Home » , , , , , , , , , , » Panduan Prosedur Kemasukan Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor

Panduan Prosedur Kemasukan Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor

PANDUAN PROSEDUR KEMASUKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) NEGERI SELANGOR
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Urusan pengesahan pendaftaran Sekolah Kebangsaan Iman Firash dah lama dah selesai seminggu setelah sistem pendaftaran online dibuka hari tu. Cuma tinggal nak cetak surat tawaran bersekolah di sekolah pilihan yang berkenaan dan hantarkan ke sekolah berkenaan sahaja pada bulan Ogos tahun 2019 nanti. Haaa… yang itu Kak Fa kena letak reminder dalam telefon siap-siap dan Kak Fa dah pun beritahu nenek Firash untuk ingatkan Kak Fa akan perkara ini disebabkan Kak Fa akui yang Kak Fa ni orangnya kadang-kadang pelupa. Hu hu hu…. Yang tinggalnya sekarang urusan pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) sahaja untuk Iman Firash. Dunia-dunia juga wei… Ting tong, ting tong juga kepala Mommy Firash ni. Open-open juga Mommy Firash ni… Tetapi, pendidikan akhirat jangan sesekali dilupakan… Essence kehidupan kan? Biar sejauh mana pun kita melangkah, akhirat jangan sesekali dilupakan. Biar tidak sesempurna mana amal ibadah kita, jangan berhenti untuk berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sehari ke sehari. Anak pun jangan lupa didikan ilmu akhirat betul tak? Ha ha ha…tiba-tiba tersedar sendiri yang hari ni Kak Fa tak buat apa-apa pun lagi tentang urusan pendaftaran kemasukan Firash ke Sekolah Rendah Agama! Allahu! Gigih Kak Fa mencari tahu Panduan Prosedur Kemasukan Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor. Gigih tau tak? Gigih? Al-maklumlah belum pernah ada pengalaman… Bukan bodoh sombong tak nak bertanya sesiapa tetapi sekurang-kurangnya Kak Fa naklah usaha mencari tahu sendiri dulu. Usaha dulu lepas tu kalau tak dapat barulah cuba-cuba bertanya kiri, kanan, depan,belakang.

Oooo… (Jangan nak gelakkan Kak Fa sangatlah!)… Rupa-rupanya urusan pendaftaran kemasukan Sekolah Rendah Agama (SRA) agak ringkas berbanding urusan pendaftaran Sekolah Kebangsaan. Kak Fa dah menelaah, Kak Fa dah baca satu persatu semua syarat kemasukan murid Tahun 1 dan Kak Fa dah telefon dah pun pihak sekolah yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

Syarat Kemasukan Murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
2. Berumur 7 tahun (rujuk tahun kelahiran).
3. Tempoh pendaftaran murid Tahun 1 dibuka mulai 1 MAC HINGGA 31 MEI SETIAP TAHUN.
4. Borang pendaftaran (Permohonan Belajar di SRA/KAFAI Negeri Selangor Darul Ehsan) boleh diperolehi di pejabat sekolah berkenaan.
5. “Borang Permohonan” mestilah diisi dengan lengkap dan disertakan 1 (satu) salinan Sijil Kelahiran murid dan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga.
6. Permohonan daripada bukan warganegara (anak/ibu/bapa) hendaklah telah mendapat kelulusan bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

Nota:
  • Permohonan pendaftaran lewat  perlu mendapat pengesahan/sokongan pihak PPTA Daerah.
  • Tahun/darjah kemasukan adalah sama dengan Tahun/darjah di Sekolah Kebangsaan.
  • “Borang Permohonan” yang telah lengkap hendaklah diserahkan ke pejabat pentadbiran sekolah berkenaan.

Kak Fa ingatkan kena daftar tahun ni juga untuk kemasukan Tahun 2020 nanti. Rupanya tidak. Pihak sekolah dah sahkan dengan Kak Fa, untuk Iman Firash Kak Fa kena lakukan pendaftaran pada tahun 2019 nanti. Yang pendaftaran pada tahun ini adalah khusus untuk kemasukan Tahun 2019 sahaja. Legaaa sikit rasanya, ingatkan Kak Fa dah terlewat disebabkan terleka seketika. Rupa-rupanya masih ada masa beberapa bulan lagi. Yang ini pun nampak-nampak gayanya Kak Fa memang kena masukkan di dalam reminder telefon Kak Fa dan beritahu pada nenek Firash untuk ingatkan Kak Fa. Macam Kak Fa kata, bukannya apa, Kak Fa ni ada masa terlupa dan Kak Fa ni bila dah banyak sangat berfikir boleh jadi lupa segala benda. Maka elok sangatlah Kak Fa buat sesuatu untuk ingatkan diri Kak Fa supaya tak terlupa senantiasa. Hu hu hu….
Terimakasih telah membaca artikel Panduan Prosedur Kemasukan Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.