POKOKS KIDSWEAR Lagi Untuk Raya 2018?

Farah Waheda Wahid
3
POKOKS KIDSWEAR

Walaupun Ramadhan belum menjengah, tetapi ramai di antara ibu bapa sudah mula melakukan persiapan secara berperingkat-peringkat. Sebabnya? Hu hu hu… Kena ingat… Aidilfitri atau Raya 2018 dijangka jatuh pada tarikh di antara 14 Jun 2018 atau 15 Jun 2018 – bergantung pada anak bulan lah kan? Walaupun bulan tu penuh untuk sambutan Aidilfitri atau Raya 2018 tetapi kena ingat ada sesetengah di antara kita-kita ni, ibu bapa yang bekerja ni, belum tentu lagi akan dapat gaji pada waktu dan ketika itu. Memang kalau sebut Aidilfitri atau Raya jer, bagi ibu bapa akan terbayang-bayang persiapan raya untuk anak-anak. Masing-masing sibuk kira bajet sana sini sinun kan? Yang termasuk di dalam kategori melakukan persiapan secara berperingkat-peringkat tu always Kak Fa… Nak beli sekaligus memang tak lah kan? Faham-faham sendiri sudah… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Warna tema sebenarnya dah dapat sedari Raya 2017 lagi… Biasalah tu… Bila tiba jer raya tahun ni, ada sesetengah mak-mak akan mula terfikir tahun depan nak pakai warna apa pulak! Ekekekee…. Warna tema dah dapat… Tempah? Tak! Kak Fa tak tempah! Kak Fa memang jenis dari mak sampai ke anak semua instant jer… Beli siap! Senang macam tu…. Untuk tahun ni… POKOKS KIDSWEAR lagi untuk Raya 2018?

Yup… POKOKS KIDSWEAR! Kak Fa ada kongsikan ketika sambutan Raya 2017 yang dulu melalui pautan entri –> POKOKS EXCLUSIVE KIDSWEAR Sebagai Gaya Lebaran Firash 2017. Bagi pandangan Kak Fa, POKOKS Kidswear sememangnya sungguh bagai dikata. Koleksi pakaian kanak-kanak mereka sememangnya bersifat authentic, urban dan unique. Kak Fa sukakan hampir kesemua koleksi-koleksi pakaian di POKOKS KIDSWEAR. Memang Kak Fa jatuh cinta pandang pertama dan selamanya dengan setiap koleksi pakaian kanak-kanak yang dikeluarkan oleh POKOKS KIDSWEAR.

Apart from the design yang berjaya menambat hati Kak Fa sebagai seorang ibu, Kak Fa sangat sukakan kemasan serta hasil jahitan pada koleksi pakaian kanak-kanak POKOKS KIDSWEAR. Material kain yang digunakan memang benar-benar digunakan mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak yang sangat aktif berekplorasi. Kak Fa boleh lihat yang bila mana setiap kali Firash mengenakan koleksi pakaian kanak-kanak dari POKOKS KIDSWEAR, Firash amat selesa. No more salin baju di waktu tengah hari di hari raya pertama. Sebab? Kualiti material yang digunakan oleh POKOKS KIDSWEAR sememangnya benar-benar tidak panas dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada kanak-kanak yang memakainya.


Raya 2017, he was donning The WAU Baju Melayu from POKOKS KIDSWEAR. Tahun ni apa pula? Apa penggayaan Firash di Raya 2018 nanti? Something different dari tahun-tahun sebelum ini… sebabnya for the first time ever, Firash akan memakai samping di Hari Raya! Open-mouthed smile. Itupun Kak Fa decide selepas Kak Fa rasa, cara pemakaian samping tu pun tak perlu susah payah berbelit-belit segala bagai dan Kak Fa tak perlu nak berperang serta kemasan yang sangat kemas. Bukan samping jenis getah ya? Sampin ni kalau tak silap Kak Fa lah… dilengkapkan dengan kemasan Velcro. Cara pakai dari video tutorial yang Kak Fa tonton tempoh hari pun sangat-sangat mudah. Zap zap dah siap dah.

Jadi apa yang bakal digayakan oleh Firash untuk Raya 2018 nanti? Ingatkan nak peram sampai 1 Syawal nanti, tetapi nampak-nampak gayanya macam tak sempat jer nak peram… Belum sempat raya dah nak mencemar duli nak kongsikan dengan semua pembaca terutamanya ibu bapa di luar sana, koleksi POKOKS KIDSWEAR Firash untuk Raya 2018.

POKOKS KIDSWEAR (2)

Firash bakal menggayakan POKOKS KIDSWEAR Raya 2018 Vol 2: The Tali Collection. Dan rekabentuk yang menjadi pilihan Kak Fa buat pertama kalinya sepanjang Firash beraya selama kini, ini kalilah kita pakaikan Firash pakaian raya yang berkolar. Selama kini semuanya tidak berkolar disebabkan Kak Fa risau Firash tak selesa dan panas. Kak Fa lebih selesa memilih Baju Melayu tidak berkolar untuk Firash sebelum-sebelum ini. Akan tetapi disebabkan Kak Fa yakin dengan kualiti POKOKS KIDSWEAR, tahun ini, Kak Fa lakukan sedikit perubahan di dalam tata rias Aidilfitri anak bujang Kak Fa. Semuanya berpunca dari pengalaman Raya 2017 apabila Kak Fa sendiri menyaksikan betapa selesanya Firash dengan POKOKS KIDSWEAR.

POKOKS KIDSWEAR (3)

To be specific, inilah tata rias Iman Firash di pagi Syawal nanti. In Shaa Allah. Warna? Heee… Yang ni kita simpan dulu. Kak Fa tak sampai seru nak reveal lagi apakah warna tema kami pada tahun 2018 ini. Apa yang boleh Kak Fa katakan, warna ni memang Kak Fa dah termimpi-mimpi sejak Raya 2017 lagi. Muahahaha… Open-mouthed smile Melampau kan? Tapi tulah hakikatnya. Untuk koleksi POKOKS KIDSWEAR yang ini, harganya adalah bermula dari RM 135.50.

POKOKS KIDSWEAR (4)

POKOKS KIDSWEAR (5)

Terdapat pelbagai variasi warna yang boleh dijadikan sebagai pilihan ibu bapa. Kalau ada di antara anda di luar sana, yang warna tema Raya 2018 tersangkut pada salah satu pilihan variasi warna yang ada di POKOKS KIDSWEAR untuk Raya 2018 ni… Boleh sangatlah mula skodeng laman web POKOKS KIDSWEAR ataupun terus jer pergi ke showroom mereka untuk melihat sendiri dengan mata anda. Ada juga yang akan merasakan yang untuk baju kanak-kanak, this looks like a bit of overspent… Mesti ada… Kak Fa tak nafikan. Iyalah zaman sekarang kalau boleh nak jimat, jimat lagi ya tak? Tetapi, apa yang Kak Fa nak tegaskan di sini, it’s nothing wrong if you are spending on something worthwhile. Trust me… Memang akan rasa berbaloi-baloi dan tak rugi spend baju raya anak di POKOKS KIDSWEAR. Jika takut rugi sebab pakai sekejap… I would suggest you to take a size bigger than your children actual size. Bolehlah tahan lama kan? Winking smile. Baju Melayu Raya 2017 Firash masih muat lagi sehingga sekarang. Sebabnya… Mommy Firash akan senantiasa beli pakaian Firash dengan sesaiz lebih besar dari saiz sebenar Firash. Memang Kak Fa akui, Kak Fa kedekut! Kalau boleh… Biar baju tu tahan lama pakai. Sekali beli, beli betul-betul, then baru Kak Fa rasa kepuasan sebenar. Beli baju, tapi pakai sekejap jer…rugilah kan? Ralat rasanya… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Selain dari The Tali Collection, sebenarnya masih terdapat pilihan rekaan lain untuk kanak-kanak lelaki seperti:

POKOKS KIDSWEAR (6)
The Tali Tribal Baju Melayu – Harga bermula dari RM 135.50 dengan variasi warna yang sangat-sangat menarik.

POKOKS KIDSWEAR (7)
The Ingat Baju Melayu – Harga bermula dari RM 135.50

POKOKS KIDSWEAR (8)
The LAGOM Unisex High Low Kurta – Harga bermula dari RM 75.50

POKOKS KIDSWEAR (9)
The LAGOM Unisex Jubah – Harga bermula dari RM 119.50

POKOKS KIDSWEAR (10)
The WAU Festique Baju Melayu Set with Samping – RM 185.50

Ada macam-macam lagi. Jadi tak terhad hanya kepada yang itu satu sahaja rekaan dari POKOKS KIDSWEAR. Tengok sendirilah you alls… Bukan susah sangat… Google sahaja POKOKS KIDSWEAR, nanti jumpalah tu laman web mereka. Nak cuci mata di laman Instagram mereka pun boleh!

Untuk kanak-kanak perempuan pun, Kak Fa rasa berkenan sangat di hati bila melihatnya… Mujurlah tak ada anak perempuan, kalau tidak dari anak lelaki ke anak perempuan semuanya bergaya dengan POKOKS KIDSWEAR sahaja.

POKOKS KIDSWEAR (11)
The Tali Hi-Lo Baju Kurung – Coral Peach Libre Print dari RM 135.50

Know what? This would be my choice I’ve ever had a girl with me. Red heart. Kak Fa suka rekaan ni dan macam Kak Fa kata, di mata Kak Fa memang nampak selesa sangat pada kanak-kanak. Ringkas, selesa dan menawan. Itu pandangan mata Kak Fa dan taste Kak Fa la… Sebab Kak Fa tak sukakan sesuatu yang sangat sarat atau semak. Simplicity is always the best! Sesiapa yang rapat dengan Kak Fa akan tahu apa yang Kak Fa suka dalam fesyen berpakaian dan apa yang Kak Fa tak suka. One of my BFF pun dah faham sangat dah…Kalau dia nak promote Kak Fa sesuatu tu, memang dia tak akan tunjuk pada Kak Fa sesuatu yang sarat atau semak. Semuanya jenis yang simple-simple. Sebab Kak Fa sukakan sesuatu yang simple, elegant dan statement! Winking smile. POKOKS KIDSWEAR has it all babe! Serious!

POKOKS KIDSWEAR (12)
The Tali Overlay Baju Kurung – dari RM 135.50

This one is another one of my choice if I’ve ever had a girl. Smile. I just love the simplicity and the statement of this design. Ada jugalah terasa… Ha ha ha…Kenapa korang ni! POKOKS KIDSWEAR… Next year tolong buat kelainan boleh? Buatkan koleksi Mommy and Son pulak boleh? Ha ha ha… Ni Kak Fa request ni! Kak Fa yang request! Senang weiii! Memang confirm-confirm POKOKS KIDSWEAR jerlah Kak Fa pandang… Tak payah Kak Fa pening-pening nak reccee sana sini mencari padanan dengan Firash. Bila semua dah setempat kan? POKOKS KIDSWEAR…pleaseeee…consider having the Mommy-Son or Mommy-Daughter selections pula! Rolling on the floor laughing. Cemburu Kak Fa tau… Your design is just so marvellous in my eyes ok!

Yang mana sejak Kak Fa bercerita mengenai POKOKS KIDSWEAR ni yang dah mula melekat jer mata pada skrin komputer atau telefon bimbit…Laju-lajulah ke laman web jualan online POKOKS KIDSWEAR ataupun laman Instagram POKOKS KIDSWEAR ataupun terus jer terjah showroom mereka. Bukan apa… Jujur Kak Fa katakan, setiap koleksi yang dikeluarkan serta dipasarkan oleh POKOKS KIDSWEAR memang laku keras! Kalah goreng pisang panas. Those parents yang dah terbiasa dengan POKOKS KIDSWEAR memang akan faham apa yang Kak Fa maksudkan dan memang aware yang POKOKS KIDSWEAR memang jadi rebutan ibu bapa yang sememangnya pelanggan tetap mereka.

Untuk Maklumat Lanjut:
NAMA SYARIKAT:
KIMJAYA Clothing (002508606-V)






NO. TELEFON : +60 16 556 9865 (Hanya What’s App & SMS sahaja)



ALAMAT PEJABAT:
70-2, Jalan Setia Gemilang BM U13/BM,
Setia Alam Seksyen U13, Shah Alam,
40170, Selangor, Malaysia

Stok memang cepat habis. Kalau lambat takut melepas atau tak ada pilihan. Jadi sementara waktu masih ada pilihan ni (tu pun ramai dah rembat masa preorder sale that day dan direct walk-in showroom once collection launched)… Laju-laju… Sekarang juga! Jangan cakap Kak Fa tak payung ok? Winking smile

Compliments: POKOKS KIDSWEAR

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !