan yang merupakan satu Roborovski Hamster yang berharga RM 18.00 seekor. Hakikatnya… Kak Fa penakut dan penggeli haiwan… tetapi bila memikirkan demi anak… Tahankan saja dan lalu jer lah. Ha ha ha…. Open-mouthed smile

Memanglah jadi bertambah lagi kerja Kak Fa… Dah kena pastikan setiap hari yang makanan ZHU ZHU ZHU ni cukup. Kena pastikan air dia berganti. Tapi tak ada hal lah kot! Sikit jer! Bukannya kerja berat pun! Diakui, memang bukan senang untuk Kak Fa sebagai ibu membuat keputusan untuk memelihara haiwan pelihara seperti hamster ataupun kucing. Ha ha ha… Tambahan lagi Kak Fa memang penakut dan penggeli haiwan. Macam-macam terbayang ok! Cuma… Kak Fa tau dan Kak Fa sedar, yang haiwan peliharaan sebenarnya adalah satu bentuk terapi minda buat Firash yang dapat membantu perkembangan semasa Firash. Mungkin ada yang tak nampak tetapi ada sebabnya.

Peluang Meneroka Kehidupan

Satu peluang untuk anak-anak kecil meneroka pelbagai perkara berkenaan kehidupan secara realiti. Tidaklah terhad kepada duduk berbaring dengan gajet saja! Tidaklah terhad kepada duduk menonton televisyen sahaja! Tidaklah terhad kepada bermain dengan barang-barang permainan sahaja! Oklah tu… sekurang-kurangnya selamat telefon Kak Fa… Muahaahha… Tak adalah asyik nak kena sorok atau berebut jer dengan Firash. Ok, serius Kak Fa beritahu. Meneroka kehidupan di sini bermaksud mereka belajar mengenai erti kasih sayang dan juga kehilangan. Mereka belajar mengasihi haiwan peliharaan dan menganggap seperti ahli keluarga. Tu sebab Kak Fa kata, I am officially a mom of two now! Ha ha ha… Smile with tongue out Merasa juga jadi mak beranak dua you alls! Wakakaka….

Belajar Erti Tanggungjawab

Tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga haiwan peliharaan bukannya mudah. Jika anak-anak mula diajarkan untuk memelihara haiwan peliharaan sedari usia muda, mereka berpotensi membesar sebagai insan yang bertanggungjawab dan kasih pada makhluk-makhluk bernyawa yang lain.

Melatih Emosi Dalaman

Bukan auta tapi fakta, kebanyakan yang Kak Fa jumpalah kan… orang yang memelihara haiwan peliharaan adalah lebih sensitif dan penyabar. Sebagai contoh, sesiapa yang membela kucing akan tahu betapa liciknya seekor kucing. Mereka akan sedaya upaya menyelinap keluar atau paling tidak cuba membalas dendam kerana kehendak mereka tidak dilayan. Orang yang membela kucing takkan lulus kalau mereka tak sabar. Kawan-kawan Kak Fa yang pecinta kucing pun selalu beritahu Kak Fa sebegini.

Memudahkan Pembelajaran

Akhbar Utusan pernah menyatakan bahawa menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pakar KPJ Ampang, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran akan lebih fokus terhadap subjek yang diajar oleh guru melalui pemeliharaan haiwan peliharaan.

Jadi Pembersih

Tipulah kalau sesiapa yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing tetapi tidak pernah melekat bulu-bulu kucing di baju. Kalau ada pun mungkin disebabkan oleh sikap mereka yang “pembersih”. Kanak-kanak yang memelihara haiwan peliharaan berpotensi menjadi orang yang sangat teliti dan pembersih. Ini kerana setiap kali mereka ingin keluar rumah, tentu mereka akan pastikan pakaian mereka kemas. Tak ada bulu haiwan yang melekat. Barulah boleh nak bergaya sakan kan?

Lebih Artistik

Jika diperhatikan sifat haiwan-haiwan peliharaan, kita akan anggap haiwan peliharaan seperti makhluk misteri yang banyak menyimpan rahsia. Kadang-kadang, cara haiwan peliharaan memandang kita pun terlalu deep, entahlah mungkin perasaan Kak Fa sahaja. Mungkin agak keterlaluan untuk menyatakan anak-anak akan menjadi seniman agung dengan memelihara haiwan peliharaan sahaja. Ha ha ha… Haiwan peliharaan sebenarnya melatih empati diri. Itu adalah kehalusan sifat yang wujud di dalam diri seseorang ahli seni. Sebab itu, seseorang yang menyayangi haiwan menganggap haiwan itu sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Mereka sangat sensitif.

Mark Twain seorang ahli sastera terkenal menganggap “seorang yang mengangkat seekor kucing di ekor akan mendapatkan pengajaran yang tak pernah ditemui oleh orang yang hanya membaca.” Oleh yang demikian, jangan takut untuk memegang tanggungjawab memelihara haiwan peliharaan. Cubalah dulu kan? Winking smile

*Kak Fa geli dan takut tetapi Kak Fa sayang ZHU ZHU ZHU tu… Haippp… Jangan gelak! Kak Fa pakai sarung tangan ok nak masukkan makanan dalam sangkar ZHU ZHU ZHU dan nak pegang ZHU ZHU ZHU. Tapi tu kira oklah juga kan? Dari tak nak pegang langsung?

Kredit: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !